Siswa berarak tuntut mansuh pinjaman PTPTN
Seramai kira-kira 300 orang mahasiswa (menurut pemerhati lebih 300, baca laporan harakahdaily di bawah -GB) berhimpun di ibu negara hari ini untuk menuntut pinjaman pelajar melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan.
Pelajar berkenaan mula berkumpul di perkarangan Masjid Jamek, Kuala Lumpur pada pukul 2 petang dan berarak melalui Jalan Raja Laut untuk menuju kawasan pusat membeli belah Sogo.
Perhimpunan diketuai aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim dan pemimpin Solidariti Mahasiswa Malaysia itu turut disertai NGO Gabungan Anak Muda Pantai Timur.
Kumpulan berkenaaan melaungkan slogan antaranya "Najib Altantuya", "Mansuh PTPTN", "Jahanam Umno-BN", "Musnah Rosmah", "Reformasi" dan "Jahanam Najib."
Kumpulan siswa itu turut kain rentang yang bertulis 'Free education now!', 'Mahasiswa bukan robot' dan 'Mansuh PTPTN'.
Di hadapan Sogo, kumpulan pelajar berkenaan bertindak mengalungkan bunga pada gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan juga Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Menurut salah seorang mahasiwa berkenaan, tindakan itu sebagai tanda bahawa "demokrasi telah mati."
Dua orang MP PKR, Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar turub berucap ketika pelajar berkenaan berhimpun di hadapan Sogo.
Kumpulan berkenaan kemudiannya mula beredar daripada kawasan tersebut pada jam 3.30 petang dan berarak menuju Dataran Merdeka melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Gambar yang dikalungkan bunga itu turut diarak bersama pelajar berkenaan. -mk
Sumber gambar

Ribuan siswa berkumpul tuntut mansuhkan PTPTN -harakahdaily
(Ribuan mahasiswa berarak dari Sogo ke Dataran Merdeka menuntut dimansuhkan PTPTN dan diganti dengan pendidikan percuma)
KUALA LUMPUR, 14 April: Ribuan mahasiswa berhimpun di hadapan kompleks membelibelah Sogo bagi menuntut dimansuhkan PTPTN dan percumakan pendidikan.Mereka menyifatkan PTPTN melahirkan 'graduan hutang'. Perhimpunan yang pada awalnya dijadualkan diadakan di Dataran Merdeka dan disertai hanya disertai 400 siswa semakin ramai dan telah dipindahkan ke Sogo kerana laluan ke kawasan itu ditutup.Sebelum itu kumpulan mahasiswa itu berarak dari Masjid Jamek ke Sogo. Beberapa wakil mahasiswa berucap. Mereka kemudiannya berarak ke Dataran Merdeka sekali lagi.
Dengan memakai baju hitam tanda kegelapan masa depan akibat diselubungi hutang, mereka berarak di atas jalan raya sambil melaungkan slogan membantah PTPTN dan menuntuk pendidikan percuma.
Di Dataran Merdeka, mereka berucap, berkhemah dan ada yang mendirikan solat.
(Mendengar ucapan pemimpin mahasiswa sambil berhimpun)
(Baju hitam yang menjadi tema perhimpunan mereka)
(Sambil berarak mereka melaungkan slogan menentang PTPTN dan menuntut pendidikan percuma)
(PENUH SESAK...perarakan menuju Dataran Merdeka)
(Di Dataran Merdeka, ada antara mereka berkhemah)
(MENUNAIKAN SOLAT....Sambil berhimpun, mereka juga menunaikan solat)
14 ulasan:
Tuntut adik2ku..itu haq kita sebagai rakyat malaysia..duit kita bukan duit Bapak dia..Moga allahswt perkenankan doa2 kita...
Alhamdulillah.. anak2 ku sudah mula sedar setelah sekian lama di bekukan..Wahai anak2 ku kamu mempunyai suara, laungkan hak kamu sebagai penuntut. Ketahui lah dalam zakat sekalipun kamu ada hak sebagai penuntut ilmu...
Kita mintak untuk kita.Mengapa susah nak beri?Hutang Ramli Tajudin RM583juta bolih di lupus begitu saja.Banyak cantik begitu senang orang kaya,begitu susah orang miskin.
Syabas! pastikan ibu bapa anda semua menyokong PR. Jika mereka ingkar, biarkan mereka yang membayar hutang PT*TN anda. Tugas dan tanggungjawab sebagai seorang ibu bapa ialah memberikan pendidikan kepada anak-anaknya. Bukan membebankan anak-anak dengan hutan PTPTN
wahai anak-anakku gembelingkan keupayaanmu kita singkirkan UMNO BN gampang dlm PRU 13,kita bicarakan dlm mahkamah yg adil dan kita sumbat mereka dlm penjara kita rampas semula harta benda yg bukan milik mereka yg dirompak daripada kita!
300...? kat sekolah aku 700 org pun yg dok berhimpun tiap2 isnin tu pun sikit lagi dari yg dalam gambar tu.. :P
Kot 3 ribu boleh la tahan skit :P
Apapon, pendidikan percuma ni memang patut dituntut. HAK KITA SEBAGAI RAKYAT.
Kalo sapa yg nak pi swasta tu, ikut dia la. Ini yg awam punya pon mau bayar lagi ka..
Kat kroni2 sendiri, boleh pulak perabih duit berbillion2.. kat rakyat yg berjuta2 ni, tak sanggup plak ye..
Jangan xtau, masih ada rakyat2 yg sokong pendidikan kena bayar ni berbanding percuma.
aku cuak kebangkitan anak muda dema lagi power dari aku.
Syabas anak muda!
najib menganggap rakyat malaysia bodoh.. rm500 yg diberikan umpama wang bernilai rm5000 rakyat malaysia ni seolah2 makan tidor ajer.. 1 malaysia ditanggongnya.. padahal rakyat bertungkus lumus bekerja.. untuk dapat sesuap nasi.. segala kesusahan kita lalui, sedangkan org2 umno hidup senang lenang guna air liur aje.. buat fitnah, menipu, mencaci dan mencerca org lain sesuka hati mereka... tak ada langsong rasa takut dgn Allah...
Rakyat M'sia semuanya patut bersyukur. Ada yg dapat RM 100, 200,500,dapat PTPN,dpt projek, komisyen & ada yg dpt 250 juta.
pendidikn percuma utk peringkt rendah n menengah sy sokong. tp pendidkn percuma utk peringkt U xsesuai. pdpt sy pemansuhan ptptn memberi kesan -ve n tve. ini dpt dilihat dr sudut utk meningktkn kualiti pendidikan U. oleh itu, byk perkara perlu dtitikberat.. mgkn 1 mekanisme lain boleh dilakukn selain pemansuhan ptptn sbg cth byr apa yg kmu pnjm kalo pnjm rm10k byr rm10k. ptpn xpenah mendesak pelajar utk membuat pnjman. dont be selfish but think for others.
pendpt ikhlas.
kau org fikir dan kaji dulu berapa jumlah pinjaman diguna utk bayar yuran dan kemana pergi bakinya?
dulu masa sign agreement bukan main semangat..bila blaja malas..dpt duit pinjaman bayar yuran beli buku, baki buat apa? aku pun taknak bayar ptptn tu..tapi at least aku cabar diri aku supaya dpt first class degree utk tak payah bayar balik ptptn tu..bukan mcm budak2 eh silap, kanak2 nie yg nk kene suap dari kecik sampai tua nie..tak sedar diri, memalukan bangsa, yg non-malay duk ketawa n receive all the benefits u fight for..nk ckp bodoh kasar pulak rasa..kurang pandai tu elok la kot..sbb tu tak mampu nk bayar balik..
p/s: biar la diorang kata aku kene tipu dgn kerajaan, yg penting kalau kerajaan kencing aku pun dpt jugak aku pahala free kat akhirat nnt..sbb aku sedar diri yg aku nie tak la bagos sgt mcm kanak2 nie yg duk bantah itu ini..sampah..
Sebenarnya penyakit nakkan percuma ni dah makin menular. Kalau di sekolah, sebab dah pendidikan percuma, take for granted, malas belajar, suka hati nak datang atau tak datang sekolah.
Begitu juga dengan hospital, disebabkan ubat percuma, langsung tak menghargai ubat yang diberi, tak makan pun ubat. Kadang2 bila kita bayar, baru kita pandai nak hargai.
Zaman cikgu dulu pun ada pinjaman MARA tapi boleh ubah. Kalau dapat 2nd class ke atas tak payah bayar. Zaman tu bukan senang nak dapat first class macam sekarang. Pinjaman pun tak banyak, cukup makan jer. Kadang-kadang makan pun tak cukup, terpaksa kerja part time masa cuti sem. Tapi kami sangat menghargai ilmu.
Penuntut IPT sekarang dapat PTPTN punya lah banyak. Duit belanja guna untuk beli hp yang mahal2, bajunya lebih vogue dari kami yang bekerja, tak tahu langsung nak menyimpan. Cuba lah berusaha untuk dapat first class so that tak payah bayar.
Pada pendapat cikgu, tak perlu nak perjuangkan untuk hapus PTPTN, tapi perjuangkan untuk SIFARkan yuran perkhidmatan. Sepatutnya tiada yuran perkhidmatan untuk perkara2 kebajikan seperti ini.
ABU.
Catat Ulasan