6 Sep 2012

Polis Jangan Berdalih Lagi, Siasat Segera Insiden Hina Pemimpin Pakatan Rakyat


Angkatan Muda Keadilan hari ini membuat laporan polis di balai Polis Rawang terhadap insiden-insiden yang melibat gambar-gambar pemimpin Pakatan Rakyat yang dipijak, dikencing dan dibakar oleh sekumpulan manusia yang dipercayai penyokong parti Kerajaan.

Polis perlu menyegerakan siasatan dan tidak boleh lagi berdalih dengan menyatakan bahawa tidak ada laporan polis dilakukan maka dengan sebab itu tiada siasatan.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh menafikan pasukan keselamatan pilih kasih dengan bertindak terhadap pelajar yang memijak gambar perdana menteri tetapi membiarkan insiden sama terhadap pemimpin pembangkang, lapor malaysiakini.

Beliau menegaskan, polis akan menyiasat semua laporan sekiranya terdapat laporan polis dibuat.

"Kita kena ingat apa-apa tindakan polis berdasarkan laporan yang dibuat.

"Kalau tiada orang buat laporan kita tak tahu dan bagaimana kita hendak siasat," katanya sewaktu ditemui pada rumah terbuka polis Kuala Lumpur di Pasar Seni dekat ibu negara.





Laporan sebelum ini
klik untuk baca




8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Beginilah akibatnya mengikut syaitan yang dikenali, tak malukah orang2 tua itu apabila gambar2 serta aksi mereka ini diketahui umum? Apakah agaknya , perasaan anak2 , cucu2 ,cicit2 dan jiran tetangga melihat perbuatan biadap ini dibuat dalam keadaan sedar serta berseronok dengan aksi itu !!!

Tanpa Nama berkata...

mana nak malu lagi dah tergoda dek bisikan syaiton

Tanpa Nama berkata...

Tolonglah jgn bertindak double-standard dan anggap rakyat ni bodoh, kelak PRU merana padahnya...

Mana2 parti yg anggap dan suka perbodohkan rakyat akan menerima hasilnya pada PRU akan dtg...

Tanpa Nama berkata...

Bila yg tua buat hal..yg muda tenguk dan buat..
Yg muda kena hukum..yg tua x kena apa2..siapa yg ajar anak2 muda jd biadap pd pemmpin?

Tanpa Nama berkata...

Inilah padah lagi parah masyarakat melayu Islam dan warga negara M'sia bila syaitan yang dikenali telah lebih 50 tahun meresapi didalam tubuh. Janji PRU 13 tukar kepada PAKATAN RAKYAT . ABU ....

Tanpa Nama berkata...

Kita tak sokong syaitan dan BN/UMNO

Tanpa Nama berkata...

Tunggu... ini jawapannya

'MAAF LAPORAN DIBUAT TERLALU LEWAT' atau 'GAMBAR PELAKU TIDAK JELAS UNTUK DIAMBIL TINDAKAN'

Tanpa Nama berkata...

Kerja lagi kuat sampai tawan Putrajaya,...