2 Jun 2012

[VIDEO & BERGAMBAR] Lautan Manusia Di Himpunan Hijau ke Putrajaya

Stadium Darul Aman, Alor Setar yang merupakan venue Himpunan Hijau ke Putrajaya malam ini sudah dipenuhi puluhan ribu rakyat yang hadir sejak jam 4 petang tadi.

Bukan sahaja bahagian tempat duduk berbumbung yang dipenuhi, malah kawasan padang juga penuh dengan orang-ramai yang mula mencari tempat duduk untuk mendengar ucapan pemimpin PAS malam nanti.

Biarpun hujan lebat turun sekitar jam 4.30 petang hingga 5.30 petang tadi, ianya tidak mematahkan semangat orang ramai untuk hadir ke himpunan penuh bersejarah ini.

Malah mereka langsung tidak berganjak biarpun hujan lebat membasahi mereka.

Di luar stadium pula, keadaan jalan penuh sesak dengan kahadiran orang ramai dari seluruh negara yang sedang menuju ke stadium.

Tidak kurang juga kenderaan yang meletakkan kereta kiri dan kanan jalan.

Walaubagaimanapun pihak polis sejak dari tengah hari menjaga lalu lintas memastikan laluan lancar dan memudahkan orang ramai menuju ke stadium.

Difahamkan kesesakan bermula dari pintu masuk plaza tol Alor Setar Utara lagi sehingga ke stadium.

Kehadiran yang ramai bermula petang tadi bukan kerana adanya konsert K-Pop artis Korea, ataupun penari berpakaian seksi dari Jepun, tetapi hanya baru kerana kehadiran pendakwah tersohor Ustaz Azhar Idrus yang merasmi pentas program malam ini dengan kuliahnya.

Malam ini pula akan berlangsung solat hajat dan munajat perdana sejurus selesai solat Maghrib sebelum acara kemuncak ceramah oleh pimpinan utama PAS termasuk presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz. -HD

Takbir anak muda bergema di Stadium Darul Aman

ALOR SETAR: Stadium Darul Aman yang biasanya bergemuruh dengan sorakan hari ini bergema dengan takbir membesarkan nama Allah apabila lebih 100,000 ahli dan penyokong PAS berhimpun di situ.

Majlis yang bermula dengan suasana suram apabila hujan lebat melanda bandar Alor Setar bertukar menjadi ceria sebaik sahaja penceramah selebriti Ustaz Azhar Idrus memulakan ceramahnya.

Stadium yang mempunyai 44,000 tempat duduk dan 60,000 kapasiti padang dan trek itu mula penuh apabila Ustaz Azhar memulakan ceramahnya kerana hujan mula reda.

Di samping orang ramai yang memenuhi stadium tidak kurang juga yang bersesak-sesak di luar dan juga yang terperangkap di jalan raya.

"Biasanya bila keluar simpang Alor Setar Utara dari lebuh raya, kita perlukan lima ke 10 minit sahaja tetapi saya perlukan 45 minit untuk sampai ke sini," beritahu Ustaz Azhar ketika memulakan ceramahnya.

Ceramah beliau yang berjalan kira-kira 45 minit itu sememangnya dinantikan oleh penduduk utara semenanjung yang selama ini mengenali beliau melalui videonya dalam youtube.

"Mereka bawa K-Pop untuk menarik anak muda, kita bawa ulama ke sini," kata Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Hassan yanga berucap sebelum Ustaz Azhar.

Ustaz Azhar dalam caramahnya juga menyentuh isu K-Pop dalam ceramahnya.

Minggu lalu sepatutnya beliau berceramah di PICC Putraya namun dbatalkan di saat akhir apabila ceramah beliau bertembung dengan persembahan K-Pop di Hari Belia Negara 2012 di sana.

"Sepatutnya saya kuliah di PICC minggu lalu tetapi kerana bertembung degan K-Pop kuliah saya yang dibatalkan," kata Ustaz Azhar Idrus.

Selain ceramah Ustaz Azhar, majlis yag dinamakan Ekspresi Anak Muda itu turut diserikan dengan pelbagai ucapan yang semuana berjalan dalam hujan.

Nasruddin sendiri sekali lagi mendeklamasikan sajaknya yang sebelum ini dibacakan di majlis Taklimat sempena perhimpunan in pagi tadi.

Bekas MB Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin juga turut berucap yang memberikan semangat kepada anak muda dengan mengajakan mereka bersama-sama ke Putrajaya.

Malam ini, pampinan utama PAS akan memberikan ucapan masing-masing dan dijangka beberapa kejutan akan dibuat yang berupa pengumuman penyertaan beberapa tokoh menyertai PAS
. -HD




























18 ulasan:

Che Awe Donde berkata...

salam

kita minta pak rais yatim kira jumlahnya agak berapa ? sila pilih jawapan tepat pilihan dibawah:

a. 227 orang
b. 2270 orang
c. 22270 orang
d. 20 - 227 orang

wasalam

Tanpa Nama berkata...

Salam..puak2 umnogok mesti ada yg sakit jantung bila nengok HIMPUNAN HIJAU ni.. Inilah bukti bahawa rakyat menyokong penuh parti yg memegang teguh ajaran islam....ALLAHUAKBAR3X..PAS TETAP DIHATI...

Waris berkata...

Wow... dapat upah RM30 atau kena derma RM30?

Sure si botak SPR akan tangguh pilihanraya ke tahun 2020 untuk menyelamatkan si botak umno.

Selepas dikira dengan menggunakan teknik mr bean kira kambing, jumlah yg datang hanyalah 22,270.

Tanpa Nama berkata...

hanya yg bijaksana akal dan hati sahaja yg memilih hijau :)

Tanpa Nama berkata...

tak smpai 2 ribu org pun...meroyan lg la puak gerombolan...Takbirrr
ALLAH HU AKBAR..

Amuraria berkata...

PARTI UMNO-BN SEKUTU APCO ARUS JAHILIAH PANDI KUTTY TENGOK KUNING NAIK GILA ,HABIS ANJING-ANJING GILA LARI BERTABURAN MENGGANAS TAK PASAI-PASAI ! NI NASIB BAIK TENGOK HIJAU TAK NAIK GILA MEROYAN WALAU ADA KUASA GILA BABI DITANGAN ! SAMSENG KAKI BALING BATU,LANGAR CERAMAH PR TAK NAMPAK PUN ,DOK KEREKOT EKOR CELAH KANGKANG KOT ! ABU JAWAPAN UNTUK RAKYAT MALAYSIA ! ALLAHU AKHBAR !

Tanpa Nama berkata...

ana pun pi,memang penuh sesak,naik ketingkat atas penuh,tpaksa pi padang,penuh jugak,tak termasuk yg lepak tgk skrin besar kat luar..hahhah.masuk pukul 9.30mlm,sempat tgk aishah berucap,a.samad said meyampaikan sajak,,,akad bai'ah mustapa ali,,kemasukan pemain2 bola,keluar dlm pukul 11,,nak makan,semua restoran kata makanan dan minuman habis,nak isi minyak kat depan stadium penuh org nak isi,rugi org yang tutup kedai masa tu,,banyak baju hijau habis,,tol dari alor setar ke selatan,,penuh dengan manusia yg berbaju hijau.mereka ni semua diupah oleh NIK AZIZ dari poket sendiri..hahha..mengibarkan bendera PAS...dato jamal yang bersih 4.0 celup kalo bukak gerai ikan bakar habis laku..8juta laku kot..hahah

mie berkata...

alhamdulillah

akhirnya pas bersatu.

pastikan niat utk ke putrajaya bersih tanpa dendam, ikut peraturan dan bukannya perasaan.
saya menyokong kebenaran bukan keganasan..
moga Allah swt merestui perjuangan kita untuk menegakkan syiar islam sebagai addin dibumi MALATSIA

Tanpa Nama berkata...

alhamdulillah. hendaklah kita sentiasa bersyukur diatas limpah kurnia Allah dan sentiasa muhasabah diri terutama bahagian pesanan saidina omar ra. dan semoga kita tidak menjadi seperti buih dilaut.... amin.

Tanpa Nama berkata...

Mana-mana ahli PAS yang tidak berkesempatan menghadirkan diri dalam perhimpunan pada kali ini diminta supaya dapat berbuat demikian dalam perhimpunan-perhimpunan seterusnya. Apalah sangat pengorbanan yang kita berikan jika dibandingkan dengan pengorbanan Saidina Abu Bakar Assiddiq r.a yang sanggup menyerahkan seluruh harta kekayaannya demi perjuangan Islam.

Tanpa Nama berkata...

Allahuakbar 3x semoga Allah merahmati dan memberkati apa yg dilakukan demi jln Allah.

Tanpa Nama berkata...

syukur,semoga kita semua berjuang dlm landasan yg betul,agar sentiasa dlm pertolongan Nya..

Tanpa Nama berkata...

syukur,semoga kita semua berjuang dlm landasan yg betul,agar sentiasa dlm pertolongan Nya..

Unknown berkata...

Allahuakbar

Tanpa Nama berkata...

Semakin kuat PAS ditomah dengan pelbagai lebel buruk,tetapi sokongan semakin bertambah dari pelbagai kaum dan perofesion rakyat diMalaysia nih.Alhamdulillah yang benar akan terserlah yang bathil akan dimusnahkan insyallah.Kami hadir secara sukarela dengan rasa kecintaan pada perjuangan dan percaya dengan janji Allah sesiapa yang berjuang dan redha dengan ketentuanNya,maka kami terasa sebagai golongan yang beruntung dan semua pengorbanan kami diterimaNya.Takbir.Tidak ada kekecohan cuma sedikit kesesakan.Rasa-rasanya para peniaga mengaut keuntungan yang lumayan terutamanya PLUS.Maka segala tuduhan yang menyebut segala aktiviti PR sentiasa menimbulkan impak buruk adalah tidak benar sama sekali.Cuma polis trafik agak sibuk,menjaga kelancaran lalu lintas,terimakasih diucapkan kepada KP Polis Kedah Darulaman.Jika tiada provokasi pihak musuh maka semua Perhimpunan akan berakhir dengan tenang dan meriah.

Tanpa Nama berkata...

geng2 samseng umngok mg patut di gelar PAHLAWAN....sb nya bila dapat uPAH baru LAWAN....UPAH+LAWAN=PAH LAWAN

hairan berkata...

wowwww... tak leh nak cakap apa2!

tabekkkkkkkkkkkkkkk

sEtuLusQasiHku^_^ berkata...

subhanAllah...
sinar kebangkitan ISLAM semakin bercahaya...
marilah kita semua masing-masing menambah baikkan hubungan kita dengan ALLAH...
kerana itulah kunci utama kemenangan kita...
jangan kita bongkak dan mudah lupa..
teruskan berjuang dengan akhlak yg terpuji dan niat yg ikhlas kerana ALLAH...

ingatlah..kita adalah mata-mata rantai perjauangan RASULULLAH SAW...kta adalah penerus,bukan pemula dan bukan juga pengakhir..

usaha kita insya ALLAH akan diteruskan hingga ke akhir hayat kita dan diteruskan oleh zuriat-zuriat kita hingga hari kiamat...

insya ALLAH...ISLAM pasti akan subur di bumi MALAYSIA...