4 Apr 2012

Penasihat PM Ketuai J/K Beri IC Kepada Rakyat Asing, Tubuh Suruhanjaya Siasatan Segera!

RCI IC perlu sebelum PRU13

KUALA LUMPUR: PAS mahu Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) bagi menyiasat pemberian kad pengenalan (IC) kepada warga asing ditubuhkan secepat mungkin sebelum Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) berlangsung.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata RCI itu penting bukan sahaja di Sabah tapi seluruh negara bagi menyiasat isu pemberian kad pengenalan palsu kepada warga asing seterusnya didaftarkan menjadi pengundi pilihan raya.

Katanya, penubuhan itu perlu dilakukan segera memandangkan dakwaan wujudnya satu badan bertindak yang mengendalikan projek pemberian IC kepada rakyat asing.

Ahli Parlimen Pokok Sena mendakwa antara individu yang terlibat adalah Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Tajuddin Wahab, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar dan diketuai Pegawai Penasihat kepada Perdana Menteri Datuk Othman Razak.


“Ini dakwaan serius kerana saya anggap seperti menjual negara kepada rakyat asing.

Politik terdesak

“Kerajaan Barisan Nasional (BN) tak mampu berhadapan dengan politik terdesak apabila menghadapi kebangkitan rakyat dengan membawa warga asing dan memastikan mereka mengundi Umno-BN,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Sekiranya RCI dibentuk, Mahfuz berkata beberapa individu lain juga perlu diheret dan dipanggil untuk memberi keterangan mengenai dakwaan mereka melakukan tugas kerja tersebut mengikut arahan yang diketuai Othman.

Mereka adalah Timbalan Ketua Kementerian Dalam Negeri Datuk Alwi Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Datuk Jariah Mohd Said, Pegawai JPN Nik Norashikin Nik Mansor, Pegawai Bahagian Kewarganegaraan JPN Rashid Bashirun dan Shahrul Anwar Ahmad Zaidi.

Beliau bimbang jika benar dakwaan ini berlaku, hak rakyat akan dikuasai warga asing malah masa depan negara turut ditentukan warga asing.

“RCI sangat penting dan perlu dibentuk segera dan laporan dikemukakan sebelum PRU13…sebelum laporan dikemukakan kepada orang awam, PRU13 tak boleh diadakan sama sekali,” tegasnya. -FMT


Anggota 'task force' pengundi warga asing didedah

KUALA LUMPUR, 4 April: Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mendedahkan wujudnya 'task force' yang bertanggungjawab memberi taraf kerakyatan kepada warga asing bagi membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya nanti.

Menurut Mahfuz 'task force' tersebut diketuai oleh Penasihat Khas Perdana Menteri Datuk Osman Razak, Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Tajuddin Wahab, dan Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Bukan itu sahaja, Mahfuz turut mendedahkan beberapa pegawai di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang dikatakan terlibat sama antaranya, Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Datuk Jariah, Nik Norashikin Nik Mansur, Rashid Basiron, dan Shahrul Anwar Ahmad Zahidi,

Jelas Mahfuz, isu ini amat serius seolah-olah memperlihatkan kerajaan mahu menjual negara kepada rakyat asing.

"Kerajaan BN tidak boleh berhadapan dengan politik terdesak dengan mengatasi, membawa warga asing untuk mengundi BN.



(Wan Ahmad [atas] dan Tajuddin Wahab [bawah], dua tokoh penting di belakang task force, dakwa Mahfuz)

"Apabila lonjakan kebangkitan rakyat negara ini mahu menolak BN, tidak boleh diatasi dengan membawa warga asing untuk diberikan kerakyatan bagi memastikan mengundi Umno BN. Ini sangat berbahaya!" katanya.

Kebimbangan ini, katanya akan menafikan hak rakyat di mana hak itu diboloti oleh warga asing akhirnya masa depan negara akan di tentukan oleh mereka.

"Saya percaya keputusan rakyat selepas ini akan dimanipulasi oleh warga asing," katanya dalam sidang media hari ini di bangunan Parlimen.

Katanya, kerajaan boleh memanggil ketiga-tiga mereka serta pegawai JPN berkenaan bagi menjawab dakwaan itu melalui Suruhanjaya Diraja yang dibentuk.

"Sebab itu kita desak kerajaan bentuk Suruhanjaya Diraja bagi menjawab segala dakwaan yang timbul dan suruhanjaya itu boleh memanggil mereka yang terlibat.

"Kalau sekarang hendak panggil mereka, siapa yang berani? Perdana Menteri pun tidak," katanya.

Tambahnya, Suruhanjaya Diraja amat penting dibentuk dengan segera bagi mengenalpasti tentang semua dakwaan yang dibuat berhubung pemberian taraf kerakyatan bagi membolehkan warga asing mendaftar dalam daftar pemilih.

Mahfuz berkata, suruhanjaya ini harus di bentuk sebelum pilihan raya umum ke-13.

"Sebelum report dikemukakan kepada awam pilihan raya ke-13 tidak boleh diadakan sama sekali," katanya.
-HD


PAS dedah 'pasukan khas' ambil rakyat asing jadi pengundi


Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar hari ini mendakwa beliau mempunyai bukti untuk menunjukkan bahawa kerajaan telah menubuhkan pasukan petugas yang bertanggungjawab memberi taraf kerakyatan kepada warga asing bagi membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya umum akan datang.

Mahfuz dipetik oleh organ rasmi PAS Harakahdaily menamakan seorang pembantu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dan pegawai-pegawai kanan Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Pendaftaran Negara dan Suruhanjaya Pilihan Raya.

Nama-nama mereka tidak disiarkan oleh Malaysiakini sementara menunggu pengesahan.

"Kerajaan BN tidak boleh berhadapan dengan politik terdesak dengan mengatasi, membawa warga asing untuk mengundi BN," katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Berikutan itu, beliau mendesak kerajaan membentuk Suruhanjaya Diraja bagi menjawab segala dakwaan yang timbul dan suruhanjaya itu, tambahnya, boleh memanggil mereka yang terlibat.

Ketika ditemui kemudian, Mahfuz enggan mendedahkan bagaimana beliau mendapat maklumat tersebut.

"Ini adalah maklumat yang diperolehi dari dalam," jawab Mahfuz.

Sementara itu, dalam satu kenyataan, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS, Ridhuan Mohd Nor berkata dakwaan itu "amat serius" dan melibatkan integriti serta kedaulatan negara.

Tahun lepas, aktivis PAS telah mengesan bas yang membawa warga asing di sebuah resort di Sungai Merab, yang dikatakan sebahagian penipuan MyKad.

Polis, bagaimanapun, mendakwa bahawa warga asing berada di sana untuk kursus keusahawanan.

Laporan tambahan oleh S Pathmawathy di Parlimen.
-mk


Pendedahan Mahfuz serius, hukum pengkhianat negara

KUALA LUMPUR, 4 April: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menegaskan PRU13 adalah hak rakyat Malaysia yang sah, bukan hak warga asing yang diberikan taraf kerakyatan dan seterusnya diberikan peluang untuk mengundi.

Justeru, DPPM memandang serius kenyataan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar bahawa wujudnya task force yang bertanggungjawab memberi taraf kerakyatan kepada warga asing bagi membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya.

Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS mendedahkan task force tersebut diketuai oleh Penasihat Khas Perdana Menteri Datuk Osman Razak, Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Tajuddin Wahab, dan Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Malah beberapa pegawai di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang dikatakan terlibat sama antaranya, Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Datuk Jariah, Nik Norashikin Nik Mansur, Rashid Basiron, dan Shahrul Anwar Ahmad Zahidi.

Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor (gambar) berkata, pihaknya berpandangan, pendedahan Mahfuz itu merupakan sesuatu yang amat serius kerana ia melibatkan integriti serta kedaulatan negara.

“Sekiranya rakyat asing sudah diberikan taraf kerakyatan negara ini dan seterusnya dibenarkan untuk mengundi dalam PRU13, ini menandakan tahap keselamatan negara sudah berada dalam keadaan bahaya,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Ini, katanya memberi gambaran bahawa bila-bila masa sahaja negara boleh dijual kepada warga asing oleh mereka yang mengkhianati amanah rakyat sebagai pemimpin kanan kerajaan.

Menurutnya, pendedahan itu membenarkan lagi telahan banyak pihak bahawa BN sedang merancang untuk melakukan penipuan secara besar-besaran bagi menghadapi PRU13.

Justeru, ujarnya DPPM merasa amat kesal kerana BN tidak bersikap ‘gentleman’ dan tidak bersedia menghadapi kenyataan dengan menerima apa juga keputusan rakyat dalam pilihan raya.

Menurut Riduan lagi, BN terlalu terdesak mengekalkan kuasa meskipun ditolak oleh rakyat sehingga sanggup mengambil warga asing sebagai warga negara dan sebagai pengundi.

“Bahkan, BN tergamak memperkudakan agensi kerajaan bagi meraih kepentingan diri mereka dan tidak kisah sekiranya integriti agensi kerajaan seperti SPR dan JPM jatuh menjunam serta menjadi cemuhan rakyat tempatan mahupun masyarakat antarabangsa,” ujarnya.

Justeru, katanya, DPPM bersetuju supaya Suruhanjaya Diraja dibentuk bagi menyiasat kenyataan Mahfuz itu.

Beliau menegaskan, sekiranya benar dakwaan itu, kesemua nama yang disebut perlu diseret ke muka pengadilan meskipun ia akan menjerat sama pemimpin negara.

“Mereka ini adalah pengkhianat negara dan tidak mungkin ada kemaafan bagi mereka,” tegasnya lagi.

Sehubungan itu, beliau menambah DPPM turut mendesak Perdana Menteri menangguhkan pilihan raya sehingga Suruhanjaya Diraja selesai melakukan siasatan terhadap dakwaan itu.
-HD


14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Gambar yang paling atas tu memang besar punya SIAL!!!! Aku geram lama dah tengok kepala botak dia tu.

BANGSAT!!!

PENGKHIANAT NEGARA!!!

Tanpa Nama berkata...

dedah jangan tak dedah
lak'nat punya pengkhianat.
kalau boleh siarkan juga gambar
kesemua mereka yang terlibat.
supaya senang gua ludah muka
mereka bila terjumpa nanti.

Amuraria berkata...

PEMBELOT & PENGKHIANAT NEGARA MENGALAHKAN SI KITUL MAMAK MANDALIAR !

Tanpa Nama berkata...

Bangsa yang paling bodoh dalam dunia!!! Kalau bagi IC kepada Neymar, Mario Goetze atau Daniel Sturridge, OK lagi

Tanpa Nama berkata...

Ada 2 dosa besar yang UMNO lakukan,yang dianggap "Pengkhianatan" kepada Melayu dan Negara- Tanah dan Warganegara.Beribu hektar tanah kepunyaan Melayu dah lesap sejak UMNO/BN memerintah lebih dari 50 tahun.Dulu bumi ni dikenal sebagai Tanah Melayu.Sekarang? Salah satu sebab orang Melayu menentang gagasan Malayan Union pada tahun 1945 ialah soal "kerakyatan".Hari ini,UMNO menaburkan kad pengenalan kepada orang asing(Indon,Bangra,Burma,Thai,Cina dan India) sekadar untuk berpaut kepada kuasa yang dipegang,tanpa mengambil kira implikasi masa depan negara.Pegawai-pegawai tinggi diJabatan Pendaftaran,Immegresen dan SPR - kamu semua akan dikutuk dan dilaknat jenerasi akan datang kerana bersekongkol dengan UMNO mengadaikan negara ini.

Tanpa Nama berkata...

Melihat muka mereka, hati saya berkata agar mereka ini mendapat balasan yang setimpal dari ALLAH kerana mengkhianati ugama dan bangsa.

Tanpa Nama berkata...

Malaysia ku.. Tidak akan aman selagi pemerintah bernama umno si pertualang bangsa.. Dan akan terus diperintah selagi PEROMPAK TERUS DISANJUNGI..

Tanpa Nama berkata...

Negara dalam bahaya dan perkara ini amat serius. Dulu Syed Jaafar Alba (Singa UMNO)membantah dan meninggalkan UMNO kerana Tunku Abdul Rahman dengan mudah menyerahkan Singapura kepada Lee Kwan Yew. Sekarang sejarah berulang lagi. Malaysia bakal menjadi negara rojak dengan warga asing bertaraf buruh kasar diberi kerayatan. Bilangan pekerja asing dan PATI dikatakan melebihi 6 juta sekarang. Suruhanjaya DiRaja perlu ditubuhkan segera.

Tanpa Nama berkata...

Ahli UMNO tak rasa apa-apa ke. Jika benar berita ini, negara dalam bahaya untuk anak cucu kita akan datang.

srbz berkata...

kesian tol dengar cite member aku.ayah die kerja imigresen dan baru dilanjutkan umur persaraan.dia dah benci tgk org atasan yg terang2 subahat dalam kes ic ni

Tanpa Nama berkata...

jika benar, ia adalah pengkhianatan kepada agama bangsa dan negara. 'treason' yang tarafnya sama seperti membunuh penduduk Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

dlm 10-15 years akan ada la little myamar, kampung bangladesh ,mini jakarta(ops yg ni dah ada chow kit road), filiphina town (ops yg ni pun dah ada ) mungkin akan ada mini nepal plak ke atau pun nigeria town....najib dan konco2 masa tu dah kaya raya boleh bla dari m'sia bila2 masa yang tinggal anak cucu kita yg akan merempat, mengemis, ketakutan tempat yg selamat dah tak selamat lagi ......so kpd org yg masih fikir umno to hebat fikir2kan lah ....tukarlah kpd pemimpin yg bukan korup, bacul dan kaki pompuan

Tanpa Nama berkata...

PENGKHIANAT....

EAJIB tukar kerajaan.
UMNO/BN penggadai negara.

Ahli-ahli dan pecacai UMNO/BN, adakah kamu buta, pekak dan bisu..?

Tanpa Nama berkata...

Kepada Umno dan pegawai atasan, anda semua memang sial. Kerana mengejar kemewahan dunia yang singkat, kamu rela gadaikan negara.

Kepada Pas:
Gempur isu ni sampai ke titisan nyawa terakhir. Buat mcm Pkr yang membongkar isu NFC yang pada mulanya dikatakan fitnah, Kak Ijat akhirnya tersungkur. Himpunan Bersih buat jugak dan diikuti tindakan tegas lain yang sewajarnya