17 Jun 2012

Dr Khir Toyo "Ditelanjangkan" Lagi - Bahana Suweh Penyapu Yang Belum Tamat

Khir Toyo: Jangan hina penjawat awam lagi

SHAH ALAM: Dakwaan Dr Khir Toyo bahawa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkuasa sepenuhnya meluluskan kontrak menggunakan dana Geran Selangorku demi memperkukuh kedudukan politik diSelangor merupakan tuduhan jahat melampau.

Demikian kata Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin ketika menjawab tuduhan Khir kononnya projek Geran Selangorku membelakangkan Pegawai Kewangan Negeri.

Menurut Faekah, Dr Khir sepatutnya berasa malu kepada rakyat Selangor kerana kegagalan beliau mengutip hutang yang dimiliki rakyat Selangor.

Kata beliau, Geran Selangorku adalah hasil kebijaksanaan kerajaan Pakatan Rakyat mengutip hutang lapuk yang sengaja dilupakan Dr Khir semasa pemerintahannya atas sebab-sebab yang beliau dan seluruh kepimpinannya sahaja yang maklum.

"Setelah kita berjaya mengutip hutang tersebut dan mahu mengembalikan kembali kepada rakyat Selangor melalui Geran Selangorku, sekonyong-konyong Dr Khir mahu mengambil bahagian," katanya.

Malangnya Dr Khir terlupa membuat kajian tentang prosedur sebenar penggunaan dana Geran Selangorku yang berjumlah RM300 juta ini, tambah beliau.

Mengkritik sekadar mahu menunjukkan beliau masih lagi pemikir utama Umno Selangor.

"Apa-apapun, kita tidak hairan Dr Khir boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana kita maklum pengalaman cetek beliau di dalam pentadbiran," jelasnya.

Beliau dilantik menjadi Menteri Besar pada penggal pertama dipilih sebagai ADUN. Pastinya beliau tiada pengalaman langsung dalam pentadbiran sama ada di negeri mahupun di peringkat Persekutuan sebelumitu.

Namun, beliau nasihatkan Dr Khir, kekurangan pengalaman tersebut tidak menghalalkan beliau membuat kenyataan bodoh dan berniat jahat.

Kata Faekah, untuk pengetahuan Dr Khir geran ini tidak termasuk dalam perbendaharaan negeri. Justeru, penggunaannya tidak memerlukan kelulusan Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri.

Perkara yang sama dilakukan di peringkat Kerajaan Persekutuan di mana terdapat peruntukan yang dikelola terus dari Jabatan Perdana Menteri di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (Implementation Coordination Unit - ICU) dan tidak melalui KSN mahupun Perbendaharaan.

Di bawah projek ICU, semua permohonan cadangan dari ADUN dikemukakan kepada Pegawai Pembangunan Negeri (PPN ) untuk dipanjangkan kepada ICU.

Senarai projek dibincang bersama diantara pegawai ICU dan PPN dan keputusan dilakukan oleh pegawai ICU. Senarai projek yang telah diluluskan dipanjangkan semula kepada PPN untuk dikemukakan ke Pejabat Daerah berserta waran pelaksanaan
.

Geran Selangorku pula diterajui oleh Jawatankuasa Pemandu yang dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor.

Jawatankuasa ini dianggotai oleh Ketua Pentadbir Perbadanan Menteri Besar (MBI), Jurutera dan Jurunilai dari Jabatan Kerja Raya, Pegawai Unit Perancang Ekonomi Negeri, akauntan dan jurutera bebas serta pegawai-pegawai dari Pejabat Menteri Besar.

Kesemua projek yang dikemukakan kepada Jawatankuasa ini diunjurkan oleh ADUN, Pejabat Tanah dan Daerah (PTD),Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

PBT dan PTD diberi tanggung jawab mengeluarkan tender terbuka. Melalui Geran ini juga Kerajaan Negeri telah berusaha menghidupkan semula Geng Jalan (Road Gang) di PBT bagi melaksanakan projek yang mudah dengan cepat seperti penurapan semula jalan-jalan.

Road Gang di PBT ini telah lama mati apabila kerajaan BN menswastakan semua projek pembaikan jalan.

Tidak seperti projek ICU, di bawah Geran Selangorku kelulusan projek dan sebut harga dilakukan oleh Jawatankuasa Pemandu yang tidak ada kepentingan.

Manakala pemberian kontrak pula dibuat olehPBT/PTD masing-masing dan pelaksanaan projek diaudit oleh badan bebas termasuk JKR sebelum bayaran boleh dibuat oleh MBI.

Tidak ada satu projek infrastruktur yang ditentukan oleh Menteri Besar sebaliknya diluluskan oleh Jawatankuasa yangdianggotai pegawai tinggi kerajaan.

"Adakah Dr Khir mahu menidakkan keupayaan dan kepakaran pegawai kerajaan dalam membuat keputusan tentang keutamaan projek?" tanya Faekah.

Nampaknya beliau masih tidak insaf dengan penghinaan yang beliau lakukan dengan memberi hadiah penyapu kepada pegawai kerajaan dansekarang mahu mengulanginya dengan tuduhan melulu.

Bagi Faekah, lebih baik Dr Khir tutup mulut kerana beliau hanya akan membuka pekung di dada. Segala kesilapan dan kelemahan sepanjang dua penggal menjadi Menteri Besar akan habis terburai.

Kerana beliaulah, ratusan juta hutang syarikat pemaju kepada kerajaan negeri tidak dikutip dan ribuan ekar tanah di Bestari Jaya, Bukit Beruntung dan Bukit Jalil jatuh ke tangan pemaju dan tauke-tauke kaya.

"Kita faham ramai yang dengki dengan Geran Selangorku diurus secara telus dan teratur, sekali gus menutup ruangmana-mana pihak mengaut keuntungan atas angin sebagai orang tengah. Setiapprojek diberikan terus kepada kontraktor tanpa perlu ada pelobi," dakwanya.

Ini berbeza dengan zaman Dr Khir apabila projek-projek diberikan secara terus kepada kaum keluarga, biras, iparduai, suku sakat dan kroni.

Prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban langsung tiada, yang ada hanyalah prinsip mengkayakan diri, keluarga dan saudara mara. Amalan hina ini telah berkubur bersama terkuburnya pemerintahan UMNO pada 2008.


8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Belajaq tinggi, akai rendah. Limau peut tiga serangkai, Buta perut tak dak akai. Habaq kat dia balik buat tahu sumbat jual kat klinik lagi baguih.

Tanpa Nama berkata...

tak serik serik dr gigi nie.kalau dah tak tau dok diam diam sudahlah, ini kes betul betul malu punya. u drop your waterface man.....u know? she's very smart, really i told u..sorry dr.

Tanpa Nama berkata...

Khir Toyo lebih baik tutup mulut, nanti kena telanjang habis.

Tanpa Nama berkata...

gua dah kata...
faekah ni bijak & berani orangnya.
dan sesuai jadi calon pr dalam pru13 nanti.
lawannya khir toyo atau noh omar.
faekah misti menang, tapi dengan syarat
daftar pengundi misti bersih.
insyaalah.

ayakmaidinserdang@ymail.com berkata...

biaqpila dia guna duit utk rakyak bukan untuk bunglow dia.Itulah contoh menteri besar, aku org penang ada juga ketua menteri untuk rakyak.Hidup pemimpin PR.

Tanpa Nama berkata...

saya salah seorang committee dlm Geran Selangorku..saya taw pe yang berlaku dari awal sampai la ni..

Dr Khir,sila jgn buat tuduhan jahat..sedarlah dgn apa yg dah berlaku kpd anda~

JAKA berkata...

semasa jd mb selangor , penyamun ni tk kira dh..dia buat suka hati dia saja mcm negeri selangor ni kekanda mak tiri sepupu dia punya negeri.

sampai umno sendiri pun tk boleh nk dekat dgn dia , takut terpalit tuduhan rasuah.

tapi semua tuduhan dihadapi dgn MUKA TEMPE saja di depan media.

JAKA berkata...

sepatutnya mamat yg terima penyapu tu MC je 2 hari pada hari toyo nk bagi penyapu tu.

atau peluk saja toyo tu bersama penyapu tu sekali sebagai tanda 'penghargaan' tinggi kerana anugerah itu.