12 Sep 2012

[GEMPAR] Portal Jabatan K'jaan Guna Logo Merdeka Pakatan Rakyat Sempena Hari Malaysia

Satu demi satu agensi kerajaan UMNO BN "bergaya" dengan logo merdeka Pakatan Rakyat dan bukan logo "Janji Ditepati" ciptaan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Sebelum ini Pos Laju, sebuah produk dari POS Malaysia Berhad, sebuah agensi di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan sendiri telah menggunakan logo kemerdekaan Pakatan Rakyat yang bertemakan "Sebangsa, Senegara, Sejiwa".


Terkini, portal rasmi Jabatan Pelajaran Johor pula menggunakan Logo Merdeka Pakatan Rakyat sempena Hari Malaysia di lamanwebnya (imej slide show).

Satu tamparan hebat kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang juga Menteri Pelajaran apabila sebuah jabatan kementeriannya seperti seolah-olah "mengiktirafkan" logo Pakatan Rakyat berkenaan. Lebih menarik, jabatan pelajaran itu di negeri di mana Muhyiddin menjadi seorang ahli parlimennya.

Samada disengajakan, atau tidak sengaja atau TERsengaja... hakikatnya logo merdeka Pakatan Rakyat nampaknya berjaya menawan hati rakyat sehinggakan pihak agensi kerajaan sendiri "tersasul" menggunakannya.

Atau berkemungkinankah sememangnya selepas ini Pakatan Rakyat akan menjadi pemerintah baru bagi negara Malaysia tercinta dengan bertemakan "Sebangsa, Senegara, Sejiwa" menggantikan 1Malaysia yang hanya tinggal slogan sedangkan amalannya tersangat rasis dan "assabiyah" itu?

Pagi ini akan kelam-kabutlah Jabatan Pelajaran Johor mengeluarkan logo itu dari lamanwebnya, mujur kita telah dapat membuat "printscreen"nya terlebih dahulu seperti gambar di atas.

6 ulasan:

Yong berkata...

Salam GB

Yong seronok bebenor baca N3 ini. Keterlanjuran demer yang memberi kelebihan kepada PR ini kuasa Allah! Alhamdulillah!

Tanpa Nama berkata...

Sebenar yang memasukan logo 3S ni pun dah pening mana satu yang betul.. Itulah hukum kebenaran yang benar tetap muncul juga.

Tanpa Nama berkata...

Itu tandanya rakyat mahukan "transformasi" (perubahan) dpd kerajaan yg ada kepada kerajaan yang baru selepas PRU-13 nanti.

Arrazzi Alhafiz Alattas berkata...

Dah takde dah. Dia dah tukar dengan logo 1 Malaysia.

Buat kelakar je puak-puak tu. Lalalala...

Tanpa Nama berkata...

Salam...

Aku buka doh laman portal rasmi Jbtn Pljarn Johor...Logo dh tuko doh!!!jadi satu mesialoh pulok huhuhu

Tanpa Nama berkata...

perasan x logo hari malaysia yg baru tu nampak mcm siput babi...