30 Ogo 2012

Yatt Hamzah: Kritikan Menjadikan Saya Lebih Bersemangat Untuk Cintakan Allah & Rasul

Pada Ahad lalu, sebuah akhbar terkemuka tanah air, Berita Harian menerusi ruangan B*Pop telah menyiarkan sebuah artikel yang menegur sikap Yatt Hamzah.

Yatt dikatakan telah bertindak seperti ‘terlebih alim’ apabila dia menolak untuk melakonkan semula sebuah rancangan memasak.

Kata Yatt, melakonkan semula cara memasak dalam rancangan itu seolah-olah menipu para penonton.

Maka, wartawan B*Pop, Raja Nurfatimah Mawar telah menegur Yatt lantaran dari ‘suara-suara’ yang kurang enak berkenaan sikap Yatt itu.

Selain itu, Raja turut menegur Yatt yang dikatakan suka menunjuk alim menerusi tarbiah di laman sosial miliknya.

Lantaran dari teguran itu, Yatt menerusi akaun laman sosial Twitter miliknya, telah menjawab isu tersebut dan menerima teguran wartawan itu dengan positif.

Yatt bersyukur dan berterima kasih kepada B*Pop kerana sudi menegur dirinya yang kerdil itu.

“Dan saya dengan rendah diri minta maaf jika menyinggung sesiapa,” memetik kenyataan Yatt menerusi akaun Twitter miliknya.

Pada masa yang sama, Yatt menghargai teguran yang diberikan sekaligus menjadikan dirinya untuk lebih bersemangat untuk cintakan Allah.

Semoga Yatt diberi kekuatan untuk meneruskan kerjaya dalam bidang seni setelah dia memilih untuk berhijrah. -HARITS ASYRAF



4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya nasihat kepada wartawan B*POP agak contohi sikap Yatt Hamzah bukan suruh Yatt Hamzah ikut sikap artis lain tak tahu batas agama, main ikut saja apa produser / pengarah filem cakap.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah YATT !!!
Selagi kamu ingin mendekatkan diri kepada ALLAH, selagi itulah kamu akan mendapat pertolongan ALLAH...
INSYAALLAH.........

Andre Irwan berkata...

Jangan dok ikut puak gila ni. Biar depa tu sesat dan kita jangan ikut sebab keseronokan di dunia ni memang boleh menyesatkan malahan boleh menjadikan kita tu sombong, bongkak dan takbur atas nama glamour. Biar manusia tak kenal kita. Yang penting kita kenal Allah swt dan Allah swt mengenali kita. Insyaallah sayang yang kita curah pada Allah swt dan dibalas dengan rahmatNya.

Tanpa Nama berkata...

Kbnyakan pelakun2 mmg handal dlm menghafal maksud quran & hadis2, & melakunkan watak2 baik, sbb mereka terpaksa menghafal & menjiwainya kerana lakonan semata2. Termasuk Yatt.

Alhamdulillah, Yatt antara yg diberi hidayah.. semuga ramai lagi termasuk pengarah, pemberita dll.

Sesungguhnya pemikiran manusia yg diberi hidayah dgn yg belum, tak sama. Kita pakat2 doakan & tak lupa berdakwah .