10 Sep 2012

Kerugian UNISEL - AMK Libas Kenyataan Noh "Udang", Rugi Sebab Perjanjian Untungkan Kroni

Tindakan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar mengkritik kerugian RM54. 8 juta yang dikatakan dialami oleh Universiti Selangor (Unisel) adalah percubaan untuk menganggu kelancaran pentadbiran Kerajaan Selangor.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Negeri, Azmizam Zaman Huri berkata, Unisel terpaksa menanggung hutang RM15 juta akibat kerakusan Umno BN semasa pemerintahannya.


“Tan Sri Khalid Ibrahim cuba dijadikan mangsa akibat dari amalan kronisma Umno ketika Unisel sedang dalam penstukturan semula dan rakyat Selangor meyakini keupayaan Menteri Besar untuk menjadikan Unisel lebih berdaya saing,” katanya dalam kenyataan.

Jelas beliau, masalah ini berpunca semasa Unisel dalam pembinaan apabila kerajaan negeri terdahulu tidak memasukkan dana untuk menyelesaikan hutang tersebut.

Azmizam berkata, Menteri Besar kini berusaha untuk mengambil alih hutang daripada terus membebani Unisel.

“Kerajaan Selangor dalam proses mengambil alih hutang yang ditanggung Unisel sebanyak RM15 juta bagi membebaskan beban kewangan universiti tersebut.

“Ini adalah kerana salah satu daripada masalah Unisel ialah modalnya tidak cukup untuk membiayai kos seperti pembinaan kampus berjumlah RM600 juta dan asrama RM200 juta,” ujarnya.

Sebelum ini, Khalid mendedahkan perjanjian antara Unisel dengan Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) selama 30 tahun yang ditandatangani antara 2003 dan 2004 mengakibatkan universiti itu berhutang sebanyak RM15 juta dengan JNSB.

Malah kerajaan Umno turut meluluskan keseluruhan bangunan Unisel tanpa memperolehi Sijil Layak Menduduki (CF) yang bakal mengancam keselamatan pelajar dan kakitangan Unisel. -KD

UNISEL - AMK CABAR NOH OMAR DEDAH REKOD PERJANJIAN 30 TAHUN DENGAN JANA NIAGA

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor hari ini melihat tindakan Noh Omar mengkritik kerugian yang kononnya dialami oleh Universiti Selangor seperti mendedahkan kelemahan pentadbiran lama Barisan Nasional di Selangor sebelum tahun 2008

Ini adalah kerana Kerajaan Selangor sedang dalam proses mengambilalih hutang yang ditanggung Universiti Selangor (Unisel) sebanyak RM 15 juta bagi membebaskan beban kewangan universiti tersebut. Sebabnya masalah ini berlaku bila masa pembinaan Unisel, Kerajaan Negeri terdahulu (Umno-BN) tidak
memasukkan dana untuk menyelesaikan hutang tersebut

Sebagai Menteri dan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Noh Omar perlu tahu bahawa Unisel tidak memiliki modal yang cukup serta tidak berupaya membayar hutang tersebut.

Ini adalah kerana salah satu daripada masalah Unisel ialah modalnya tidak cukup untuk membiayai kos seperti pembinaan kampus berjumlah RM 600 juta dan asrama, RM 200 juta.

UNISEL RUGI AKIBAT PERJANJIAN MENGUNTUNGKAN KRONI UMNO

AMK Selangor berpendapat Noh Omar sepatutnya berani memdedahkan rekod Unisel yang membuat perjanjian dengan Jana Niaga selama 30 tahun yang ditandatangani antara 2003 dan 2004 iaitu semasa zaman pemerintahan Barisan Nasional, sehingga mengakibatkan Unisel berhutang RM 15 juta dengan JNSB.

AMK Selangor percaya Noh Omar sendiri tahu kerajaan negeri semasa ditadbir Barisan Nasional telah meluluskan keseluruhan bangunan Universiti Selangor (Unisel) tanpa memperolehi Sijil Layak Menduduki (CF) dan tindakan itu bakal mengancam keselamatan pelajar dan kakitangan Unisel sendiri.

Tan Sri Khalid Ibrahim cuba dijadikan mangsa akibat dari amalan kronisma Umno, Unisel sedang dalam penstukturan semula dan rakyat Selangor meyakini keupayaan Menteri Besar untuk menjadikan Unisel lebih berdaya saing.

Justeru pendedahan Noh Omar adalah umpama percubaan nakal untuk menganggu kelancaran pentadbiran kerajaan Negeri Selangor, sedangkan beliau tahu semua kerugian ini dilakukan semasa pentadbiran Datuk Seri Dr Khir Toyo.

AMK Selangor mengajak rakyat untuk memandang mudah pendedahan Noh Omar ini kerana beliau sendiri tidak mempunyai kemahiran yang dapat dibanggakan dalam urusan perniagaan dan patut merasa malu kerana Kerajaan Pakatan Rakyat tidak membuat sebarang keuntungan dengan mengambil keputusan untuk tidak memperdagangkan pendidikan seperti mana yang Umno lakukan.



AZMIZAM ZAMAN HURI
Ketua AMK Selangor

Naib Ketua AMK Pusat


7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Percubaan yg serong dr Noh tidak tepat ke gawang gol..klu begini strategi yg ko ade aduih!! Gelap masa depan bos kau..

Tanpa Nama berkata...

itu pun ada hati nak jadi MB Selangor jika UBN dpt rampas semula negeri Selangor...belajar2lah cermin diri tu wahai Noh Omar...ingat pemikiran rakyat Selangor skrg mcm 20 tahun dulu ke...apa yg disajikan itu je yg dimakan...skrg maklumat dh dihujung jari...xkn tu pun bangangg sgt nk fikir

Tanpa Nama berkata...


Akibat otak dah turun ke LUTUT.

Tanpa Nama berkata...

Nabi ajar jauhi syaitan yang kenal atau tak!

Tanpa Nama berkata...

umno pi berak tengah jalan marahkan orang lain kenapa tak bersihkan. Memang betul umno parti haramjadah dari setan yang dikenali.

Tanpa Nama berkata...

Kalau cerita bab UNISEL nih.. Aku cakap terang2 lah... Perjanjian untuk keseluruhan pembinaan UNISEL dulu2 semuanay dibuat oleh kroni2 UMNO masa tuh anak TOYOL Pasir yg jadi MB Selangor. Aku berani bagitahu kat sini sebab aku antara org2 yg terbabit dalam pengurusan projek yang di"ANUGREAH"kan dari kerajaan selangor masa tuh kat bos company aku. dan banyak "contract dispute" aku jumpa dalam kontrak pembinaan UNISEL termasuk Asrama Pelajar yang di"ANUGERAH"kan kepada JANA NIAGA.

So aku tak heran kalau Noh UDANG nak mainkan isu nih sebab dia sendiri tahu kontrak tuh menguntungkan Jana Niaga dan secara terang2 boleh nampak UNISEL akan menanggung kerugian.

Tanpa Nama berkata...

Apasal NOh tak Tembak je kepala adik beradik TOYOL ? Cuna ler Noh Omar ni periksa dulu pencacai khas dan informer layak jadi sandaran strategik dia tu...ada sama level TOYOL ker JENGLOT?