14 Ogo 2012

Boleh Merogol Jika Anda Seorang Ahli Sukan Atau Punyai Masa Depan Yang Baik?

Mahkamah kekal perintah berkelakuan baik ke atas Noor Afizal

PUTRAJAYA – Pemain boling tenpin handalan kebangsaan Noor Afizal Azizan terselamat daripada hukuman penjara apabila Mahkamah Rayuan membenarkan permohonannya bagi mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen membebaskannya dengan perintah berkelakuan baik selama lima tahun dengan ikat jamin RM25,000 kerana merogol gadis bawah umur.

tiga hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Raus Md Sharif sebulat suara mengetepikan tempoh penjara lima tahun yang dikenakan ke atas Noor Afizal oleh Mahkamah Tinggi Melaka kerana membenarkan rayuan pendakwaan bagi meningkatkan hukuman.

Dalam keputusannya, Raus bersetuju dengan peguam Noor Afizal, Hisyam Teh Poh Teik bahawa kepentingan awam tidak akan dilaksanakan jika Noor Afizal dihantar ke penjara memandangkan dia mempunyai masa depan yang baik.

Hakim-hakim Mahkamah Rayuan Datuk K.N.Segara dan Datuk Azhar Ma’ah adalah dua lagi hakim yang bersidang sebagai panel.

Pada 5 Julai tahun lepas, Mahkamah Sesyen Melaka melepaskan Noor Afizal dengan bon jaminan berkelakuan baik selama lima tahun bernilai RM25,000 dengan seorang penjamin selepas mengaku salah merogol seorang gadis bawah umur di sebuah hotel di Ayer Keroh, Melaka antara 12.30 pagi dan 5 pagi pada 5 Jun 2009.

Mahkamah Sesyen dalam perintahnya itu menimbang beberapa faktor termasuk ia adalah hubungan seksual tanpa paksaaan antara dia dan gadis itu.

Dia dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Tinggi Melaka pada 20 September tahun lepas yang membenarkan rayuan dibuat oleh pihak pendakwaan yang tidak puas hati dengan keputusan Mahkamah Sesyen untuk mengikat jaminnya.

Dia dibenar ikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin sehingga rayuannya kepada Mahkamah Rayuan.

Noor Afizal mewakili negeri Sembilan antara 2004-2010 dan pada masa sama mewakili Malaysia dalam kategori remaja selama lima tahun antara 2004-2008. Dia juga bertanding dalam kejohanan terbuka antarabangsa Thailand, April lalu.

Dia dijangka meakili Kedah dalam beberapa kejohanan akan datang seperti kejohanan terbuka antarabangsa Kuala Lumpur 2012.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nadia Hanim Mohd Tajuddin.- Bernama

Ulasan GB

Pelik sungguh keputusan para hakim Mahkamah Rayuan.

kepentingan awam tidak akan dilaksanakan jika Noor Afizal dihantar ke penjara memandangkan dia mempunyai masa depan yang baik

Kepentingan awam dikorbankan kerana ahli sukan itu dikatakan mempunyai masa depan yang baik!

Semua orang boleh dakwa mempunyai masa depan yang baik bukan sekadar ahli sukan. Oleh itu undang-undang "merogol bawah umur" sudah tidak lagi relevan?

Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1809.
Daripada ‘Aisyah r.a. bahawa kaum Quraisy amat memusingkan mereka hal seseorang perempuan suku Makhzum yang melakukan pencurian. Mereka mengatakan: “Siapakah yang boleh berbicara dengan Rasulullah saw. (mengemukakan permintaan supaya perempuan itu dibebaskan)? Tiada yang berani untuk membicarakan hal itu hanyalah Usamah kesayangan Rasulullah saw,” Lalu Usamah berbicara dengan Rasulullah saw. dan beliau menjawab: “Adakah engkau hendak menolong supaya orang bebas dari hukuman Allah?” Kemudian itu Nabi berdiri dan berkhutbah, sabda beliau: “Hai orang ramai! Orang-orang yang sebelum kamu menjadi sesat jalan disebabkan apabila seorang bangsawan mencuri, mereka biarkan saja (tidak dihukum). Tetapi kalau seorang yang lemah (rakyat biasa) mencuri, mereka lakukan hukuman kepadanya. Demi Allah! Kalau seandainya Fatimah anak Muhammad mencuri, nescaya Muhammad akan memotong tangan anaknya itu. “


20 ulasan:

Amuraria berkata...

undang-undang mesia pun flip flop @ macam dia punya menteri daa ! ABUjangan lupa !

Tanpa Nama berkata...

Habis budak yang kene rogol tu memang tak da masa depan lah bagi hakim2 tu...cuba pulak kalau anak2 tuan hakim yang kene rogol,guane pulok gamaknya?

Tanpa Nama berkata...

tk dapek laa den nk kobar apo2 laie..
kut suko dio la...mugo kuasa di tange mereko...mati esok baru tau ada lagi kuasa yang betul2 berkuasa..

Tanpa Nama berkata...

Mungkin dia kata bisa la tu tak apa besuk buat lagi

1 Malaysia Tulen berkata...

Malaysia Boleh!
Malaysia the Boleh Land. Macam-macam pun boleh?
Bahaya masa depan Malaysia ku ku ku ....
Patutlah budak Cina tu permainkan Malaysia ku ku ku .... Memang PARIA MALAYSIA KU. Undang-undang pun boleh dibawa sana sini.
TAHNIAH KEPADA KETELUSAN DAN INTEGRITI YANG DIANJURKAN. Lepas ni, kita berharap tiada lagi perkataan "Integriti" keluar dari mulut pegawai kerajaan terutama BOS-bOS di atas.
Hidup Malaysia atau dah nak mampos.......

Tanpa Nama berkata...

dunia dah nak kiamat?

Tanpa Nama berkata...

Undilah lagi parti yg jadi kera jaan tapi dgn sewenangnys mempersendakam hukum tuhan. Tak lama lagi kalau rakyat tengok jer dan tidak bertindak apa-apa, malasia ni akan melungkup lah jawabnya

Tanpa Nama berkata...

wah, seronok ini macam.. lepas ini bdk ppuan mane ko sebat? come on lah, dh pzina n progol, xkan skali dh insaf kot.. masuk angin nti

Tanpa Nama berkata...

Dia akan mewakili kedah utk kejohanan yg akan dtg kan...jd sy mengusulkan supaya kerajaan kedah tidak membenarkan mamat ni mewakili kedah utk kejohanan akan dtg..lucut je trus perwakilan dia ni..

Amuraria berkata...

sokong 110% anon August 14, 2012 9:42 PM, kerajaan kedah jangan bagi mangkuk perogol tu wakili kedah !nanti bala wo ! ABU !

Tanpa Nama berkata...

Adalah tidak logik hakim dayus ini mengatakan demikian. Kenyataan dia hanya akan mengalakkan perogol untuk melakukan jenayah dengan syarat dia ada masa depan yang baik. Kalau negara mengamalkan hukum hudud manusia ini sudah confirm disebat 80 kali dikhalayak ramai atau kalau dia sudah berkhawin direjam sampai mati. Maka itu hukum hudud mesti diperkenalkan untuk mencegah perkara ini berulang dan kita kena ingat hukum hudud hanya dilaksanakan untuk mereka yang beragama islam sahaja.

Tanpa Nama berkata...

Macamana pula dengan masa depan budak/mangsa kes ini.. Masa depan dia nanti.. Fikirkanlah

Tanpa Nama berkata...

eh xpe,anak tuan2 hakim mmg terjamin masa depan.

Tanpa Nama berkata...

Astaghfirullah.... begitulah jika undang2 ciptaan manusia diguna pakai, semua boleh "adjust", dah Allah SWT bagi undang2 yg trbaik tak digunakan, inilah kejadahnya. Masa depan kunun, jawablah angpa nanti kat sana. Ada masa depan, ada berani? Masanya akan tiba nanti, bila kit berhimpun di Padang Masyhar.

wak parjoe berkata...

Wak sokong 120% anon August 14, 2012 9:42 PM, atas dasar moral / akhlak maka Kedah jangan ambil mamat ni mewakili negeri, kalah tak apa tapi akhlak mau baik dee. Kerana ia akan jadi contoh kepada belia2 lain terutamanya.

Tanpa Nama berkata...

giler ape..dah rogol anak dara orang, boleh lepas macam tu je tanpa langsung tak kena hukuman penjara, padahal kalau orang awam yg pny kes ni, boleh kena penjara sampai 20 tahun dan sebatan kot, tapi sebab budak ni atlet yg 'masa depan baik', so dilepaskan macam tu je..double standard melampau ni..kalau macam ni, lepas ni semua atlet sukan negara boleh rogol mana2 je la ppuan yg dorang nak, dan dorang takkan dikenakan apa2 hukuman nanti la eh??!

Tanpa Nama berkata...

Inilah keadaan yang sebenar berlaku di Malaysia ketika prinsip keadilan hendak ditegakkan.

Cuba lihat beberapa kerat pelakon dibenarkan meneruskan karier mereka walaupun terbukti terlibat penyalahgunaan dadah di mahkamah. Bermacam-macam kempen untuk memerangi dadah tetapi hasilnya mengiktiraf penagih dadah pula.

Ini memberikan gambaran yang tidak baik kepada generasi muda bahawa penagih dadah boleh cari makan dengan senang dan diktiraf kerajaan.

Tanpa Nama berkata...

macam2 ada zaman najib nih

tak terfikir lak hakim2 kita pun kurenggg sikit otaknya

patut la ramai para menteri2 yang rasuah lepas sebab alasanya menteri2 itu wakil rakyat kot? Lepas nih orang2 vip dan ahli sukan boleh la merogol sebab ada 'perlindungan'

alahai negara ku malaysia........

Nazz berkata...

ingatkan blaja tinggi2 jadi hakim makin bijak, rupenye makin goblok!! dangkalnya pemikiran guna alasan perogol tu ada masa depan cerah? dah berlagak macam tuhan plak diorg ni. aku lagi hormat pengemis tepi jalan dari hakim2 dan panel yg bersekongkol membebaskan penjenayah macam ni!! negaraku da jadi haru biru

Tanpa Nama berkata...

'rogol' dalam kes ni walaupun consensual by itu budak perempuan tapi since bawah umur consensual by her parent.Mak Bapak dia tak rela pun! So shuld be sama je la macam rogol paksa macam kes lain. Hakim tu cakap macam tu, macam MAK BAPAK budak perempuan tu setuju je anak perempuan diorg berzina dgn mamat ni.