Bajet 2013, bajet ‘bunga telor’
Pilihanraya kali ini sangat mahal harganya. Mahal sungguh untuk pihak pemerintah untuk mempertahankan kuasa yang semakin menipis itu. Semalam hampir dua jam Perdana Menteri merangkap Menteri Wanita membentangkan bajet 2013 dan begitu ramai yang memanggil saya untuk minum kopi dan memberi komen tentang pembentangan bajet itu.
Saya telah membuat kenduri untuk dua orang anak saya berkahwin dan apa yang saya nampak bajet kali ini banyak memberikan tumpuan kepada ‘handouts’ untuk pilihanraya dan ianya tidak lebih dan tidak kurang seperti pemberian ‘door gifts’ kepada tetamu yang datang untuk kenduri kendara kahwin anak-anak kita.
Salah seorang dari rakan saya yang berkhidmat di salah satu jabatan kerajaan memberitahu saya seminggu yang lepas yang bajet kali ini adalah bajet ‘bunga telor’. Apabila saya bertanya apa maksud beliau, dengan tegas beliau mengatakan yang bajet kali ini ialah bajet yang menumpukan untuk membeli hati dan jiwa rakyat. BR1M sana BR1M sini dan semuanya itu bukannya memberikan apa-apa faedah jangka panjang tetapi hanya sekadar untuk membeli perasaan rakyat untuk pilihanraya sahaja.
Pemberian ‘bunga telor’ ini hanyalah untuk digunakan buat sementara waktu sahaja iaitu semasa pilihanraya. Najib mengharapkan rasa suka itu akan masih terasa berada di dalam hati pengundi apabila pilihanraya di adakan. Apa yang berlaku selepas itu mereka (BN) tidak peduli kerana jika mereka mendapat mandat lagi BN ada lima tahun lagi untuk mengelentong rakyat sesuka hati mereka.
Najib membentangkan kepada kita semua sebanyak 80 peratus dari belajawan 2013 ini adalah belajawan menguirus. Hanya 20 peratus sahaja dari jumlah itu untuk membina pembangunan ekonomi negara. Nampak dengan jelas yang kerajaan hanya menumpukan perbelanjaan untuk menampung perkhidmatan awam dan perbelanjaan mengurus yang lain.
Kali ini benar-benar bajet membeli undi dan bajet bunga telor. Bunga telor selalunya nya kita dapati dari seseorang apabila dia menjemput menghadiri majlis perkahwinan yang hanya datang tiga atu empat tahun sekali. Tetapi bunga telor itu tidak dapat memberi faedah jangka panjang pada penerimanya. Ia hanya setakat kenang-kenangan sahaja. Pembayaran ‘one-offs’ seperti ini tidak akan membawa apa yang di cita-citakan rakyat untuk menjadi sebuah negara yang berpendapatan tinggi pada tahun 2020 nanti. Ia akan hanya tinggal slogan dan slogan terus-menerus.
Tetapi apa yang kita boleh rumuskan pemberian ‘gula-gula’ ini sangat mahal harganya. Lain-lain perkataan rakyat terpaksa menanggung harga yang begitu tinggi untuk mengekalkan kuasa di Putrajaya itu.
Itulah sebabnya saya berfikir yang bajet anjuran Pakatan Rakyat itu lebih realistik jika kita memilih untuk mengekalkan negara kita sebagai negara yang maju pada masa yang akan datang serta memberikan keringanan kepada kehidupan rakyat biasa.
Rakyat akan lebih terasa kebaikannya jika hutang PTPTN serta harga kereta yang murah dirasai oleh rakyat kerana ini lebih memberikan munafaat kepada rakyat yang ramai. Mendapat BRIM sebanyak rm500 itu tidak dapat menampung kos penghidupan yang tinggi yang di alami oleh rakyat. Rakyat mahukan joran bukannya mahukan ikan yang cepat busuk itu.
Pihak BN boleh menuduh PR mengemukakan bajet bayangan yang tidak boleh dilaksanakan dan akan membawa negara kearah kebangkrapan tetapi dalam politik dan siasah mengharap itu adalah satu perkara yang biasa dan dirasai oleh setiap rakyat di mana-mana sekali pun.
Jika PR tidak berjaya melaksanakan janji-janjinya rakyat mempunyai kuasa untuk menurunkan mereka kembali di dalam pilihanraya yang berikutnya. Apabila sampai ke taraf itu maka barulah benar-benar rakyat yang mempunyai kuasa menentu siapa yang perlu di berikan mandat dan bukannya rakyat dipaksa oleh BN untuk menyambung mandat bagi mereka melakukan segala noda dan dosa terhadap politik dan ekonmi negara dan rakyat kita.
Rakyat tidak perlu takut untuk memberikan keyakinan kepada PR kerana jika PR mendapat mandat ke Putrajaya ia hanyalah TOL (temporary occupancy license) bukannya mempunyai hak untuk mendudukinya secara kekal. Itulah kesilapan BN selama ini kerana mereka menganggap Putrajaya itu adalah tempat yang boleh diduduki secara kekal dan boleh melakukan apa sahaja di Putrajaya itu.
Bagi saya bajet kali ini ibarat ‘door gift’ semata-mata, tidak lebih dan tidak kurang dari itu. Maklumlah pilihanraya akan sampai tidak lama lagi.
Rakyat tetap menjadi penentu dalam pilihanraya kali ini. Rakyat boleh memilih BN, tempat dan sumber rasuah dan salah gunakuasa yang besar atau memilih pihak yang serius untuk membetulkan dan menyelamatkan negara untuk generasi kita yang akan datang.
Jika BN masih mendapat mandat percayalah kita akan menyaksikan rasuah akan berlaku lebih dahsyat lagi pada masa-masa yang akan datang. Kenapa begitu? Jawapannya mudah. BN akan percaya yang rakyat boleh ditipu setiap pilihanraya seterusnya sampai bila-bila. BN akan memperkuatkan lagi kepercayaannya rakyat, khususnya orang Melayu, akan memberikan sokongan kepada mereka walaupun mereka melakukan rasuah secara terang-terangan.
Mereka akan lebih percaya yang rakyat terutamanya orang Melayu boleh melupakan dosa dan noda mereka dengan memberikan mereka ‘gula-gula’ apabila pilihanraya mendatang. Apabila sampai ketahap itu tidak akan dapat lagi sesiapa untuk berbuat apa-apa.
Negara hancur dan terus hancur dan tidak siapa lagi boleh memperbaikinya lagi. — aspanaliasnet
Ulasan GB
Taraf pemikiran orang-orang UMNO kini begitu rendah, termasuklan Presidennya, Timbalannya atau naib-naib presidennya - membernarkan kenyataan bekas presidennya, Tun Dr Mahathir bahawa di dalam UMNO yang tinggal hanya yang bodoh-bodoh setelah sekian lama UMNO menutup pintunya kepada cerdikpandai untuk menyertai parti berkenaan.
Maka sebab itu timbul bajet "populis" untuk menarik hati rakyat melalui pemberian RM250 dan RM500 tunai yang merupakan satu kaedah paling buruk dan bangang untuk sesebuah kerajaan lakukan di dalam usaha untuk mempertahankan kuasanya.
Pemberian "one-off" sedemikian melambangkan keterdesakan kerajaan yang ada untuk memenangi hati rakyat yang disangkanya mudah digula-gulakan dan diperbodohkan sedemikian rupa.
Lebih bodoh lagi apabila pemberian BR1M itu dilakukan dipejabat-pejabat UMNO untuk menunjukkan kepada rakyat UMNOlah yang memberikan wang berkenaan.
Dari sudut etika dan undang-undang, hal tersebut ternyata merupakan satu "rasuah" untuk membeli undi seperti yang diungkapkan oleh TDM sebelum ini.
GB menyarankan jika pada kali kedua ini pemberian BR1M diagihkan melalui pejabat UMNO, laporan polis perlu dilakukan dan Pakatan Rakyat perlu mengheret Najib serta kerajaan BN ke muka pengadilan. Mudah-mudahan masih ada hakim yang berpegang kepada prinsip kebenaran dan keadilan menghukum Najib dan kerajaannya lantaran rasuah politik itu.
Menurut pemerhatian GB, satu hari Najib tetap akan di"Mubarakkan", begitulah juga terhadap pemimpin-pemimpin UMNO BN yang lain - kerana itulah hukum kebenaran dan keadilan. Najib tidak boleh lari dari menutup segala macam korupsi dan rasuah yang dilakukan oleh beliau dan konco-konconya di dalam parti dan kerajaan. Langit tak selamanya mendung - yang bersalah tetap akan terhukum jua!
Marilah kita sama-sama berdoa agar ianya menjadi kenyataan.
اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه
Allahumma arinal haqqa haqqan, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathila bathilan, warzuqnajtinabah
Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

7 ulasan:
BR1M dan segala bagai bantuan ni tak lebih hanya seperti kisah klasik yang menceritakan seorang yang diberikan sekor ikan tiap kali dia perlukan makanan. Bukankah lebih baik peruntukan untuk BR1M ni najib belikan joran dan ajar diorang ni tangkap ikan sendiri. Diorang boleh tangkap berapa banyak ikan yg diorang nak dan bila2 masa diorang nak daripada tunggu nak dapat sekor ikan setahun sekali.
Walaupun aku bukan org umno tapi budget pr langsung tak realistik.. Cuma aku kecewa sikit tang cukai pendapatan tak byk berubah..dispoable income aku tak bertambah..
Mane bole bg joran nti ape peranan bn..umno nengharap rakyat terutamanye bumiputra supaya bergntung pd mereka slm2nye..,rakyat perlu d sedar sape yg bole beri mereka joran..pd ms bila nk mkn ikan rakyat bole pancing anytime..xla mkn ikan busuk bn ni je..ABU
Taktik BN hanya pandai beri umpan duit kepada rakyat. Beri kepada rakyat 1 bahagian, ke poket sendiri 10 bahagian. Oleh itu sedarlah rakyat Malaysia akan kelentong pemimpin BN.
Aku sudah tidak ambil 'pot' lagi dengan apa yg dicakapkan oleh PM kita ini. Bentanglah budget macam mana pon yg jelas dia hanya membengkrapkan negara! Aku hanya menunggu hari pilihanraya tu aje. Di situ aku akan beri feedback yg dinanti-nantikan oleh Najib.
Aku amat besarlah hairannya di atas batu jemala aku ini, apakah yang orang-orang UMNO pandang pada Najib yg membuatkan mereka bersetuju melantik dia menjadi Presiden parti mereka? Dari zaman dia menjadi menteri dulu lagi aku tengok Najib ni macam lalang; ketika negara menghadapi apa-apa isu, pada peringkat awal Najib hanya berdiam diri. Selepas ada puak-puak yang lantang bersuara lalu dia pun naik ke pentas (maknanya dia mulalah bercakap) menyokong puak itu. Apa lagi, akhbar, radio dan tv pun menghebahkan secara besar-besaranlah sikap Najib tu. Lalu bertambah bersemangatlah puak yg tunjok garang tu. Lalu Najib pun bertambah lantang bersuara sehingga berani mempertahankan pendiriannya sehingga "...ke titisan darah yang terakhir!" kononnyalah. Aku nak tengoklah nanti kalau BN tidak lagi memerintah, apa rupa Najib yg sebenarnya...
Tunggu lepas PRU13 kalau BN menang hisap darah kita macam lintah
saya ada satu cerita, pada masa dahulu ada seoorng kanak-kanak yatim piatu, hidup mengharap belas kasihan orang untuk sesuap nasi.hidupnya merantau2 seperti gelandangan yng tidak ada tempat tinggal. tiba2 tengah berjalan dia terjumpa duit rm1.00. lalu dia pun berfikir...dengan hanya rm1 kalu dia beli makanan nnti habis duit tu, esok belum tentu dapat duit lagi..lalu dia pergi ke kedai membeli mata kail untuk memancing ikan di sungai..dengan kuasa allah s.w.t, lalu dia mendapat ikan. kemudian dia pergi ke pasar untuk jual ikan tersebut. dengan izin allah s.w.t.. ikan tersebut di jual dengan harga rm5. kemudian dia pergi ke kedai lagi untuk membeli lagi beberapa mata kail... dia meneruskan lagi memncing sehinggalah dia berjaya memancing beberapa ekor ikan.. so apa yang saya nk sampaikan disini, kalu kaadaan terdesak,kita masih lagi boleh berfikir secara rasional untuk membuat pilihan masa depan samaada harus meminta sedekah @ kita sendiri bersedekah kepada orng..
Catat Ulasan