Kuala Lumpur: Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, di bawah Pakatan Rakyat kelak peristiwa seperti himpunan di Pulau Pinang dan Kuantan (perhimpunan Lynas) tempoh hari akan diterima sebagai KPI polis.
Peristiwa seperti di Kuala Lumpur akan dilihat sebagai kegagalan mereka, kata Khalid melalui twitternya hari ini.
Beliau merujuk kepada kekecohan yang berlaku dalam perhimpunan Bersih 3.0 semalam di Kuala Lumpur.
Perhimpunan yang asalnya berjalan dengan aman bertukar kecoh apabila polis bertindak menembak gas pemedih mata di tengah-tengah orang ramai.
Orang ramai juga mula marah apabila melihat sebuah kereta polis masuk ke kawasan mereka dalam keadaan pemandu kereta itu memakai topi kledar.
Akibatnya orang ramai melempar botol air dan sebagainya ke kereta itu.
Kereta itu kemudiannya melanggar orang ramai dan berhenti di tembok komplek Sogo.
Tiga orang dikatakan cedera manakala seorang disahkan cedera parah serta mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur.
Sebagai reaksinya, pemnadu kereta bertopi keledar itu di belasah oleh orang ramai.
Bagi Khalid, Walaupun dikatakan ada yang cuba merempuh pagar berduri di Dataran Merdeka, menembak gas ke arah ribuan orang yang sedang berkumpul secara aman hanya menjanjikan kekecohan.
"Polis yang pro tidak bertindak begitu, sebaliknya berusaha mengawal keadaan, menjaga keselamatan orang ramai, termasuk pendemonstran kerana polis bersenjata, rakyat tidak," katanya.
Oleh kerana hanya polis bersenjata, tindakan polis mesti lebih terkawal, lebih profesional. Mereka sepatutnya dilatih untuk jaga rakyat bukan memukul rakyat, tambah Khalid yang juga AJK PAS Pusat.
"Bawah PR kelak, polis akan dilatih menjadi pelindung/pembela rakyat. Perubahan ini wajib dilakukan demi masa depan hubungan rakyat dan institusi polis," tegas Khalid lagi.
Seorang lagi rakan beliau, Dr Syed Azman Syed Ahmad dalam kenyataannya pula mempertikaikan laporan media tradisional yang dikawal oleh Umno dan Barisan Nasional hari ini.
"Meneliti berita Bersih dalam akhbar New Straits Times, The Star, BHarian dan Mingguan Malaysia sambil sarapan.
"Takada yang baik dari himpunan aman Bersih..akhbar jijik," tulis beliau yang juga Penolong Setiausaha Agung PAS.
Salah satu tuntutan Bersih 3.0 adalah liputan media yang adil. -HD

8 ulasan:
bagus cadangan KS.sekiranya PR berjaya menduduki putrajaya,jadikan RAkyat sebagai KPI,salah satu petunjuk keberkesanan progam kerajaan ialah demontrasi aman.beri mereka laluan dan dengar keluhan mereka,tak kira umno atau siapa2 saja,,,bubarkan polis SB dan perisik2 yang mengancam kestabilan rakyat.jadikan DEBAT dan FORUM podium terbuka di media2 awam dan swasta,,debat amalan dan budaya kita untuk memilih pemimpin yang benar2 bersih.jgn seperti sekarang,KPI ialah pada kertas kosong yg sengaja dicorakan supaya kelihatan bersih.reform TV3 dan RTM dan media2 kawalan kerajaan supaya membongkar kes2 rasuah/kronisme sekiranya ada pemimpin PR meyonglap wang rakyat kerna ia umpama barah kalo tidak ditangani pasti jadi penyakit reput seperti umnoBN.
pakatan rakyat wajib pastikan instituisi perundangan adalah bebas dan hakimnya berjiwa akhirat serta takut pada hukum allah swt.pak polis yang korup,yang pernah memukul pendemo wajib digugurkan daripada jawatan mereka.bebaskan banduan ISA.mansuh ptptn,kembalikan suara rakyat,harta rakyat,dana rakyat.
Polis! Selagi anda berada di bawah kerajaan BN maka anda adalah anjing kerana anda akan disuruh melakukan kerja-kerja 'penganjingan'. Oleh itu kami berusaha menukarkan kerajaan sedia supaya maruah anda dapat dipulihkan. Ramai polis yang bermaruah telah menukar kerjaya mereka dan hidup mereka lebih tenang sekarang. Ayuh rakyat Malaysia mari kita beri tekanan psikologi kepada puak polis yang ada sekarang.' Boikot sementara polis'. Mulai hari ini kurangan berbual dengan mereka, jangan pandang muka mereka jika bercakap, jangan minum bersama nereka, jangan pergi jemputan kenduri 'sunat' kecuali perkara wajib seperti kematian dan walimatulurus, jangan bersukan bersama mereka, jangan libatkan diri aktiviti sosial mereka. "Jangan kita cenderung dengan orang zalim kelak kita akan disambar api nereka' Ingat Polis! maruah anda akan pulih sekiranya kerajaan sekarang digantikan. Jika tidak anda kami anggap sebagai "anjing" buat selama-lamanya. harap tuan GB dapat promote program "Boikot sementara polis"
Guano Pakcu Rantau Panjang ?
Tak tengok ke gambar-gambar yang menjelaskan kebaikan dan ketertiban pasukan polis Malaysia?
Jangan tengok gambar di tv pencacai sahaja
Bukankah layanan mereka seperti layanan pihak berkuasa Israel di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza?
Rupanya benci ambo kepada polis Isreal terpercik juga polis di bumi sendiri !
AMAT-AMAT SETUJU DENGAN CADANGAN DAN IDEA Anon April 29,2012 9:21PM
Setuju!!! Tolong sebarkan cadangan program "Boikot sementara polis"
aku pun setuju program boikot sementara polis
boikot polis
Catat Ulasan