26 Mac 2012

[Video] Remaja Upahan Umno Dicekup Cuba Sabotaj Program Pakatan Rakyat

Kuala Selangor 26 MAC : Tindakan ganas dan cuba menimbulkan kekecohan ketika sambutan Karnival “Terima Kasih Rakyat” semalam didakwa didalangi Umno-BN.

Bertempat di Stadium Kuala Selangor, kekecohon tersebut tercetus apabila kumpulan terbabit secara tiba-tiba membuat bising dan membaling batu ke arah para hadirin sambil membawa sepanduk yang tertulis ‘Anwar Yahudi’ dan ‘Anwar sokong Israel’ ketika ucapan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

Kumpulan yang terdiri daripada enam orang itu juga bertindak menyerang kereta Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang baru sahaja beredar untuk ke program lain selepas memberi ceramah di majlis itu.

Karnival itu diadakan sempena ulangtahun ke empat pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor.

Keadaan itu menyebabkan orang ramai bertindak mengejar kumpulan terbabit yang menaiki tiga buah motorsikal.

Bagaimanapun, salah seorang daripada ahli kumpulan itu berjaya ditahan orang ramai menyebabkan anggota Unit Amal PAS yang mengawal ceramah tersebut, terpaksa bertungkus berusaha menghalang remaja itu dari dipukul manakala lima remaja lain berjaya melarikan diri.

Keadaan itu bagaimanapun kembali tenang sepenuhnya selepas remaja itu ditahan oleh polis.

Sementara itu, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar tindakan kumpulan terbabit.

Katanya, seperti biasa Umno-BN akan menghantar samseng upahan untuk menganggu setiap majlis Pakatan Rakyat. -selangorku


8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sebelum serah polis belasah cukup2...bila polis tanya ...cakap la dia belasah diri dia sendiri...beri kat polis bererti melepaskan dia le..

Tanpa Nama berkata...

Suka sangat baling batu elok hantaq pi palestine aje nolong org sana.

hemisfera berkata...

Berani gila.
Orang dengar ceramah ada beribu-ribu orang, diorang boleh pacak tayang leher 6 orang je.
Ke salah baca?
6 orang ke, 60?
Berani gila.

Waris berkata...

Bukan berani tapi bangang. Dapat arahan dari ayahanda suruh buat kacau. Bila kantoi sorang sorang je. Ayahanda dan abang long lari dulu. Biasalah...samseng melayu pekida = samseng taik kucing.

Tanpa Nama berkata...

Apa lg balun cukup2..kalau bolih patahkan hidung dia...ha ha ha....

Tanpa Nama berkata...

jgn..diaorg cr mkn..beri nasihat cukup la..laipun org melayu kita..ni cara cr duit senang yg umno ajar & cr salah satu nape org suka rasuah..senang dunia beb..

hairan berkata...

cuba tanya budak2 yang ditahan tuh apa keje dia orang? tentu dia orang nih jenis takde kerja, pemalas, melepak, dlll yang negatif punya. Sama specis dengan orang yg bagi upah pd bdk2 tuh gak!

tau nya nak dapat duit dengan cara mudah iaitu memperbodohkan orang melayu dan telan duit rakyat!

Tanpa Nama berkata...

umnos,
melayu banyak tergadai kerana ko,
melayu jadi liar kerana ko,
melayu miskin kerana ko,
melayu hilang tanah kerana ko,
melayu minat rasuah kerana ko,
melayu rempit kerana ko,
melayu tamak kerana ko,
melayu banyak hutang kerana ko,
melayu tipu melayu pun kerana ko,
umnos,