Isu PTPTN: Mahasiswa Pro-UMNO Juga Akan Sertai Demo Mansuh Pinjaman

Shah Alam, 12 APRIL: Mahasiswa pro-Umno bakal menyertai himpunan mendesak pemansuhan Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Sabtu ini di Dataran Merdeka.

Ini disahkan pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Safwan Anang hari ini yang mengatakan mahasiswa pro-Umno tersebut daripada Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).

Safwan bekata setakat ini, beberapa kumpulan mahasiswa dari Kelantan, Terengganu dan Johor menyatakan kesediaan untuk turun.

“Semalam kami ada berjumpa dengan beberapa kelompok mahasiswa yang sebelum ini pro-kerajaan, mereka turut menyatakan hasrat yang sama dek kerana sekarang tiada sebarang respon daripada pihak kerajaan terutama Kementerian Pengajian Tinggi berhubung isu PTPTN.

“Yang ada hanya daripada parti-parti politik tertentu.

“Kita akan teruskan demo ini sehingga kerajaan beri komitmen untuk isu PTPTN. Kita tidak mahu kerajaan jawab seperti sebelum ini, serahkan dalam pilihanraya umum, jangan buat demo,” katanya.

Safwan menegaskan, pihaknya tidak membuat sebarang permohonan permit kepada pihak polis untuk berhimpun memandangkan sebelum ini himpunan yang dinjurkan oleh SMM mendapat kerjasama baik pihak berkuasa.

Mereka beranggapan, himpunan ini adalah hak semua rakyat yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Berhubung provokasi yang mungkin akan ditimbulkan,

SMM juga memberikan kepercayaan kepada pihak berkuasa untuk memantau keselamatan dan menangani sebarang tindakan provokasi.

Safwan berkata himpunan tersebut tiada sebarang perarakkan.

SMM menjangkakan 5,000 orang akan hadir dalam himpunan tersebut yang juga melibatkan orang awan yang pernah menjadi peminjam.

Pakatan Rakyat sebelum ini memberikan komitmen untuk menghapuskan PTPTN dan memberikan pendidikan percuma hingga ke universiti jika berjaya menawan Putrajaya.

Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan pinjaman PTPTN bernilai RM43.6 bilion dapat diselesaikan dalam tiga tahun melalui hasil dari penjimatan perbelanjaan dan bayaran daripada syarikat kerajaan yang membuat keuntungan tinggi seperti Petronas. -selangorku

3 comments:

View Comments/Post a Comment

3 comments:

paksu said...

macam macam cerita .. la... ni

Hati Muda said...

kalau dah pro umno tu kena jaga-jaga. Muslihat tersendiri mungkin ada. Dapat habuan rm kompom akan jadi hal masa perhimpunan tu nanti.ingat kejadian di perak org umno masuk pkr akhirnya kembali pd umno dan menjatuhkan kerajaan pr perak.

Anonymous said...

Kalau begitu demo hapus PTPTN kena buat bersama perhimpunan BERSIH3?????

Kembali ke Laman Utama




Tajuk-tajuk Terbaru di Kelab GB: