Noh Omar: MB Selangor perlu letak jawatan jika gagal ambil alih Syabas
PUTRAJAYA - Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dicabar meletak jawatan sekiranya tidak berjaya mengambilalih Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) menjelang September nanti, sepertimana yang beliau janjikan.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata sebagai seorang tokoh korporat, Abdul Khalid seharusnya lebih tahu tentang proses pengambilalihan syarikat.
"Kita tunggu dan kita takkan kacau, kita biar dia uruskan. Tapi kalau tak boleh ambil alih juga beliau harus letak jawatan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan papan seranta awam atas talian kedua Draf Rang Undang-Undang Kebajikan Haiwan, di pejabatnya di sini, hari ini.
Noh yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor berkata pada masa yang sama Abdul Khalid juga tidak boleh menghalang projek Loji Rawatan Air Langat 2 daripada diteruskan, kerana sama ada pengambilalihan itu berjaya atau tidak, rakyat Selangor tetap memerlukan bekalan air bersih.
Beliau berkata kerajaan pusat bertolak ansur sebelum ini dengan membelanjakan sejumlah RM600 juta untuk projek-projek mitigasi air di Selangor bagi mengelakkan krisis air, termasuk membina loji Sungai Labu dengan kos RM298 juta untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan air di sekitar Sepang.
"Kerajaan negeri masih berfikiran seperti pembangkang dan ini akan merugikan negeri itu sendiri. Mereka sepatutnya berfikir seperti kerajaan yang sentiasa mencari jalan untuk membela nasib rakyat," katanya.
Mengenai Loji Rawatan Air Langat 2, Noh berkata kerajaan masih akan memohon kepada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) untuk pembinaan tersebut memandangkan ia terletak di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan itu.
Beliau berkata permohonan sebelum ini bukannya ditolak MPKj, tetapi ditangguhkan namun tidak diketahui tempoh masanya.
"Pada masa yang sama tender untuk pembinaannya akan dikeluarkan," katanya.
Mengenai penyaluran air dari Pahang, Noh berkata kerajaan pusat melantik konsultan yang mengambil masa tujuh tahun untuk membuat kajian dan perancangan mengenai cara terbaik untuk mengatasi krisis air di Selangor termasuk dengan cara tersebut.
Beliau berkata ia berbeza dengan kerajaan Selangor yang mengutarakan cadangan terlebih dahulu sebelum melantik konsultan untuk membuat kajian mengenainya.- Bernama
Ulasan GB
Sungguh lucu seorang yang sekarang ini terbelit dengan masalah perniagaan udang mahu mencabar Menteri Besar Selangor yang sah yang dipilih oleh rakyat Selangor supaya letak jawatan sebagai MB jika gagal ambil-alih SYABAS.
Sedangkan umum sadah mengetahui peranan Kerajaan Pusat yang Noh Udang turut sama di dalamnya mempunyai grand design menghalang pengambil-alihan SYABAS oleh kerajaan negeri.
Masalah air di Selangor hanya rekaan, sabotaj yang dilakukan oleh pengurusan SYABAS untuk menunjukkan kononnya kerajaan Selangor tidak berupaya untuk mengatasi masalah berkenaan.
Kita ingin menasihati mereka supaya hentikanlah taktik kotor itu kerana hukum kebenaran dan keadilan sesekali tidak akan berpihak kepada golongan yang salah dan busuk hati apatah lagi percubaan untuk merampas Selangor dengan cara yang jelek dan jijik.
Noh Udang sengaja menimbulkan cabaran itu untuk menutup satu skandal yang beliau terlibat secara lansung.
Sekarang kamu Noh Udang sila jawab yang bawah ini:

AMK : Noh Omar Perlu Perjelas Memiliki Tanah Seluas 30 Ekar
SHAH ALAM, 3 OGOS – Angkatan Muda Keadilan Selangor (AMK) mendesak Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar mengemukakan penjelasan kepada rakyat bagaimana beliau boleh memiliki tanah seluas 30 ekar di Tanjong Karang.
Ketua AMK Selangor, Azmizam Zaman Huri mempersoalkan apakah keistimewaan beliau sebagai Menteri Pertanian dan Asas Tani sehingga melayakkan beliau untuk memiliki tanah berkenaan dengan jumlah bayaran premium sebanyak RM 9,760 pada tahun 1995.
“Apa yang kita ingin pertikaikan, bagaimana nama beliau boleh mendapat tanah tersebut dan atas dasar apa yang melayakkan beliau. Yang ini beliau kena jelaskan. Sehingga hari ini beliau tidak menjawab pendedahan yang dibuat oleh YB Ng Suee Lim dalam sidang Dun Selangor baru-baru ini,” katanya ketika dihubungi TV Selangor.
Pada Sidang Dewan Negeri Selangor pada Julai 12, Suee Lim mendedahkan yang Noh membeli tanah itu pada 13 Jun 1995.
Hasil carian di laman web Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menunjukkan Noh memenangi kerusi Ahli Parlimen Tanjong Karang buat kali pertama pada April 1995.
Dokumen berkenaan mendakwa penglibatan Noh Omar terhadap projek kolam udang di Tanjong Karang disamping penemuan satu kaveat agar Noh terus menyewakan tanahnya seperti dipersetujui kedua-dua pihak.
Dakwanya lagi, dalam dokumen yang perolehinya itu menunjukkan adanya akuan bersumpah yang menunjukkan adanya kerjasama antara Noh dengan syarikat Pristine Agrofood Sdn Bhd yang melaksanakan projek penternakan udang itu.
Di dalam laporan portal Malaysiakini sebelum ini, Noh yang juga Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani berkata beliau menyewakan tanah seluas 30 ekar miliknya kepada syarikat itu dan tidak terlibat mengusahakan projek udang tersebut.
Pengarah Pristine Agrofood, Chu Bak Teck juga turut menafikan penglibatan Noh Omar dan menyatakan beliau hanya menyewakan tanahnya sahaja.
Pada 8 Ogos lalu kira-kira 150 petani dan nelayan mengadakan perhimpunan aman di hadapan pintu masuk projek kolam udang yang didakwa dimiliki Noh Omar di mana kewujudan kolam berkenaan menjejaskan sumber pendapatan mereka.
Azmizam dan AMK Selangor turut mengucapkan terima kasih diatas pendedahan yang dibuat Suee Lim dan selain penghargaan tahniah kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang telah meluluskan dasar supaya semua wakil rakyat tidak boleh mendapat tanah selain rakyat yang memerlukan.
13 ulasan:
Apa kata setiap kali ada isu di Selangor GB ulang siar skrip Najib yg menyebut 'Kita akan rampas selangor dgn apa cara sekali pun'.
Kah kah kah...kalau khalid gagal..khalid kena letak jawatan...kalau khalid brjaya Noh Omar kena letak jawatan menteri kabinet...baru betul.Ni cabar org je letak jawatan..kalau anak jantan noh omar kena letak jaw. Kalau khalid brjaya.
penipu vs penegak kebenaran inilah yang saya boleh katakan. Noh Omar kau dah lupakah siapa bertangungjawab dalam proses pengambilalihah guthrie kepada rakyat malaysia? kalau khalid boleh ambilalih syarikat gergasi itu dengan mudah, syarikat SYABAS tetap dia dapat ambil alih sebagaimana dia ambil alih syarikat guthrie satu ketika dahulu. Saya harap kalau MB Selangor berjaya ambil alih SYABAS Noh Omar kena letak jawatan dia sekarang demi menjaga maruah dia.
Dia tidak berani letak jawatan punya sebab akal dia macam tuan sadiq segaraga dalam cerita 3 abdul.kalau YB khalid tak berjaya Yb khalid harus letak jawatan kalau Yb khalid berjaya bagi dia tak ada apa2.
alasan dengan memfitnah & cabaran oleh simangkuk tanpa akal & harga diri ! spesis ala samseng macam ni pun umno-apco lantik jadi menteri! alahai macam tarak orang yang lebih berwibawa atau memang barua ni kuat ampu & bodek ! ABU jangan lupa !
memang Noh Omar otak udang.....
3rd world mentality punyer menteri udang, kecik-kecik xnak mampuih sudah besar menyusahkan orang.
orang camni sesuai jadi menteri di zimbabwe.
inilah dia dikatakan orang berpolitik cara zaman purba, saper la duk angkat mamat ni jadi menteri xder ketokohan langsung...sungguh malang
Samseng taik minyak ini ingat PR nie mcm UMNO/BN yg mengambil alih Perak dgn cara menggelupur yg melanggar byk undang2......Khalid seseorang yg akan mejalankan sesuatu dgn procedure yg terkandung dlm undang2.....step by step.....
Ini seorang lagi menteri kabinet yang tak ada kelas, kalau adapun setakat kelas tiga saja. Berbanding MB Selangor mentaliti kelas pertama.
jgn layan manusia mcm nih!!
kalo dia dpt kuasa habis la selangor, bukan takat harta benda kena jual, rakyat2 selangor pun bole kena jual borong!
yg penting dia dan kroni kaya.
Rakyat pergi jalannnnnnnnnn
Ckap Bodoh Piang nanti tak terima. Khalid nak ambil alih syabas nak tolong rakyat la mangkuk. Dia nie jad menteri lantik diri sendiri ke? Rakyat yang lantik la bangan. Buat lah sesuatu untuk tolong rakyat. BODOH PIANG PUNYA UMNO
Rakyat Selangor tak mahu wakil rakyat yang kaki samseng dan suka cari fasal.Rakyat mahukan MB yg amanah dan
sentiasa berkorban unt rakyat. Ingat fasal mati sama wahai Noh.
aikkk?? trend per lak nie.. masih pakai tektit lama umno dulu.. skit2 cabar letak jawatan.. ko tu brani ke letak jawatan??,.. sbb kesilapan yg amat besar ko tu??
Catat Ulasan