28 Mei 2012

Pemuda Londehkan Seluar Depan Hakim

Kuala Terengganu - Mahkamah Majistret, di sini, semalam gempar apabila pemuda yang dituduh atas kesalahan mencuri di sebuah kedai menjual haiwan peliharaan, melondehkan seluarnya sejurus masuk ke dalam kandang tertuduh.

Gambar: Mohd Khairul Hamimi didakwa mencuri 50 burung banji dan 45 arnab di Mahkamah Majistret, semalam.

Perlakuan tertuduh, Mohd Khairul Hamimi Mohd Sabri, 25, yang separuh bogel itu telah menggemparkan suasana di mahkamah, sebelum Majistret Abdul Hayyi Salim terpaksa mengarahkan polis bertugas agar menggari kedua belah tangannya sepanjang pertuduhan dijalankan.

Bukan itu sahaja, dia yang berasal dari Kampung Tebakang, Bukit Payung, Marang turut meracau-racau kononnya menampakkan dia seorang yang tidak waras sambil memohon agar mahkamah menghantar dirinya ke wad sakit jiwa kerana mendakwa sudah lama tidak makan ubat.

“Bos (Majistret), saya memang melakukan curi itu tetapi bos masukkan saya dalam hospital sebab saya gila. Sekarang ini, kepala saya tengah sakit dan saya perlu makan ubat,” katanya yang telah menarik perhatian orang awam yang berada di galeri awam mahkamah.

Terdahulu, Mohd Khairul Hamimi mengangguk faham ketika pertuduhan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan pecah rumah dibacakan oleh jurubahasa.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa pada 22 Mei lalu jam lebih kurang 7 petang hingga 23 Mei lalu jam lebih kurang 8.55 pagi bertempat di kedai menjual Haiwan Peliharaan dan Aquarium Ming Yu Two, Jalan Hiliran Masjid, Chabang 3, telah melakukan pecah rumah dan curi dengan memasuki kedai milik Lim Chew Siang, 41, dengan mencuri 50 ekor burung banji dalam sangkar dan 45 ekor arnab dalam sangkar besi yang dianggarkan RM5,000.

Mohd Khairul Hamimi didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara boleh sampai 14 tahun dan denda jika disabitkan kesalahan.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan dan Abdul Hayyi kemudiannya memerintahkan Mohd Khairul Hamimi dihantar ke Hospital Permai, Tampoi, Johor Bahru untuk menjalani rawatan psikiatri selama sebulan dan menetepkan 24 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Anak Dunstan Muda manakala tertuduh tidak diwakili peguam. -SH

Ulasan GB

Sebelum ini negara digemparkan dengan keberanian Imam Hosnan membaling kasutnya kepada hakim.

Kini seorang pemuda melondehkan seluarnya di depan hakim.

"setiap sesuatu kejadian itu tiada yang sia-sia" dan para hakim perlu sedar diri dan buka mata menagapa institusi mahkamah sudah tidak dihormati lagi.


5 ulasan:

Amuraria berkata...

CORRECT CORRECT CORRECT !

Tanpa Nama berkata...

Senaman goyang punggung akan muncul di depan hakim.

Tanpa Nama berkata...

gila dibuat2 ni....serupa mcm orang2 yang buat senaman punggung kat depan rumah ambiga tu...hehehe

XUMNO berkata...

Dia nak tunjukkan burung yang dia curi tu kat hakim..ha, ha, ha. Nampaknya mahkamah kita dah jadi sirkas, sebab Tiga Bujang Lapok dulu pun dah baca alif,mim. nun, waw apa Din?...sirkas.

Tanpa Nama berkata...

Kalaulah 'burung' tu boleh dicabut, aku ingat dah pasti dia akan lempar kat hakim tu.