24 Mac 2012

[Video] Masuk Rumah Baru - Sinar Mentari Untuk Amir Dan Ibu

Mahu bersama selamanya

KUALA SELANGOR: “Lebih daripada suka, suasana di sini sama seperti di kampung, ada pokok-pokok. Yang penting saya mahu bersama Amir ke mana saja dia pergi. Kami akan tinggal di sini selama-lamanya,” kata Faridah Maulud, 66 ketika melangkah masuk ke rumah barunya di Kampung Assam Jawa di sini, semalam.

Menurutnya, suasana di kawasan berkenaan saling tidak tumpah dengan kampung halamannya di Pengerang, Johor menyebabkan dia begitu gembira dapat menjalani kehidupan baru di kampung itu selepas anak tunggalnya ditawarkan berkerja di kilang berdekatan.

Katanya, tidak ada perkara lain yang lebih menggembirakan hatinya apabila dapat bersama semula sebagai sebuah keluarga selepas tinggal di Pusat Sehenti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sungai Buloh sejak 9 Mac lalu.

“Saya juga terharu dengan sambutan penduduk kampung yang menerima kehadiran kami dua beranak sebagai sebahagian daripada kejiranan di sini. Saya harap Amir akan bekerja dengan baik, terima kasih kepada Datuk Sekeluarga,” katanya kepada Harian Metro.

Warga emas yang menjadi perhatian masyarakat negara ini apabila ditinggalkan anaknya, Amir Mohd Omar, 27 di sebuah hotel bajet di Kampung Baru di sini 3 Mac lalu kini boleh menghela nafas lega selepas seorang usahawan besi keluli, Datuk Jamhuri Abdul Rahman menawarkan kerja dan sebuah rumah di Kuala Selangor bagi membantu mereka.

MERIAH...Amir bersama ibunya, Faridah di kediaman baru mereka sambil ditemani jiran tetangga dan Jamhuri (kanan), semalam.




Ulasan GB

Petikan ulasan GB di entri yang lalu:

Usah sesekali lakukan (tinggalkan) ibu sedemikian. Apatah lagi membiarkan ibu di dalam kesedihan dan tangisan.

Kepada Amir, segeralah temui ibumu dan mohon maaf terus kepadanya, kerana tentu dirimu tidak sanggup menanggung kemurkaan Allah dan RasulNya yang memerintahkan kita untuk menghormati ibu.

...

Semua Amir diampunkan Allah, RasulNya dan ibumu.



Dan yang terakhir, kita dengar Amir telah pun ke JKM untuk mengambil dan membawa ibunya pulang.

Kini dengan "kejantanan" Amir, beliau telah dikurniakan Allah sesuatu yang dia sendiri tidak terfikirkan.

Sungguh benar firman Allah swt:


إِنَّ اللّهَ لاَ يُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ

Sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala orang yang berusaha memperbaiki amalannya.
At-Taubah:120


Semuga hidup Amir diberkati Allah selepas ini, begitu juga dengan Datuk Jamhuri Abdul Rahman yang sudi mengambil Amir bekerja dan menyediakan kemudahan serta tempat tinggal untuk mereka.

Dan tak lupa para wartawan yang membuat pendedahan ini sehingga dapat menyelamatkan Amir dari menjadi derhaka dan nasib kedua beranak (Amir dan ibunya) kini terbela.


Laporan sebelum ini
klik untuk baca




3 ulasan:

Kak Mahh berkata...

Alhamdulilah moga Amir terus taat menjaga ibunya dan bekerja dengan tekun.

Tanpa Nama berkata...

Ini yg dinamakan rezeki yg tak disangka2. Hanya yg punya diri & Allah yg tau citer sebenarnya & apa yg tersirat di hati mereka.

Semuga Amir bekerja dgn jujur, dlm pada tu mengajar ngaji, solat jemaah dll di persekitaran beliau. (klu tamat sekloah khas (agama) johor insyaAllah boleh)

Tanpa Nama berkata...

Anbe rasa Tak lama lagi akan ramai orang tiru modus operandi si amir tuh. Maklumlah kan sekarang zaman kesempitan hidup akibat pemerintahan UBN yang dah berdekat lamanya tak ke gitu GB..?