11 Jul 2012

Apa Kuasa Rosmah Wajibkan Semua Pengusaha TASKA Hadiri Kursus PERMATA?

Halimah : Rosmah Cuba Ambil Alih Jawatan Menteri?

SHAH ALAM, 10 JULAI: Tindakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mengumumkan untuk mewajibkan guru-guru taman asuhan kanak-kanak mengikuti kursus anjuran permata membuktikan beliau cuba mengambil alih jawatan Menteri wanita yang di pegang suaminya.

Demikian kat Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor, Halimah Ali kepada TVS hari ini.

“Pertamanya, apa jawatan Datin Sri Rosmah itu? Kenapa dia pula yang umum nak wajibkan kursus Permata? Adakah dia Menteri Pelajaran atau apa?

“Yang jadi Menteri Wanita dan Kebajikan ni adalah suami dia bukannya dia, jadi kenapa dia pula yang nak jadikan ia sebagai satu dasar?

“Orang yang buat dasar mewajibkan kursus atau apa sahaja mestilah seseorang yang medapat mandat rakyat, bukannya berdasarkan kedudukan beliau sebagai isteri Perdana Menteri,” kata beliau ketika ditemui apabila Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor berhenti rehat tengahari tadi.

Menurut Halimah, pengalaman panjang dan pengetahuan pengusaha taska di negara ini juga boleh dijadikan sumber rujukan oleh kerajaan untuk melaksanakan sesuatu dasar.

“Kementerian perlu mencari orang yang pakar mengkaji secara menyeluruh apa yang patut dilakukan, bukannya kerana desakan politik atau hendak menonjolkan Permata itu.

“Ada banyak pengusaha taska yang telah beroperasi berpuluh tahun dan mempunyai pelbagai pengetahuan dan pengalaman dalam bidang ini.

“Kenapa kita tidak kumpulkan mereka ini dan mereka boleh berikan input terbaik daripada mereka, jadi sebab itulah saya tanyakan tadi adakah Menteri yang mendapat mandat rakyat untuk buat dasar ini arahkan atau siapa? Soal Halimah.

Halimah juga tidak menolak kemungkinan bahawa ‘pengumuman’ Rosmah tersebut sebagai salah satu usaha beliau untuk meraih publisiti dari masyarakat umum. -selangorku


Rosmah: Taska swasta wajib ikut kursus Permata

KUALA LUMPUR - Bermula tahun depan, semua pengusaha taman asuhan kanak-kanak (taska) swasta serta para tenaga pengajarnya dikehendaki menghadiri Kursus Permata untuk menggantikan Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak, kata isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau berkata, untuk tujuan itu, pihak Permata dan Jabatan Kebajikan Masyarakat sedang dalam proses merangka pelan peralihan bagi membolehkan Kursus Permata dan Kurikulum Permata diguna pakai oleh semua taska swasta di seluruh negara.

Rosmah yang juga Penaung Permata Negara berkata, semasa dalam tempoh peralihan, pihak Permata akan menganjurkan kursus-kursus melatih para pelatih bagi membolehkan tenaga pengajar swasta melaksanakan Kursus Permata untuk pendidik mereka.

"Di samping itu, pihak Permata juga akan menganjurkan kursus ulang kaji mengenai Permata kepada tenaga pendidik yang sedia ada agar dapat memakai Kurikulum Permata," katanya ketika berucap merasmikan Pusat Anak Permata Negara Kerinchi di PPR Kerinchi di sini, hari ini.

Turut hadir pada majlis itu Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Datuk Salleh Yusop serta Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Datuk Azman Amin Hassan.

Menurut Rosmah sehingga kini, pemakaian Kurikulum Permata hanya melibatkan Taska di bawah kelolaan kerajaan di seluruh negara sahaja yang dijadikan sebagai garis panduan Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan sejak 2009.

Mengenai Pusat Anak Permata Negara Kerichi, Rosmah berkata walaupun dibina bahagian bawah rumah pangsa, namun ia mempunyai ciri binaan yang sesuai, selamat dan menyeronokkan untuk kanak-kanak.

"Walaupun terdapat kekangan keluasan tanah, namun pusat ini masih mempunyai kawasan untuk aktiviti pembelajaran luar yang sememangnya penting bagi perkembangan menyeluruh kanak-kanak.

Beliau berharap lebih banyak pusat seperti itu dapat dibuka di kawasan rumah pangsa untuk manfaat anak-anak sebagai permulaan kepada kehidupan yang lebih baik.

Rosmah berkata penubuhan pusat berkenaan agak unik kerana ia diwujudkan atas permintaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri semasa lawatan turun padang beliau ke Lembah Pantai pada akhir Januari lalu.

"Penubuhan pusat ini adalah sebahagian daripada janji Perdana Menteri yang telah ditepati untuk menyediakan sebuah pusat asuhan dan didikan kanak-kanak yang berkualiti kepada kanak-kanak di kawasan Kerinchi," katanya.
- Bernama


Ulasan GB

Sebelum ini GB pernah mengulas mengenai isteri najib ini. Petikan:

Belum ada isteri-isteri PM sebelum ini yang bertindak liar seperti yang dilakukan oleh isteri Mohd Najib, Rosmah Mansor namanya.

Najib nampaknya seperti tidak dapat mengekang dan mengawal tindakan Rosmah yang besar sangat nafsunya menjadi "diplomat" sekalipun bukan berhormat dan tidak pula bertauliah.

Rakyat BERHAK untuk mendesak Najib mengarahkan isterinya berhenti dari berkelakuan jelek yang menghabiskan wang rakyat.

Jika tidak Najib akan menanggung segala sumpah dan makian rakyat yang tak pernah mengundi Rosmah Mansor, isteri yang didakapnya saban malam.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

alamak bro, lu sudah salah lah

mmg ler kak semah nih pm kita, najib tuh bini dia laaaa

bole???

Tanpa Nama berkata...

Eyooooo ko khaaaa

aku berkata...

KUANG HAJA PUNYA BLOG!!..AKU CUKUP PANTANG KALO ADA YANG BERANI MEMPERTIKAIKAN KUASA YANG ADA PADA SEORANG PERDANA MENTERI YANG DIBERI MANDAT DAN KEPERCAYAAN OLEH RAKYAT!!..BIADAP!!!

Basteng berkata...

alahai Kak Ros.. Kak Ros...@ dah jadi kembar & sebijik cam Imelda Marcos pun !!

Suruh ler Kak Ros masuk bertanding di Parlimen @ ADUN macam Dr. wan Azizah ler !!

Ada bran???

Di zaman Pak Lah dulu org meluat & benci kerana menantu..

Di zaman Bro Jib lak, org ramai @ rakyat marhem meluat & menyampah/benci dengan sikap isteri tersayang lak !!

Cam cam..

Tanpa Nama berkata...

kak mah yg perasan dirinya tokoh penting. sudah2 ler tu. duk umah layan tv3suku lg molek ler. bikin org meluat je.

Tanpa Nama berkata...

Pengumuman utk menghalalkan duit yg dia nk sebat dr Jabatan Kebajikan Masyarakat la tu. Duit peruntukan bajet lepas dh abis joli. Kna cri projek lain la nk tampung belanja shopping.

Tanpa Nama berkata...

Makin menjadi2 dia ni

Tanpa Nama berkata...

UNDI LAGI BN, DAH LEBIH 50 TAHUN TIPU RAKYAT, TAK SEDAR LAGI..

Tanpa Nama berkata...

tengok isteri Presiden Mesir sekarang, tak macam Rosmah..