2 Ogo 2012

Pekerja Butik Dirogol "Pelanggan"

Subang Jaya – Polis mengedarkan fotofit seorang lelaki dipercayai warga Indonesia bagi membantu siasatan berhubungan kes rogol pekerja butik di SS15, 21 Julai lalu.

Dalam kejadian itu, butik tempat kerja mangsa berumur 23 tahun itu dikatakan didatangi lelaki berkenaan kira-kira jam 3 petang.

Gambar: Fotofit suspek yang merogol mangsa dicari.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, suspek dikatakan membelek-belek pakaian di rak dan memaklumkan kepada mangsa dia ingin menghadiahkan baju itu kepada teman wanitanya.

Katanya, suspek yang bertutur dalam bahasa Indonesia kemudian memaksa pekerja butik itu masuk ke dalam bilik stor dan terus mengikat kaki tangan serta mulut mangsa.

“Suspek kemudian merogol mangsa dan menyamun beg duit, telefon bimbit serta hasil jualan yang berada di kaunter pembayaran,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Yahaya berkata, pihaknya memohon kerjasama orang ramai mengesan seorang lelaki warga Argentina bagi membantu siasatan kes pecah rumah dan melanggar kereta polis di USJ 18/2A pada 26 Julai lalu.

Dalam kejadian 9.25 malam itu, empat lelaki melarikan diri selepas melihat kereta peronda polis tiba di pekarangan rumah teres dua tingkat tersebut yang telah dipecah masuk.

“Kita minta orang ramai tampil memberi maklumat sekiranya mengetahui kedudukan lelaki dikenali Ignacio Marcelo, 45, yang masuk ke negara ini sebagai pelancong sejak Oktober lalu,” katanya.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nak tarik pelancung dtg malaysia tapi melencong... Bawak masuk pulak pendatang asing tanpa kawalan gini lah jadinya. Mana jenayah tak meningkat. Gomen pikir nak untung je, yg dtg tu ntah penjenayah ke, penyangak ke yg jd mangsa rakyat.

ahmadyani berkata...

Tapi masih menganggap jenayah di Malaysia tidak membimbangkan. Inilah anggapan tidak cerdik pihak berkuasa yang menjaga keselamatan neegara.

Selagi anggota keselamatan tidak menumpukan 100% masa dan tenaga dalam menghapuskan jenayah, bukan menjadi tunggangan pihak lain, penjenayah akan asyik tersenyum.

Tanpa Nama berkata...

Ini adalah kes terpencil.

Kata hisamuddin auw auw.

Kesian onn jaafar dapat cucu mcm nih.

Tanpa Nama berkata...

sumpah memang celaka indonsial nie...lepas ni apa2 bala2 yg jadi kat negara laknat tu aku sumpah tak kan tolong biar diorg mati kebulur baru padan muka...geram gila aku...

Tanpa Nama berkata...

Negara bebas jenayah?,rakyat dalam ketakutan