15 Sep 2012

Pelajar 15 Tahun Ditahan Berasmara Di Belakang Sekolah

Kulim – Polis menahan seorang pelajar perempuan 15 tahun dan masih memakai uniform sekolah ketika berasmara dengan kekasihnya berusia 21 tahun di belakang sebuah sekolah menengah di sini, kira-kira jam 4 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, polis menerima aduan dari orang awam sebelum menahan pasangan terlibat.

Ketika pemeriksaan dijalankan, polis mendapati pelajar perempuan sudah membuka tudung dan berkelakuan sumbang bersama teman lelakinya.

“Lelaki tidak bekerja dan tinggal bersama abangnya di sebuah taman perumahan di sini.

Polis menasihati pasangan itu untuk tidak mengulangi perlakuan yang dilakukan sebelum mengarahkan mereka beredar,” katanya.

Tidak berakhir di situ, mereka kemudiannya ke rumah lelaki berkenaan dengan harapan selamat dari gangguan pihak berkuasa.

Bagaimanapun, perbuatan mereka disedari penduduk dan memaklumkan kepada Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK) untuk membuat serbuan.

Ketika serbuan, pasangan perempuan cuba menyembunyikan diri dalam almari baju gagal mengaburi mata pihak berkuasa.

Mereka kemudiannya dibawa ke Balai Polis Kulim untuk membuat laporan dan ditahan untuk dirakamkan keterangan.

Ghuzlan menasihatkan ibu bapa supaya bersikap lebih peka terhadap pergerakan anak-anak mereka dan jangan sesekali mengabaikan tanggungjawab.

Katanya, semakin ramai pelajar perempuan ditahan kerana berkelakuan sumbang.

“Minggu ini sahaja, empat pelajar sekolah terdiri dari dua pelajar lelaki dan dua pelajar perempuan berusia di antara 16 hingga 17 tahun ditahan polis bersama Skim Rondaan Sukarela (SRS) ketika membuat rondaan cegah jenayah.

“Mereka ditahan ketika berkelakuan sumbang di taman permainan di sini kira-kira jam 1 pagi.

“Dari soal siasat, pasangan itu mengaku ingin melakukan hubungan terlarang di taman permainan di mana mereka ditahan,” katanya. -SH

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mana ada di dunia ini, yang mana ibubapa sanggup biarkan anak berlakukan liar. Kita kena ingat apabila anak kita berada di luar rumah sudah menjadi tangungjawab pemerintah untuk memastikan perkara ini tidak berlaku. Wahai para ibu bapa selamatkan anak anda dengan mengundi parti yang mampu mencegah perkara maksiat ini daripada berlaku, bukan kerajaan hanya tahu beri pembangunan saja seperti mana kerajaan perseketuan skg. Undilah parti yang tahu jaga kebajikan rakyat demi masa depan anak anda dan generasi akan datang (utk mereka yang belum berkhawin lagi)

usop berkata...

dasar pendidikan diMalaysia perlu diperbaiki oleh pemerintah yg baru lps PRU 13 nanti..kerajaan skrg x boleh diharapkan utk kebaikan kita... dasar kebudayaan negara juga perlukan reform