Kontroversi terbaru yang terjadi di kalangan dunia hiburan Indonesia apabila berita tiga selebriti mereka dikatakan telah menukar agama dalam erti kata lain, murtad tersebar.
Menurut satu sumber, salah seorang daripada selebriti tersebut adalah Pinkan Mambo. Penyanyi yang popular dengan lagu "Kekasih Yang Tak Dianggap" itu sudah dua kali menukar agama, perkara tersebut telah disahkan sendiri oleh ibunya, Deetje. Deetje yang kecewa dengan tindakan yang dibuat oleh anaknya itu memberitahu bahawa dia belum pernah melihat Pinkan ke gereja, namun dia memberitahu bahawa anaknya itu sudah mula belajar agama lain.
Pinkan atau nama sebenarnya Pinkan Ratnasari Mambo dikatakan telah berubah dengan mendadak sejak kebelakangan ini. Menurut Deetje, dia merasa seperti kehilangan anak namun hanya berserah pada yang maha berkuasa.
"Anak merupakan kurniaan Tuhan dan kita tidak boleh mencintai anak 100 peratus kecuali pada Yang Maha Pencipta,"ujar Deetje.
Yang kedua pula adalah selebriti yang terkenal dengan watak Aisha dalam filem "Ayat-Ayat Cinta", Rianthi Rhiannon Cartwright. Dia turut dikatakan telah menukar ke agama kristian apabila berkahwinan dengan Alfoncius Dapot Parulian Nainggolan atau lebih dikenali dengan Cas. Perkahwinan mereka dilangsungkan di Gereja Old St Patrick, New York Amerika Syarikat. Berita ini diketahui apabila risalah gereja tersebut tersebar dan memperlihatkan wajah bintang pengacara MTV itu.
Pengurus kepada Rianthi, Adi kemudian dihubungi bagi mengesahkan dakwaan tersebut, namun Adi enggan mengesahkan sebaliknya memberitahu bahawa dia tidak tahu mengenai perkara tersebut dan menjelaskan bahawa dia hanya berhubung dengan Rianthi hanya atas urusan kerja.
Adi mencadangkan agar mendapatkan pengesahan daripada paderi di gereja tersebut namun pihak mereka juga enggan memberi kerjasama.
Selebriti paling terbaru yang didakwa murtad adalah Happy Salmah atau nama sebenarnya Jero Happy Salma Wanasari. Dia dikatakan telah memeluk agama Hindu kerana mahu berkahwin dengan teman lelakinya, Tjokorda Bagus yang berketurunan raja.
Happy yang merupakan seorang model dan pelakon filem dikatakan telah menjalani satu upacara pindah agama Hindu dimana dalam upacara yang dinamakan Sudhi Wadani.
Upacara yang diadakan di Villa Ibah, Ubud Indonesia adalah sebagai pengesahan ucapan atau janji seseorang yang secara tulus ikhlas menyatakan menganut agama Hindu.
Upacara itu adalah antara syarat yang harus dituruti apabila seseorang mahu berkahwin mengikut adat Hindu. Mereka kemudiannya telah melangsungkan perkahwinan di Puri Saren Kauh, Ubud yang kemudiannya diikuti dengan majlis di Sukabumi.
Happy turut memberitahu bahawa dia tidak mahu bercakap secara terbuka mengenai status agamanya.
"Saya tidak akan bercakap mengenainya,"kata Happy.
Isu masyarakat Islam di Indonesia, baik lelaki mahupun wanita yang menukar agama lain untuk berkahwin dengan pasangan masing-masing adalah perkara biasa sejak era Sukarno dan Suharto kerana mendakwa ulama berkata ia dibolehkan. -yahoo.news

8 ulasan:
Di Malaysia belum ada artist yg bertukar ke agama lain. Namun terdapat ramai artis Malaysia yg cara hidup mereka seperti beragama lain.
pendedahan ini berguna - setidak2nya mengingati para selebriti tanahair kita sendiri yang masih tenggelam dalam arus hedonisma dan glamour... bahawa syatan itu sentiasa mencari jalan untuk menyesatkan dan memurtadkan manusia dari jalan Allah.
di sana , bila kepala yang paling besar kata boleh, abih jahanam yg bawah2.
di malaysia, di atas kata say no to hudud, yg bawah pun, say no to hudud.
2 x 5.
karut sungguh indon2 nih
minta dijauhkan Allah daripada perkara buruk mcm nih
lantaklah artis indon ni...apa kelas mereka ni...dengan peribadi yang sebegitu, siapa lah agaknya yang memandang tinggi golongan ini??? apakah yg masyarakat boleh pelajari atau perolehi drp kewujudan golongan yg tersasar ini?...tak perlu lah peminat mendewakan atau memuja golongan yg tersesat ini...golongan ini menyebabkan agama islam yg pernah mereka anuti/warisi dipandang rendah dan sepi...namun adalah tugas kita mencegah mereka drp murtad...
Di Indonesia orang Islam kahwin dengan kafir perkara biasa.
perkara sebegini sudah menjadi kebiasaan di Indonesia. tidak pelik lagi. saya juga asal indonesia. terlalu sedih melihatkan perkara sebegini, namun masyarakat sudah menerimanya sebagai satu trend malah boleh berbangga. ( Seek for Allah's forgiven )
Tak boleh la kita kata 'lantak la'
islam itukan bersaudara
Catat Ulasan