17 Ogo 2012

'Tanda Putera' Itu 'Tanda UMNO Terdesak' - Aspan Alias

Tanda Putra’ merupakan filem yang dipergunakan oleh BN lebih-lebih lagi UMNO untuk ‘discredit’ Lim Kit Siang dan ini merupakan tindakan ‘desperate’ pihak BN dalam menunggu pilihanraya yang paling mencabar dalam sejarah negara ini.

Isu perkauman dan agama diperbesarkan oleh pihak UMNO kerana itu sahaja yang mereka rasakan boleh menyekat peningkatan pengaruh DAP dalam kancah politik tanahair. DAP sudah di terima oleh sebahagian orang Melayu sebagai parti yang mampu membawa kebaikan kepada negara bersama-sama dengan PAS dan PKR.

Tohmahan dan tuduhan palsu ke atas LKS itu merupakan jalan yang terakhir untuk BN mengelakan diri dari terjatuh tersungkur di hadapan mata rakyat kerana momokan terhadap parti itu sejak lebih empat dekad lalu sudah secara deras tidak diterima lagi oleh ramai orang Melayu. UMNO dalam kedudukan ‘desperate’ untuk mendapatkan sokongan orang Melayu kerana sebahagian besar dari orang Melayu sudah menerima PAS sebagai parti gantian kepada UMNO untuk mereka sekarang ini.

Kaum Cina pula sudah meninggalkan MCA yang selama ini merupakan parti yang mewakili bangsa Cina dalam Perikatan dan BN selepas itu. Maka memainkan isu perkauman itu merupakan salah satu dari strategi untuk mengelakan orang Melayu dari memberikan perhatian terhadap DAP. Dalam posting saya semalam saya telah menulis tentang betapa 'desperate'nya UMNO jika PAS dan DAP terus-terusan bekerjasama dengan baik kerana jika kedua-dua parti ini tidak dapat dipecah belahkan oleh UMNO maka keputusan pilihanraya yang akan datang ini adalah ‘predictable’.

Datin Paduka Shuhaimi Baba, pengarah filem itu menafikan yang filem itu membawa maksud untuk menuduh LKS terlibat memyebabkan tercetusnya trajedi 13 Mei ’69 itu. Saya mempunyai andaian yang isu ini dengan sengaja dipermainkan kerana politik dan kuasa. Ramai yang bercakap dan menghubungi saya berpendapat ini merupakan permainan politik yang sangat kotor dan LKS sepatutnya mengambil tindakan Mahkamah jika cukup kesahihan yang isu ini diperbesarkan semata-mata kerana permainan politik desperado pihak yang ketagih dengan kuasa itu.

Jika isu fitnah itu menyebabkan kecederaan kepada intergriti pemimpin maka mangsa kepada isu itu sememangnya wajar untuk tampil mengambil tindakan undang-undang kerana isu ini akan menyebabkan perpecahan rakyat yang berdasarkan kepada kaum. Isu yang dimainkan oleh pihak yang menyokong pemerintah ini adalah isu yang tidak bertanggungjawab dan ia bertentangan dengan slogan-slogan pihak pemerintah untuk menjaga kepentingan kesemua kaum di negara ini.

Kita sudah merdeka selama 55 tahun dan isu perkauman ini nampaknya di burukkan oleh pihak parti-parti yang memerintah. Sekarang ini, rakyat pula yang bersabar dengan tindak tanduk BN untuk mengelakan pergaduhan di antara kaum di negara ini. Tindakan media massa dan alternatif yang memihak kepada BN sengaja mahu mengingatkan peristiwa berdarah itu untuk menakut-nakutkan orang Melayu dan untuk menyemai perasaan benci-membenci di antara kaum.

Kita elok memberi pandangan kepada pihak parti-parti yang memerintah supaya berkelakuan baik untuk mendapat penghormatan rakyat, bukannya menabur fitnah terhadap mana-mana pihak untuk mengekalkan kuasa. Walau bagaimana pun rakyat tidak mudah untuk menerima tohmahan ini kerana rakyat sudah tersedia dengan persepsi yang sangat buruk terhadap parti pemerintah sekarang ini.

Adalah tidak bermoral untuk sesiapa memperjudikan keselamatan negara kerana ingin terus berkuasa dengan memecah belahkan rakyat. Bagi LKS, beliau berhak untuk mempertahankan diri beliau dari korban fitnah yang tidak terperi kotornya ini.

LKS sepatutnya ke mahkamah dalam masa yang terdekat ini kerana fitnah mesti diperangi habis-habisan. Isu ini keluar kerana pilihanraya akan tiba. Rakyat ramai harus bangkit untuk menolak sebarang tindakan yang bersifat perkauman untuk meninggalkan sebuah negara yang aman damai kepada generasi kita yang akan datang.

Bagi rakyat pula kita seharusnya tidak terjebak dengan permainan kotor setengah pihak ini kerana kita juga tidak boleh membiarkan pihak ini memperbodoh-bodohkan kita dan bersekongkol dengan niat jahat pihak tersebut.

Kita memperjuangkan kehidupan rakyat yang muhibbah dan harmonis kerana sejak merdeka kita mempunyai satu matlamat yang ‘ultimate’, iaitu penyatuan semua kaum dan mencapai tahap ‘national unity’ yang optima.

Itulah sebaik-baik peninggalan untuk generasi kita yang akan datang. -aspanalian.net



Laporan sebelum ini
klik untuk baca





4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pengusaha panggung terpaksa siar cerita pasal wajib tayang... tapi sah sah rugi karen tokey panggung... cerita yang paling sikit kutipan. Haha...

1 Malaysia Tulen berkata...

Sudah amat jelas siapakah puak munafikun di Malaysia ni? Hai saudaraku, jangan benarkan depa ni menghayutkan Melayu ke lembah yang hina.
Hebatnya Melayu ni kerana depa ini beragama Islam. Kalau tidak, depa ni ibarat sampah aja.
Aku amat percaya kalaulah kita mengamalkan nilai-nilai Islam yang sebenar, sudah tentu kita dipandang tinggi. Ini tidak, yang Islam / Melayu tu le yang dok terlibat dengan pelbagai gejala. Macamana orang bukan Islam nak menghormati kita sedangkan kita selalu kata Islam tu yang terbaik tapi praktiknya .... lebih teruk daripada orang bukan Islam.

Tanpa Nama berkata...

Suhaimi Baba,perempuan yang tak boleh pakai.Hidup mengampu UMNO aje.

Tanpa Nama berkata...

Udah udahlahnya....tak abis abis main isu kaum...umno akan pupus jugak akhirnya