Video Hasan Ali dakwa kristianisasi 'mubaligh Australia'
Presiden NGO pro-Melayu Jalur Tiga (JATI) Datuk Dr Hasan Ali hari ini mendedahkan video yang didakwa menunjukkan gerakan kristianisasi ke atas orang Islam.
Dua versi video, masing-masing sepanjang 42 minit dan 16 minit, didedahkan kepada media dalam satu sidang media di kediaman bekas exco hal ehwal agama Islam Selangor itu, di Petaling Jaya.
Video berkenaan antara lainnya menunjukkan temubual dengan sepasang suami isteri yang mendakwa pernah dikristiankan oleh sekumpulan mubaligh Australia.
Seorang daripadanya, yang dinyatakan identiti samaran sebagai Ramli Abdullah, 47, turut menceritakan bahawa beliau pada asalnya didekati kumpulan mubaligh berkenaan yang menawarkan pekerjaan, tempat tinggal dan juga makan minum.
Menjelaskan latar belakangnya sehingga terjebak dengan gerakan tersebut, Ramli berkata ia bermula pada tahun 2002 sewaktu beliau mengalami masalah kesihatan.
Kemudian satu pasangan mubaligh daripada Australia memberi bantuan dengan membawanya ke hospital dan membenarkan beliau tinggal bersama mereka di Puchong.
Dakwa diberi wang, kereta
"Saya tidak tahu (mereka) adalah organisasi Kristian. Saya keluar masuk, dan tertarik dengan layanan (mereka). Dulu latar belakang saya yang kasar, tetapi boleh tertarik dengan kebaikan mereka," kata Ramli dalam video itu.
Ramli juga mendakwa, beliau pernah bertemu dengan sekumpulan orang Melayu yang juga telah dimurtadkan di Klang, dan juga sehingga 400 orang lain di seluruh negara.
Beliau juga mendakwa pernah menerima bantuan tempat tinggal di sebuah rumah di Kelana Jaya, barangan keperluan harian, wang untuk perbelanjaan berjumlah antara RM2,000 hingga RM5,000 dan juga sebuah kereta daripada kumpulan mubaligh tersebut.
Ramli juga mendakwa bahawa beliau pernah ditawarkan satu pekerjaan tetap, antara tahun 2004 hingga 2008, untuk menterjemah kitab Injil New Testament ke dalam bahasa Melayu.
'Dibaptis' di kolam renang
Dakwanya lagi, terdapat juga kumpulan Kristian, terdiri daripada "orang putih", yang turut mengamalkan cara hidup Islam.
Malah ada di antaranya yang pergi ke surau dan masjid dengan berjubah dan berketayap, dakwanya.
Kumpulan "orang putih" itu juga menggunakan bahasa Melayu dan juga perkataan Arab seperti "Assalamualaikum" dan "Alhamdulillah" serta menggunakan cerita dalam surah dalam Al-Quran untuk mendekati orang Islam, dakwanya.
Lelaki itu juga mendakwa pernah dimasukkan ke dalam satu kolam renang di sebuah apartmen di Kuala Lumpur, sebagai satu simbolik upacara pembaptisan.
Lelaki berkenaan, bersama isterinya, bagaimanapun telah kembali kepada Islam pada akhir tahun lalu, dakwa seorang pembantu Hasan Ali yang menayangkan video berkenaan.
Pembantu berkenaan, Suwardi Yaacob berkata demikian ketika ditanya sama ada pasangan berkenaan telah kembali memeluk Islam.
Dihalang rakam foto, suara
Dalam sidang medianya, Hasan berkata identiti kesemua individu yang ditemubual dalam rakaman tersebut tidak ditunjukkan atas alasan keselamatan.
Wartawan juga tidak dibenarkan merakam apa-apa bahagian daripada tayangan tersebut.
"Memandangkan eksklusiviti rakaman yang dibuat, terutama melibatkan kedua-dua individu, saya dinasihatkan oleh barisan peguam dan individu yang beri pandangan mengenai perkara ini (untuk) tidak mengizinkan mana-mana pihak menerbitkan semua sebahagian atau sepenuhnya rakaman yang dibuat.
"Permasalah keselamatan diri dan reputasi individu terlibat menjejaskan perkara pokok mengapa rakaman semula tidak dapat diberikan kebenaran," kata Hasan lagi.
Video berkenaan merupakan bahan yang sering diuar-uarkan Hasan, sebagai bukti bahawa gerakan Kristian telah menjalankan usaha memurtadkan orang Islam, dalam siri jelajahnya selepas menubuhkan JATI. -mk
Ulasan GB
Memang hampeh. Video yang tidak ada standard dan tidak berkredibiliti untuk sebarang pendakwaan atau bahan bukti.
Hanya sekadar rakaman temubual pengakuan. Pengakuan boleh direka oleh sesiapa. Dan apatah lagi wajah orang yang membuat pengakuan tidak didedahkan kononnya di atas alasan keselamatan.
Kita sangkakan ada intipan ke atau ada rakaman CCTV sulit ke atau seumpamanya. barulah ada "merit" untuk dibincang, dibahaskan atau disiasat. Itu pun kena lalui proses tertentu terlebih dahulu. Bukan sekadar macam Video Datuk T yang jelas penipuannya dan kantoi sebelum dapat "ditayangkan di pawagam" lagi.
Kalau sekadar pengakuan "didekati kumpulan mubaligh berkenaan yang menawarkan pekerjaan, tempat tinggal dan juga makan minum", itu setiap hari ada dan berlaku di mana-mana. Tak payah cakap. Hanya yang mengikut tu sahaja yang bersalah sebab tak kuat iman.
Apatah lagi kejadian "kristianisasi" itu dikatakan berlaku pada tahun 2004. Siapa memerintah Selangor dan siapa Exco Agama Selangor ketika itu? Kenapa mahu serang exco agama sekarang?
Memang patutlah PAS arah ahlinya agar jangan layan temberang Hassan Ali tersebut.
Laporan sebelum ini
klik untuk baca

18 ulasan:
KESIAN DIA PUN DAH PANDA KELENTONG MACAM PARA EMIMPIN UMNO-BN YANGKORUP SEGALA !KEMBALILAH KEPANGKAL JALAN MACAM PEPATAH MELAYU SESAL KEMUDIAN TIADA GUNA !
KAH KAH KAH kasihan..beras x laku....kasihan...
Salam GB
ntah hapa2 la niat pokcik ni dengan menayangkan video ntah hapa2...
kalau dia betul "penyelamat aqidah" takkan dia sebok2 nak panggil media dan tayang video [bersyarat itu ini pulak tu...apa punya bodo]
dia buat macam ni macam nak memecahkan lagi umat Islam kat mesia ni......hero tak bertempat....
pokcik asan woi udah2 ler tu
Biasalah org dah terbuang mestilah nak cari publisiti.
Time tu kan dia dah dalam PAS. Aper dia buat? Apesal sekarang dah kuor PAS baru sibuk dedah itu ini?
Sama-samalah kita ambil tggjwb untuk memulihkan atau menhalang murtad , tak ada faedahnya menyalahi sesama muslim. Saya seorang guru , pernah seorang ibu yang anaknya bersek Pendidikan Khas di sek saya menceritakan apabila ia melahirkan anak khas, fikiranya kusut dan sedih dan telah menghubungi jabatan agama untuk mententeramkan jiwanya tetapi hampa, mungkin pada waktu itu belum ada kaunselor seperti sekarang, Tapi hairanya datang satu van padri berjubah kerumahnya dan menunjukan simpati dan memberi nasihat yang menyejukan dan mententeramkan dan ia berasa reda. "Puan bersabarlah ,ada hikmah keatas musibah ini dan ............" all very comforting. Caranya sangat halus tak nampak ada unsur untuk mengubah akidahnya. Tapi dalam hatinya mula membandingkan pendekatan mereka dgn ustaz seagama. Tapi alhamdulillah beliau tidak terpedaya dan sering datang membantu guru bila free untuk membimbing kelas khas, Renugkanlah jangan terus salah menyalahi sesama kita kerana perbezaan pahaman politik. Bersatulah dalam isu murtad ini.
Perlu dibuktikan siapa muballigh berkenaan bukan sekadar mempercayai "pengakuan" Ramli tersebut.
Ramli perlu membuat laporan polis dan bukan dengan menceritakan kepada Hassan Ali kerana jika benar berlaku murtad, bukan Hassan Ali tempat mengadu.
Saya lihat isu ini hanya helah Hassan Ali utnuk dapatkan publisiti sepertimana ulasan GB.
Hassan Ali BOLEH dikenakan tindakan undang-undang kerana menimbulkan perkara yang menganggu ketenteraman awam.
org.dlm kelemasan.,apa sja dia capai.,utk selamatkan diri.,
Bgitu lh trjadi pada Tok Hassan Akidah nie.,
Yg.penting bagi dia...keje kena buat.,utk dpt duit bayar hutang....
Kesian ada sedih pun ada bila kita melihat telatah nya.
kah kah kah
salah tempat salah masa mau tujuk lawa daa...
vid lama sangat tuh....masa tu hang dok buat apa??......
kah kah kah
Pakar motif basi...haha
objektif dia bukan nak ajak orang ikut dia atau orang percaya kat dia, kalau ada yang pecaya tu kira bonus la, jauh sekali menegakkan akidah, hahaha
kerja dia timbulkan persepsi berlaku sesuatu dalam pr ja (banyak lagi kerja depa tujuannya ini ja, korek2 la apa yang patut)
kerja memenangkan kerja spr
depa nak cari seberapa banyak justifikasi kemenangan anugerah spr sambil mengalih pandangan daripada kerja penipuan depa,
baru la tak timbul keraguan munasabah kepada kekalahan pr dan kemenangan bn nanti hahaha
hangpa nak kenal real 007 versi ketuanan ni la orangnya, "man in mission", "licence to lie" hahaha
Ini si 'Ramli' yg main bola untuk manchester united tu ker?
POK ASANG patut tunjuk pada anak beranak dia ja, buat koleksi.
elok rasanya PR khasnya Dr Abd Rani Othaman saman jer si asan ni....pasti menang punya...kes ni berlaku pada zaman umno...pasal nak sabitkan PAS pulak...bodo punya asan...saman oi saman jer mangkok ni
umno dah lama "murtad" kerana tolak hukum Allah, kenapa diamkan?
Sebagai ahli umno saya mintak orang umno tolonglah jangan pecaya kat hasang ali nie buat habis boras aje. kalu dah khianat kat pas nanti dia khianat kat umno pulak. kaki kelentong dia jadinye bukan ulamak
Hassan meludah ke langit tapi terjatuh ke muka sendiri.
Kenapa semasa jadi EXCO agama Islam dulu tak nak heboh dan ambil tindakan segera.
Bila dibuang PAS baru nak sibuk fasal isu murtad. Sah dia tak cerdik. Dia dapat PhD tahun berapa?
ape nak heran. camne la org islam susah tak tertarik ngn tawaran2 org kristian camtu sebab nak mintak zakat yang hak mereka pun dah macam pengemis pergi turun naik pusat zakat. kalau dapat pun berapa sangat.tak kira lagi duit zakat kne seleweng buat bayaran macam2 kononya kos operasi dan guaman PPZ.
Catat Ulasan