26 Mac 2012

Wajah Buruh Yang Didakwa Pembunuh Dirang Dihadapkan Ke Mahkamah

Johor Bahru: Seorang buruh dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, terhadap tuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan, Nurul Nadirah Abdullah atau lebih dikenali sebagai Dirang, awal bulan ini.

Muidin Maidin, 24, dituduh membunuh Nurul Nadirah, 5, di ladang kelapa sawit, Jalan Suria 47, Bandar Seri Alam, Masai, di sini, antara jam 11 pagi dan 7 malam, 1 Mac lalu.

Muidin yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mohd Isa Mohamed.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Mohd Isa kemudian menetapkan 4 Mei depan untuk sebutan semula kes.

Sementara itu, di mahkamah yang sama, seorang lelaki yang ditahan bersama-sama Muidin untuk membantu siasatan berhubung pembunuhan Nurul Nadirah, dihukum penjara sebulan dan dua tahun pengawasan selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan penyalahgunaan dadah.

Razmin Mosum, 34, yang juga seorang buruh mengaku melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam, Masai, kira-kira jam 8.40 malam, 2 Mac lalu.

Dia yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 dan dua tahun pengawasan.

Mohd Isa memerintahkan hukuman penjara terhadap Razmin berjalan serentak dari tarikh tangkap, pada 2 Mac lalu.

Pendakwaan terhadap Muidin dan Razmin dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya M Vinodharan. - BERNAMA

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hanya pembunuh Altantuya sahaja yang tiada muka. Lain-lain yang disyaki pembunuh semuanya ada muka. Kenapa ekkkk?

hairan berkata...

kalo betul didapati mmg manusia nih bersalah diharap dapat dihukum dengan hukuman DI SULA PERLAHAN2 SAMPAI SEPARUH MATI... BUAT 10 KALI SULA MCM TUH, LEPAS TUH BARU KASI SULA SAMPAI MATI!

hanya manusia berotak binatang + syaitan aje yang sanggup bunuh budak2...