15 Mei 2012

UMNO Mahu Jarakkan Diri Dari Tindakan Biadab PERKASA

UMNO Pulau Pinang tak setuju tindakan PERKASA ganggu Lim, keluarga

GEORGETOWN: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata tindakan anggota Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Pulau Pinang berhimpun di depan kediaman Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Khamis lalu adalah sesuatu yang tidak diiktiraf dan tidak dipersetujui oleh UMNO negeri.

UMNO dan PERKASA adalah berbeza kerana UMNO adalah parti politik dan PERKASA adalah pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO), katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow.

Zainal Abidin berkata berpolitik ada hadnya dan UMNO tidak bersetuju jika keluarga dan kediaman dicerobohi, sambil menyifatkan ia adalah sesuatu yang di luar batas-batas politik yang dipersetujui oleh BN.

Katanya tindakan PERKASA boleh menjejaskan imej UMNO dan mengelirukan rakyat kerana parti itu sering kali dikaitkan dengan kumpulan pendesak berkenaan.

Lebih 70 anggota PERKASA berhimpun secara aman di hadapan kediaman Ketua Menteri dan Komtar pada Khamis lalu bagi mendesak Lim meletak jawatan kerana didakwa gagal menjaga kepentingan rakyat Pulau Pinang. - BERNAMA

DAP gesa polis ambil tindakan terhadap Perkasa Pulau Pinang

GEORGE TOWN - DAP hari ini menggesa polis mengambil tindakan terhadap Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berikutan tindakan anggotanya berhimpun di hadapan kediaman Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng semalam.

Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow berkata barisan pemimpin DAP kesal dengan tindakan lebih 70 anggota Perkasa Pulau Pinang yang telah menganggu ketenteraman Ketua Menteri dan anggotanya.

Pada sidang media di sini hari ini, beliau turut meminta polis memberikan penjelasan kerana didakwa tidak mengawal himpunan Perkasa dan hanya mengiringi kumpulan itu ke Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) tanpa mengambil sebarang tindakan.

Anggota Parlimen Jelutong Jeff Ooi berkata perbuatan anggota Perkasa itu boleh dikenakan tindakan kerana melanggar Kanun Keseksaan.

Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Seri Delima R.S.N. Rayer berkata DAP sedang menimbangkan untuk memfailkan injunksi bagi menghalang Perkasa supaya tidak lagi mengacau kententeraman Ketua Menteri dan anggota keluarganya dan memfailkan saman jika polis tidak mengambil tindakan terhadap anggota Perkasa berkenaan.

Semalam lebih 70 anggota Perkasa berhimpun secara aman di hadapan kediaman Ketua Menteri dan Komtar bagi mendesak Lim meletak jawatan kerana didakwa gagal menjaga kepentingan rakyat negeri ini.
- Bernama (11 Mei 2012)


Ulasan GB

Kerana khuatirkehilangan undi dari Gerakan & MCA, maka UMNO Pulau Pinang isytiharkan pendirian berbeza dengan PERKASA.

Walhal hakikatnya telunjuk sudah lurus sedangkan kelingking masih berkait. Sama halnya dengan Najib. 1Malaysia di depan, di belakang, biarkan PERKASA teruskan agenda perkauman.

Rakyuat kini tidak mudah ditipu UMNO lagi.


Laporan sebelum ini
klik untuk baca





9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya orang sabah,bila saya nampak video ini saya teringat tarian poco-poco yang mengasyikkan tapi yang ini bukan saja menjijikkan tapi lebih hina dari tarian tiang yang dibuat oleh sundal-sundal dikelab malam

Tanpa Nama berkata...

Hipokrit......ahli perkasa boleh dikatakan 99% adalah ahli umno ....jangan ler nak membodohkan orang ramai...seperti orang UMNO yg bodoh dulu,kini dan selama nya....

Tanpa Nama berkata...

Puak baru sedar dari terkena candu BN dulu.Sedar2 org Melayu dah serba ketinggalan di PP.

Tanpa Nama berkata...

hanya kepura-puraan.

1 Malaysia berkata...

Di mana Tunku yang nak meninggalkan DAP? Apa pendapat dia tentang UMNO/PERKASA ni? Aku cukup meluat dengan orang macam ni. Baru tak dapat sambung senator, dah tinggalkan DAP. Jelas dan amat jelas dia ni hipokrit, munafikun dan tiada sifat berjemaah. Salahkah menuntut suatu yang benar dengan berdemo? Kalau dibanding dengan UMNO/PERKASA, berjuang untuk suatu yang SALAH DAN JIJIK?
HARAM JADAH PUNYA UMNO DAN PERKASA. AKU BERDOA PADA ALLAH SWT AGAR MELAKNATI KALIAN SEMUA. INSYAALLAH.

Tanpa Nama berkata...

lawak pulak umno kata tak terlibat dengan perkasa. macam najib kata dia takde kena mengena dengan rosmah lak

hahahaha...

buat lawak biar la betul2 kan

Hansley Arnaz Hawana berkata...

Apakah perkara yang paling sia-sia dilakukan di Malaysia ini? Antaranya ialah membuat laporan polis terhadap orang UMNO (haram jadah) dan PERKOSA (juga haram jadah). Semua laporan yang kita lakukan hanya membuang masa dan tenaga sahaja. Kita kena faham bahawa kedua-dua organisasi haram jadah ini adalah sahabat karib pihak polis. Sebab itu mereka ini boleh melakukan apa sahaja di Malaysia. Cuma yang bodoh adalah rakyat Malaysia yang memberi kuasa kepada mereka. Kita yang bodoh, kita juga akan merana. Undilah UMNO/BN dan PERKOSA ... semuanya haram jadah.

Tanpa Nama berkata...

UMNO penaja utama PERKASA, buat apa saja polis pejam mata?

Tanpa Nama berkata...

UMNO dan PERKASA dah macam adik beradik, apa nak dirisaukan terima sajalah perangai buruk adik tu.