George Town: Kualiti hidup rakyat Pulau Pinang yang mendiami rumah pangsa kos rendah (harga di bawah RM42,00) dan sederhana rendah (di bawah RM72,500) akan mengalami perubahan besar apabila Kerajaan negeri Pulau Pinang memperuntukan RM50 juta untuk untuk memperbaiki, menaiktaraf dan memulihkan rumah mereka dalam program HAPPY!
Dalam kenyataan perutusan Hari Raya Aidilfitri, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, HAPPY! merupakan sebuah program sistematik buat pertama kalinya dilaksanakan mana-mana kerajaan negeri di Malaysia.
“HAPPY! adalah Program Bantuan Perumahan Pulau Pinang sebagai “dividen anti-rasuah” yang mana ia berdasarkan keyakinan bahawa kerajaan negeri akan memperolehi lebihan wang sekurang-kurangnya RM50 juta pada 2011 hasil usaha anti-rasuah dan menjalankan pentadbiran bersih berdasarkan prinsip Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT).”
Ujarnya, kerajaan negeri mencatatkan lebihan sebanyak RM88 juta untuk 2008, RM77 juta untuk 2009 dan RM33 juta untuk 2010.
“HAPPY! juga memperlihatkan komitmen kerajaan negeri untuk membawa perubahan besar kepada lebih 600 skim perumahan kos rendah dan sederhana rendah membabitkan puluhan ribu unit di Pulau Pinang.” tambah Guan Eng.
Dalam perkara berkaitan, Ahli Parlimen Bagan tersebut menjelaskan bahawa kerajaan persekutuan telah menubuhkan tabung penyelenggaraan RM500 juta untuk semua skim perumahan kos rendah dan sederhana rendah.
Katanya, skim kerajaan persekutuan tersebut menawarkan pembiayaan kos sebanyak 90 peratus oleh kerajaan persekutun dan 10 peratus pula oleh penduduk untuk semua projek pembaikan atau penaiktarafan untuk rumah pangsa kos rendah.
Manakala untuk rumah pangsa kos sederhana rendah ujar Guan Eng, 70 peratus kos dibiaya oleh kerajaan pusat dan 30 peratus oleh penduduk.
Tetapi tambah Guan Eng, usaha tersebut gagal kerana kebanyakan penduduk rumah pangsa kos rendah dan sederhana rendah tidak mampu menanggung kos 10% dan 30% masing-masing.
“Demi menjayakan program penyelenggaraan ini, kerajaan negeri akan menanggung kos 10% dan 30% ini bagi pihak penduduk rumah kos rendah dan sederhana rendah dengan RM50 juta ditanggung oleh kerajaan negeri untuk memperbaiki, menaiktaraf dan memulihkan rumah pangsa kos rendah dan sederhana rendah.
“Untuk itu semua persatuan penduduk diminta buat permohonan dengan kerajaan persekutuan dengan segera.
Ketua Menteri Pulau Pinang itu berharap agar pengumuman HAPPY! ini sedikit sebanyak menceriakan sambutan Hari Raya Aidilfitri serta mampu merancakkan pembangunan ekonomi setempat pada masa yang sama mendesak agar tender terbuka hanya diadakan bagi kontraktor tempatan.
“Di hari yang mulia ini, saya ingin mengucapkan semoga Hari Raya Aidilfitri tahun ini disambut dengan meriah dan juga ingatan agar kita dapat membezakan mana yang benar dan mana yang palsu serta jauhilah fitnah. Maaf zahir dan batin.” Lim Guan Eng dalam ucapan aidilfitrinya. - roketkini

3 ulasan:
Inilah yang dinamakan pemimpin berjiwa rakyat..hak rakyat dikembalikan kepada rakyat semula adakah pemimpin sebelum ini berbuat demikian...?? "WAKIL RAKYAT" benar-benar bekerja untuk rakyat bukan rakyat bekerja untuknya ..memenuhkan kantung masing2....inilah pimpinan contoh yang diharap-harapkan oleh rakyat Malaysia...jangan kita memandang kaum bangsa dan agama seseorang itu jangan disempitkan kotak pemikiran dengan dakyah ahli politik yang memainkan api perkauman di Malaysia ini..Tahniah YB.LGE....teruskan usaha murni anda membela rakyat di bawah pimpinanmu....
semoga Allah memberikan taufik dan hidayah kepada Ketua Menteri P.Pinang untuk memeluk Islam. Ameen.
Niat yg murni..teruskn perjuangn Yb LGE
Catat Ulasan