3 Jul 2012

Gelaran Anjing: Perpindahan Istana Ke Muzium Semakin Menjadi Kenyataan (?)

Tunku mahkota enggan ulas dakwaan Uncle Seeker

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim enggan menjawab dakwaan oleh penulis blog Syed Abdullah Hussein Al-Attas yang didakwa mengaibkan ayahandanya Sultan Iskandar.

"Biarlah anjing itu menyalak semahunya. Saya tahu kebenarannya, rakyat Johor juga tahu kebenarannya," katanya dalam satu tulisan di Twitter hari ini.

"Mengapa saya harus beri reaksi kepada (dakwaan) karut," katanya lagi apabila ditanya mengenai dakwaan Syed Abdullah yang juga dikenali dengan nama Uncle Seeker.

Beliau berkata demikian apabila menjawab soalan seorang lagi pengguna Twitter berhubung tindakan yang akan diambil ke atas Syed Abdullah.

"Apabila orang ingin menjatuhkan anda, ia hanya bermakna anda berada dia atas mereka, maka jangan sedih," katanya lagi.

Laporan Bernama pada Ahad lalu menyebut, tiga puluh individu membuat laporan polis ke atas Syed Abdullah berhubung penyiaran tulisan di blog uncleseekers.blogspot.com itu.

Kumpulan itu juga meminta pihak berkuasa supaya menutup blog yang didakwa menyiarkan "dokumen sulit" itu.

Laporan berkenaan bagaimanapun tidak menyatakan dakwaan yang ditimbulkan Syed Abdullah. -mk



Ulasan GB

Nampaknya, apa yang disampaikan oleh Sultan Azlan Shah satu ketika dulu bakal jadi kenyataan.

Titah Tuanku:
"walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata.

"Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekali pun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat.

"Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya" - Sultan Azlan Shah ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980."

dan berikut pula titah Raja Nazrin:

"Bahawa selagi rakyat menaruh kepercayaan terhadap Raja dan menghormati Institusi Raja, selagi itulah takhta tidak akan dipindahkan dari istana ke muzium;.... Bahawa takhta juga tidak boleh lari dari hukum Allah, hukum yang ditetapkan ke atas seluruh umat manusia tanpa mengira Raja atau rakyat"

Dan di dalam insiden Perak dahulu GB pernah berkata:
Jangan sampai mahkota tercampak dik perbuatan Tuanku berdua
Jangan sampai Tuanku pula diletak di luar pagar istana
Nantinya maruah raja Melayu terhina angkara siapa?
Dan nantinya juga
Jangan disalahkan rakyat jika institusi Raja bersanggah ke muzium selama-lamanya!



18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Banyak negara RAJAnya telah HANCUS.Kalau raja biadap macam raja dulu kala...tunggulah....raja itu di muziumkan.

Amuraria berkata...

RAJAGOPAL & RAJA SEGARAN TADAK TAKHTA PUN ;)

Tanpa Nama berkata...

Kuasa raja @ sultan takkan dpt mengatasi kuasa Allah s.w.t,biar sebongkak mana dan betapa tingginya darjah kebesaran yg dimiliki pasti akan tersungkur jua akhirnya hanya menunggu masanya saja-Rakyat Derhaka

Tanpa Nama berkata...

pandai lah raja dan anak raja itu berkata-kata, haprakkkkkkk! dulu kes MB haram, speaker haram, mesy bawah pokok, dek katak melompat semua jadi terbalik. semua aku register dlm kepala, takkan ku lupa, rakyat sampai tidur atas jln nak mengadu kat raja, apa dpt?

berkata-kata berpalasapah sedap dengar tapi tak ada makna. dulu ingat raja yg berpendidikan dan pernah praktik undang2 bagus, tapi sgt mengecewakan.
pi balik seropa saja, semua jaga perutttttttt.

yeop berkata...

masih ingat kelagi kes amukan perebet adam eloklah kerjaan negeri johor istyhar hukum hudud dengan segera supaya tak berlaku kezaliman

Tanpa Nama berkata...

gua tau raja sped sama itu raja lekuk saja baki raja yg tinggal..ropenye ade lagikah raja dimuka dunia ini..keh,keh,keh,

Tanpa Nama berkata...

Allah hu akbar,,,,,Sultan Muhammad ke 5 adalah Raja yg terbaek...........raja seperti ini yang wajar disanjung oleh rakyat.........

Tanpa Nama berkata...

Raja yang bersifat meninggi diri akan dipandang rendah oleh rakyat. Manakala raja yang bersifat merendah diri akan dipandang tinggi oleh rakyat.Itulah lumrah kehidupan yang berlaku sejak dulu lagi. Apa-apa pun di sisi Allah s.w.t, raja dan rakyat biasa tidak ada bezanya. Yang lebih mulia di sisi Allah s.w.t ialah orang yang lebih bertakwa kepada Allah s.w.t.

din ceroi berkata...

Aku bukan rakyat Kelantan TETAPI Sultan Kelantan TERBAIKKKKKKKKKKK ! Daulat Tuanku.

BaDiN berkata...

akan timbul masalah yg amat berat andainya PAS mentadbir negeri ini.
Rajanya Sekular Pentadbir Islam.
Raja bongkak hinggakan kasut pun orang pakaikan.
Raja ini tak patut ditanam Layaknya diawetkan seperti Firaun.
Allah tak pandang harta benda kamu dan pangkat kamu.Allah pandang kepada mereka-mereka yang mempunyai hati yang penuh Ketaqwaan kepada Nya.
Sedar dirilah wahai Raja-raja bahawa kamu akan ditanamkan bknya kamu yang menanam diri sendiri bila mati.Ketika itu harga 1/2 sen pun diri mu tiada yang sudi membelinya.Hang Jebat ada ungkapan yang mashyur.
Tidak mustahil Raja akan bertahta di Muzium suatu hari nanti jika beginilah sikat kamu yang tak boleh dotegur,bongkak,ego,riak,takabbur,sombong.

opon berkata...

Terharu melihat gambar plak menyokong tuntutan royalti. Ruang tandatangan itu khas untuk Sultan Kelantan sahaja. Tapi beliau sanggup tandatangan di sebelah kiri bagi memberi ruang Tok Guru tandatangan di sebelah kanan.
Antara punca kesombongan raja ialah rakyat jelata sendiri tidak faham bahasa istana. Perkataan Duli Yang Maha Mulia asalnya bermaksud duli (tapak kaki/habuk di tapak kaki) kepada Allah Yang Maha Mulia, tanda merendah diri, hina di sisi Allah. tapi bila duli itu sendiri yang menjadi mulia, akibatnya raja disembah, dianggap suci. Bahasa istana "mencemar duli" bermaksud "merendah diri". contohnya 'Sultan mencemar duli bersolat di masjid sekian-sekian', maksud sebenarnya Sultan dengan rendah diri bersolat di masjid sekian-sekian. Tapi ramai yang beriktikad, mencemar duli bermaksud mengotorkan kaki, maknanya masuk masjid boleh tercemar/kotor tapak kakinya, ini bahaya kepada akidah kita.

opon berkata...

apapun, sumbangan raja-raja terdahulu jangan dilupa.. kalau lah pendakwah dan pedagang Islam dari Arab, India dan Cina disembelih kerana menyebarkan Islam, mungkin umat Melayu masih lagi beragama Hindu..

Tanpa Nama berkata...

bila raja bersikap begitu tiada beza raja dgn yg mengata..lbh2 lg rakyat johor ditarik ke dlm kancah permainannya sedangkan rakyat bukan buta.

Tanpa Nama berkata...

bila la kita nak dpt sultan mcm sultan kelantan ekkkk???

kita rakyat johor mmg tau sangat laaaaaaaaa

tapi kalo kita rakyat ada masalah camner nak mintak tlg sultan ek???? kalo sultan keluar jumpa rakyat pun dah penuh dikelilingi dengan polis dan pembodek2nya, jadi camno kita rakyat biasa nih nak bertentang mata dengan sultan untuk meluahkan segala masalah??? hendak ke sultan duduk berborak dengan setiap rakyat setiap masa tanpa protokol? rasanya tak pernah dengar pulak Hadis atau ayat Quran nak jumpa Nabi ada protokol? Itu lagi la Nabi Allah kan

bole bagi cadangan?

Pejuang Rakyat berkata...

Punca terjadi sebegini kerana DIAMnya para ulamak atau Mufti Kerajaan Negeri. Apakah darjat pemerintah sekarang lebih tinggi daripada Rasulullah S.A.W. Saidina UMar Al Khattab pernah ditegur... dia bersyukur diatas teguran itu. Kepada Ahli MFK jangan berDIAM diri.. Apakah kamu lebih takut kepada pemerintah daripada ALLAH S.W.T. Fahamilah... Nereka tidak kenal siapa.. kamu Perdana Menterikah? Menteri Besarkah? Muftikah? Presidenkah? Sultankah? sesiapa sahaja bila ingkar dengan ajaran Nya.. Nereka telah tempat kamu menerima hukuman atas perbuatan kamu.

Tanpa Nama berkata...

Kita tidak pernah melupakan jasa raja-raja yang terdahulu tetapi kita juga tidak pernah melupakan sikap kurang elok yang telah ditunjukkan oleh raja-raja yang terdahulu dan raja-raja yang ada sekarang.

Tanpa Nama berkata...

dah macam cerita Hang Jebat

Tanpa Nama berkata...

aku tetap merasa hairan sebab sebagai ketua agama islam sepatutnya mengambil contoh akhlak dan budi NABI MUHAMMAD S.A.W

tapi ada tak mereka2 ini semua mempunyai ciri2 Nabi walaupun secubit???

ada ???