20 Mac 2012

Tunggu Apa Lagi, Gerakkan BERS✔H 3.0 Sekarang

Petaling Jaya, 18 MAC : BERSIH 3.0 kemungkinan besar akan diadakan sekiranya Jawatankuasa Pilihan Khas Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC) yang akan dibincangkan Minggu depan di Parlimen tidak meluluskan sebahagian besar tuntutan BERSIH 2.0 lalu.

Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah berkata, pihaknya komited dengan perancangan itu dan kejayaan mengadakan perhimpunan BERSIH 2.0 adalah bukti jelas majoriti rakyat inginkan perubahan di dalam pengendalian pilhanraya di negara ini.

Tambahan pula, katanya, penubuhan PSC juga memberi petanda suara rakyat kini tidak boleh dipertikaikan lagi oleh pihak berkuasa di negara ini.

“Kalau kita tidak dapat tuntutan kita, ya mungkin ada kemungkinan yang tinggi. Datuk Ambiga pun dah cakap ada kemungkinan kita akan adakan BERSIH 3.0,” katanya kepada TVSelangor ketika ditemui di majlis perhimpunan Wanita Suara Perubahan sempena sambutan Hari Wanita Sedunia di Padang Astaka di sini hari ini.

Antara tuntutan dibuat BERSIH 2.0 bagi merealisasikan piliharaya berish dan adil di negara ini khususnya bagi Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) nanti adalah bersihkan senarai undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, masa kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil dan kukuhkan institusi awam.

Maria Chin berkata, pihaknya kini sedang menanti keputusan yang akan dibuat PSC berhubung tuntutan dibuat Bersih 2.0.

Berhubung Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), beliau mendakwa, pihak berkuasa itu tidak menjalankan tanggungjawab diamanahkan dengan adil dan saksama.

“Saya rasa SPR tidak menjalankan tugasnya dengan baik. Kalau mereka terus begini tidak menunaikan tuntutan Bersih 2.0, saya rasa mereka lebih bagus letak jawatan,” katanya.

Maria Chin juga mengulas tindakan SPR yang melakukan persempadanan semula kawasan pilihanraya menyebabkan pengundi berpindah tempat mengundi tanpa pengetahuan mereka yang turut melibatkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurutnya, pendekatan itu adalah tidak berasas dan pengundi boleh mengambil tindakan dari segi undang-undang terhadap SPR.

“Saya rasa itu salah dan harap pengundi yang telah ditukar kawasan boleh mengambil tindakan undang-undang.

“Mereka mesti buat laporan kepada SPR dan bantahan kalau pindaan itu tidak adil dan mereka tidak diberitahu oleh SPR. Macam Tan Sri Khalid yang ditukar tetapi dia tidak tahu dan SPR tidak boleh kata ini “administrative error”,” ujarnya.

Maria Chin berkata, perhimpuan Wanita Suara Perubahan yang diadakan pada hari ini adalah satu lagi petanda jelas kebangkitan kaum wanita di dalam menuntut perubahan di dalam pentadbiran kerajaan di negara ini. Lebih 2 ribu hadirin menyertai perhimpunan berkenaan.

Katanya, kerajaan harus memberikan perhatian dan beralku adil dalam perkara ini dan tidak meminggirkan suara mereka. -selangorku




Ulasan GB

Gerakkan BERSIH 3.0 sekarang. Jangan terhegeh-hegeh lagi. Pilihanraya sudah berada di depan mata sedangkan penipuan dan salahlaku SPR semakin berleluasa. Rakyat sudah menunggu lama.


4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bersih 3.0 tak mungkin diadakan. Pemimpin Pakatan Rakyat takut kena tangkap. Silap silap tak dapat jadi calun PRU13. Yang mereka berani buat sidang akhbar walaupun tahu SPR tidak memenuhi tuntutan bersih 2.0

Tanpa Nama berkata...

Selagi tuntutan Bersih tidak dilaksanakan, Usahlah Pakatan Rakyat mimpi nak tawan Putrajaya, buat penat bertanding jea...

Tanpa Nama berkata...

Selagi tuntutan Bersih tidak dilaksanakan, Usahlah Pakatan Rakyat mimpi nak tawan Putrajaya, buat penat bertanding jea...

Tanpa Nama berkata...

lancarkan segera BERSIH 3, kami nak himpun ramai-ramai, mahasiswa dan bekas pelajar IPT