26 Ogo 2012

Mahathir Di dalam Kesesatan Yang Nyata - Tiada Ulamak UMNO Berani Membetulkan..

Mahathir: 'Syaitan yang dikenali' merujuk kepada BN

Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir menjelaskan bahawa "syaitan" yang dimaksudkannya dalam tulisan di blognya itu merujuk kepada kerajaan BN.

"Orang bertanya mengenai syaitan, tapi kita adalah syaitan yang orang kenal. Mereka adalah malaikat yang orang tidak kenal," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita dalam sidang media di majlis rumah terbukanya sempena Hari Raya hari ini.

Ditanya siapakah golongan yang dimaksudkan sebagai "malaikat" itu, Mahathir berkata beliau merujuk kepada pembangkang.

Jelasnya, "malaikat" itu bukanlah golongan yang suci kerana "Kadang-kadang, malaikat juga boleh buat bannyak perkara salah," katanya.

Katanya, walaupun pembangkang mahu membuat perubahan, langkah itu tidak semestinya memberi kebaikan.

"Jika anda berubah kepada sesuatu yang lebih teruk, anda akan menyesalinya," kata Mahathir yang menambah, pembangkang akan terus berusaha untuk terus menang sekiranya berjaya membentuk kerajaan.

Beliau menjelaskan pepatah bahasa Inggeris "lebih baik syaitan yang anda kenal daripada malaikat yang anda tidak kenal" yang disebut dalam tulisan di blog chedet.cc pada hari Rabu lalu.

Tulisan itu menggesa pembacanya supaya tidak menyokong Anwar yang disifatkannya sama dengan presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.

Obama, kata Mahathir banyak menjanjikan perubahan tanpa jaminan untuk menunaikannya. -mk

Ulasan GB

1) Kenyetaaan Mahathir di atas mengesahkan bahawa memang banyak syaitan yang ada di dalam UMNO BN. Kehadiran mereka adalah dengan restu beliau sendiri. Dan syaitan-syaitan itu bergelandangan di dalam UMNO BN setidak-tidaknya semenjak Mahathir menjadi Presiden UMNO. Bukti nhyata di dalam UMNO kini banyak berperangai syaitan - samseng, pemfitnah, perasuah, pengebas, penipu malah pembunuh pun ada di dalam UMNO. Tengok sahaja perangai pencacai-pencacai UMNO... tulisan mereka penuh carut dan gambar lucah. Dengar khabar peminum arak pun ramai dari kalangan blogger UMNO... Itu semua ciri-ciri syaitaniah.

2) Mahathir mengakui bahawa Pakatan Rakyat adalah malaikat.

3) Mahathir adalah termasuk di dalam golongan yang boleh diragukan keimanannya kerana menyatakan bahawa "malaikat juga boleh buat bannyak perkara salah". Sedang umat Islam diwajibkan "percaya kepada malaikat" sebagai salah satu rukun Iman. Malaikat adalah golongan yang sentiasa bertasbih, bertahmid dan patuh kepada perintah Allah. Malaikat dibuat dari cahaya atau nur sedangkan syaitan berasal dari api atau nar. Malaikat terpelihara dari melakukan kesilapan.

4) Jika PAS dituduh sebagai Parti Ajaran Setan, kini tuduhan itu kembali kepada orang yang menuduh, rupanya UMNO BN yang diasuh syaitan selama ini.

5) Jelas Mahathir di dalam kesesatan yang nyata tapi tiada ulamak UMNO yang berani bangun untuk menegur dan membetulkannya. Nabi menggelarkan ulamak ini sebagai Ulamak Ussu'.

6) Jangkaan GB sebelum ini bahawa Mahathir Ingin Mati Sebagai Seorang Firaun semakin menjadi kenyataan.



13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nauzubillah..

Mahathir shud shut his mouth...lagi banyak dia keluar kenyataan, lagi dia dalam kesesatan yg nyata..

Ya Allah..aku doakan diamkan dia kerana setiap tutur katanya akan menyesatkan pengikut2 tegarnya..AMEENN...

1 Malaysia berkata...

Perasaan gua sayu, sebak, sedih, marah, ..... bercampur baur. Apa nak jadi dengan orang tua ni? Adakah kerana doa dari orang-orang yang pernah dia zalimi dimakbul Allah swt? Adakah dia dah jadi seperti apa yang dia pernah kata pada Almarhum Tunku Abdul Rahman?
Mana ulamak UMNO? Mana "Tok Guru Kelantan" yang menuduh DAP kafir harbi? Mana Fathu Bari?
"Malaikat pun boleh buat kesilapan". Benarkah apa yang gua dengar?
Dari dulu selepas gua sedar tentang kepentingan politik dalam kehidupan kita, gua dah labelkan puak ni munafikun di Malaysia gua ni. Gua tak pernah percaya akan depa ni. Rupa-rupanya la ni depa dah mengaku depa tu SETAN yang berpura-pura baik. Ngeri mendengarnya?
ABU....... Saham bagi mereka yang mengundi UMNO/BN .... NERAKA JAHANAM, bukan kata gua tapi Ustaz Idrus. Kamu tak perlu jadi ahli PAS tapi kamu tak perlu undi UMNO/BN. Balik ke pangkal jalan, jalan yang diredhai Allah swt walaupun kamu tak pilih PAS.

Tanpa Nama berkata...

Tak sabar nak tengok ending movie Attartuk v2.. panas ka sejuk.. dlm batu ke simen..hahha

Tanpa Nama berkata...

klau tanya ulamak muda umnu mesti dok spin 360...syg nyer depa kat mahadeath

Tanpa Nama berkata...

dah kenai sapa setan dok ikut buat apa?

kalu tak kenai pasai apa bagi nama malaikat?

bagi la nama alien ka hahaha

kalau ada mungkin buat jahat tu bukan malakikat namanya

tapi yang dah tau mesti buat jahat tu pasti ameno namanya hahaha

dah kata nama pun manusia pasti ada silap salah

tapi yang tak gunanya dah buat rosak tak boleh pebaik balik, malah sampai TAK MAU pebaik, benda dah macam tu lempaq buang dah la, UBAH cari yang baru

Tanpa Nama berkata...

adakah kerana ulamak syaitan?

Tanpa Nama berkata...

UBN semakin nazak berdasarkan kenyataan Mahathir.

Unknown berkata...

bro, ada salinan teks penuh ucapan Tun Mahathir tu, atau youtube ke?
nak ikutkan, Iblis pun asalnya malaikat. dan pd zaman Nabi Sulaiman, yg mengajar sihir pd manusia adalah malaikat.

atan berkata...

Dulu kata TGNA berkawan dengan syaitan tapi sekarang diorang sendiri yang mengaku syaitan. Pastu boleh pulak mintak rakyat sokong syaitan

Murid berkata...

kepada Unknown yang mengatakan Iblis asalnya malaikat, mohon semak semak semula fakta ini dengan guru anda, kerana kenyataan itu itu sangat salah...mungkin di amabil dari cerita israiliat dsb

fakta sebenar :

Iblis dijadikan dari api,
Malaikat dari cahaya...
Adam dari tanah....

Tanpa Nama berkata...

Mana statement dari ust. Fathul Bari?

Tanpa Nama berkata...

Jangan terlalu risau tentang Mahatir Kutty ni.Dia bukan sahaja sudah nyanyok tapi pengikut Kamal Atattuk.Dia sudah menghina Nabi SAW dan juga para Ulamak,sekarang dia mempertikaikan pula malaikat.Dia taukah apa itu Rukun Iman?

mar berkata...

iblis dari golongan jin la bro...cuba rujuk dlm quran, iblis ada bagitau dia tak nak sujud pada nabi adam sbb dia dari api n nabi adam dari tanah. malaikat allah buat dari cahaya.