[Bergambar & Video] Kampar Dilanda Banjir Teruk, Nizar Turut Sama Bantu

Kampar: Seramai 400 penduduk empat buah kampung di sini dipindahkan pagi ini setelah kediaman mereka dinaiki air sedalam tiga meter berikutan air melimpah dari Sungai Kampar.

Gambar: KEDIAMAN penduduk di Kampung Nyior, Kuala Dipang dekat Kampar dinaiki air akibat hujan lebat sejak tengah malam tadi. Banjir terburuk sejak 30 tahun itu menyebabkan penduduk berkenaan terpaksa ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampar, Perak, hari ini. - Foto L Manimaran

Ketua Polis Daerah Kampar, Supt Abdul Aziz Salleh berkata Kampung Baru, Kampung Pasir, Kampung Kuala Dipang dan Kampung Malaya itu telah dipindahkan ke Sekolah Menenengah Kebangsaan Kampar.

Hujan lebat sejak petang pada Rabu menyebabkan air sungai melimpah dan membanjiri kampung terbabit sehingga sampai ke bumbung rumah.

Abdul Aziz berkata tiada laporan dibuat mengenai mangsa yang hilang atau mengalami kecederaan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam, Rela, polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah membantu memindahkan mangsa-mangsa banjir itu. - BERNAMA

Kampar dilanda banjir, 124 keluarga dipindahkan

KAMPAR: Kira-kira 500 penduduk dari 124 keluarga yang tinggal di beberapa kampung di sekitar Kuala Dipang terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir apabila rumah mereka dinaiki air sehingga ke paras bumbung sejak jam 5 pagi tadi.

Banjir terburuk sejak 30 tahun itu menyebabkan penduduk berkenaan terpaksa ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampar.

Pegawai Daerah Kampar, Ismail Hassan, berkata banjir kilat mula berlaku jam 5 pagi dengan kawasan terjejas termasuk Kampung Kuala Dipang, Kampung Pasir, Kampung Baru Kuala Dipang dan Kampung Nyior.

Beliau berkata, kejadian berpunca limpahan air Sungai Kampar akibat hujan lebat sejak tengah malam tadi dan diburukkan lagi dengan kejadian dua tebing sungai yang pecah.
-BH

UPDATE: Banjir di Kuala Dipang semakin buruk

KAMPAR: Bilangan mangsa banjir yang dipindahkan ke dua pusat pemindahan banjir di Kuala Dipang meningkat kepada 1,145 orang daripada 254 keluarga.

Sebelum ini, kira-kira 500 penduduk dari 124 keluarga yang tinggal di beberapa kampung di sekitar Kuala Dipang terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir apabila rumah mereka dinaiki air sehingga ke paras bumbung sejak jam 5 pagi tadi.

















0 comments:

View Comments/Post a Comment




Tajuk-tajuk Terbaru di Kelab GB: