27 Apr 2012

Patutlah Ada Durian Runtuh Untuk Peneroka, Mereka ‘Diperdaya’ Tandatangani Pinjaman Bank

Kuala Lumpur: Persatuan Peneroka Anak Felda Kebangsaan (Anak) mendakwa peneroka seperti diperdaya apabila menandatangani surat pinjaman pembelian saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH).

Surat perjanjian bank setebal 60 muka surat itu ditulis dalam Bahasa Inggeris, mengandungi syarat-syarat yang memaksa peneroka menanggung semua risiko sendiri jika saham itu rugi.

Presiden Anak Mazlan Aliman berkata, borang pembiayaan pinjaman saham FGVH telah pun diedarkan oleh bank-bank komersial kepada peneroka.

Bank-bank komersial memberikan kebebasan kepada peneroka untuk menyatakan jumlah pinjaman yang mereka mahu.

Ini kerana menurut Mazlan, bank memberikan kelonggaran sedemikian kerana mendapat jaminan kerajaan dan peneroka mempunyai aset tanah 10 ekar.

Namun dalam masa sama jika rugi, peneroka perlu menanggung semua risiko dan pembayaran semula pinjaman.

“Malangnya hampir 90 peratus peneroka sudah pun menandatangani borang (pinjaman bank) itu.

“FGVH memperalat pengurusan Felda memaksa peneroka mengisi borang tersebut dalan keadaan mereka keliru dan sebahagian besar tidak tahu apa-apa,”
katanya kepada pemberita di pejabat Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di sini hari ini.

Katanya, situasi ini menyedihkan apabila peneroka diperdaya dengan ‘durian runtuh’ untuk menghalalkan tindakan kerajaan bagi tujuan penyenaraian ke Bursa Malaysia.
“Pasaran saham dimanipulasi oleh pihak spekulator dan tidak menentu. Ini mampu memudaratkan kepentingan aset peneroka,” katanya.

Himpunan ala Bersih

Oleh itu, beliau berkata Anak tidak akan teragak-agak untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran seperti Perhimpunan Bersih jika Felda terus mengganggu hak peneroka.

Katanya, perhimpunan itu adalah langkah terakhir memandangkan pelbagai usaha telah dibuat termasuk membuat laporan polis, injunksi mahkamah, dan sebagainya.

“Kita akan buat himpunan terbesar demi mempertahankan saham peneroka. Ini saja pilihan yang ada,” katanya. -FMT




Ulasan GB

Patutlah heboh kononnya Najib akan umum durian runtuh untuk peneroka 8 Mei ini.

Rupa-rupanya peneroka telah pun diperdaya menandatangani surat pinjaman pembelian saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH).

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kau orang tengok dah dlm tv itu hari. Cuba dengar apa yang Isa Samad kata. Koperasi felda buat masa yg singkat ini tidak akan dimasukkan dlm skim saham tersebut kerana "TAKUT KEHILANGAN HAK" akibat pasaran saham terbuka.


Lihat...
Kan rakyat dah kata....
Pasaran saham terbuka terdedah kepada spekulasi dan resiko.
Kenapa isa samad mengeluarkan kenyataan di atas? Kerana dia tahu AKIBAT pasaran terbuka.

Kenapa beliau tergesa2 nak menyenaraikan juga di pasaran terbuka? Ini kau orang cari sendiri...mesti ada ULAR di sebalik batu. Siapa ULAR itu???

Tanpa Nama berkata...

Lima tahun selepas disenaraikan maka ranailah warga felda tergadai tanah mereka dan muflis disebabkan ketamakan dan kerakusan para peminpin umno bn yahudi , tak bolih nak bayar ansuran bank dimana tanah mereka telah dicagarkan, nak tanya kepada warga felda yang tua tua tu tak ingat kah anda kepada masa anak anda semua mungkin bakal tak ada rumah dan tanah kediaman. Fikirkanlah wahai bangsa melayu.

aliaze berkata...

Itulah kelebihan Tan Sri Isa Samad, sebab tu dia beria2 sgt nakkan FGVH tu disenaraikan dalam Bursas Malaysia.
Jika ada untung puak2 depa sapu... kalu rugi peneroka yg kena tanggong sendiri.
Itulah nasib peneroka, maklumlah tak pernah tgk duit banyak. Bila nampak duit depan mata, Mestilah kelabu mata dibuatnya. Lps tu bagilah apa2 dokumen pun mesti peneroka tu sign saja....
Akhir sekali jadilah pak kadok menang sorak kampong tergadai....

Tanpa Nama berkata...

Kesihan betul pada peneroka2.

DIBODOHkan isa samad dgn perjanjian bank yg di tulis dalam bahasa yang tidak difahami oleh kebanyakkan peneroka2.

MELAYU TIPU MELAYU.
MELAYU MAKAN MELAYU
MELAYU BODOHKAN MELAYU
(ada bahasa malaysia dijeratnya peneroka2 dgn bahasa inggeris)

Tanpa Nama berkata...

Durian runtuh se runtuh runtuh nya untuk ISA dan Ahmad Sabri.

zairil berkata...

Aku tak kan sign apa-apa yang mencagarkan tanah aruah abah. Masa peneroka mula-mula buka tanah rancangan dalam tahun 1975 ...siapa sangat yang peduli? Pendapatan RM3.50 sehari. Kami bergelumang dengan babi hutan, ular, jengking....rebus jagung dan ubi kayu malam-malam untuk mengisi perut. Makan kelapa sawit bakar.....


Dalam usia aku lapan tahun dah ke ladang. Duri kelapa sawit jadi mainan. Hayunlah kederat mengangkat buah kelapa sawit....

Nak gadaikan tanah ladang? Langkah mayat aku dulu!!!!

Waris berkata...

Kesian lah pada bangsa meLAYU ni. Sentiasa LAYU diperbodohkan oleh meLAYU sendiri.

Bukalah sedikit ruang untuk melayu jadi bijak.

Tanpa Nama berkata...

Salam.Diberitakan setiap peneroka dikenakan caj RM200 sebagai kos pemrosesan oleh bank terbabit.Bayangkanlah berapa banyak setiap bank memperolehi keuntungan sebelum penyenaraian.Lupakah peneroka2 ini dgn apa yang berlaku keatas penyenarain PERNAS.Sampai sekarang pekerja mereka terpaksa menanggung hutang bank!

Tanpa Nama berkata...

Ini namanya durian runtuh...

itu lah kali terakhir durian itu berbuah dan menggugurkan buahnya..

pastula dah tak berbuah lagi...

Lepas tu kelaparan empunya kebun durian kerana durian tidak berbuah lagi...

maka terpaksa la bergolok-bergadai menyara keluarga

dan

membayar hutang keliling pinggang...

Tanpa Nama berkata...

padan lah dengan dah bertahun mereka ni berusaha gigih memenangkan bn setiap kali pilihan raya... hari tu siap tipu lagi kat hulu selangor... dapat duit dari bn sikit... terus rebah...

ada masa, rasa la jugak kesusahan yang orang lain tanggung pasal sikap tamak dan haloba kita, sanggup sokong penjahat pasal dapat duit yang sedikit tuh...

maaf la kalau nampak macam tak kesian ngan deme nih... tapi deme ni, taim senang... bersama bn... dah lemas baru sedar diri kena tipu... tapi lepas tu... buat balik... macam penagih yang kembali menagih...

cumanya, kesian pada peneroka yang selama ni memang tak pernah sokong penjahat ni, mereka terpaksa terima kesusahan pasal kebangangan dan ketamakan orang lain...

Tanpa Nama berkata...

Keadaannya begini, ramai pihak khuatir apabila felda tersenarai dalam bursa, syarikat-syarikat besar akan berlumba untuk membeli saham felda, pada peringkat awal, ya peneroka akan dapat untung hasil daripada pembelian saham ini dan jika peneroka ditawarkan saham (kena pinjam duit untuk beli saham), peneroka akan mendapat untungnya. Itupun selepas ditolak dengan jumlah pinjaman. Katakan untung kasar 2000 ditolak dengan jumlah pinjaman termasuk bunga 1500, jadi untung bersih yg peneroka akan dapat ialah rm500. Ini yang pertama.

Yang keduanya, dibimbangi peneroka akhirnya menjadi 'pekerja' kepada syarikat-syarikat besar yg memiliki saham dalam felda.

Yang ketiganya, jika pada suatu masa pelabur lihat felda lemah (akibat ekonomi merudum) pelabur akan menjual saham mereka dan peneroka akan dapat keuntungan yg sedikit dan jika ekonomi makin teruk, boleh mengakibatkan peneroka rugi dan tidak dapat membayar hutang pinjaman bank.

Saya bukan expert, cuma ini antara perkara yang dibincangkan.

JAKA berkata...

setiap institusi org melayu islam dihancurkan di tangan umno. bermula dari tergadainya singapura secara percuma.

umno kata anwar nak jual negara. jual negara lebih baik dr bagi singapura free.

siapa pembeli negara? berapa harga? bukankah ini ckp2 org bodoh umno, takda asas.

kemudian lingkupnya bank bumiputera, institusi raja, biasiswa, tulisan jawi dan byk lagi hingga hari ini kg baru dan felda pula.

kenapa berlaku semua ini. sebab umno adalah munafik yang bekerja untuk zionist = dajjal.

tujuan utk memiskinkan umat islam di sini supaya mereka tidak ada masa nak kuatkan agama, tidak ada masa nk ambik tahu politik. siang malam asyik kerja dan fikir duit saja.

mereka bertujuan menjadikan 'hampir kufur orang yang fakir'.

jika umat selesa hidup, mereka akan banyak masa membaca, mengkaji, beragama dan mengambil tahu hal negara dan dunia.

ini yang umno dan zionist tak suka. betul lah dikatakan di mana melayu merempat di situ umno kuat.

umnolah parasit kepada umat melayu islam. darah diisap sedikit2 hingga nk kering.

melayu islam mesti diselamatkan daripada hantu pelesit yang sedang merasuk dan menghisap darahnya.

kita bunuh pelesit umno/bn pada PRU nanti.

sesiapa yang kata menjatuhkan pemerintah itu penderhaka, maka sedarlah jalan kita mengikut undang2.

dan siapa yang lebih besar derhaka diantara rakyat yang mahukan perubahan dengan pemimpin haprak yang BERSUMPAH SETIA AMANAH JUJUR DI HADAPAN YDP AGUNG TETAPI MENJADI PERASUAH DAN PEROMPAK HAK NEGARA DAN RAKYAT ???

Tanpa Nama berkata...

Siapa yang mengundi dan memenangkan UMNO dan BN selama ini.

Sekarang tuailah hasil yang anda semua telah tanam.