20 Mac 2012

Cermin Kereta Shamsubaharin Retak Di Tempat Letak Kereta SPRM

SPRM jamin baiki cermin kereta bekas perunding NFCorp

PUTRAJAYA -- Cermin belakang di bahagian tempat duduk penumpang sebuah kereta milik bekas juruperunding National Feedlot Corporation (NFC), Datuk Shamsubahrin Ismail yang diparkir di pekarangan tempat letak kereta Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, ditemui retak.

Shamsubahrin yang dipanggil sebagai saksi ke Ibu Pejabat SPRM untuk memberi keterangan terkejut apabila dimaklumkan pemandunya bahawa satu daripada tiga kenderaan iatu Mitsubishi ASX miliknya yang disita SPRM, ketika ditahan pada bulan Disember lalu, telah retak.

Dua lagi kereta iaitu Mitsubishi jenis Triton dan Grandis dalam keadaan baik. Sementara itu, Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali memberi jaminan bahawa SPRM akan memperbaiki cermin kereta itu. Beliau berkata pihaknya menyedari kejadian itu lebih awal dan satu laporan polis dibuat pada 16 Jan di Ibu Pejabat Daerah Putrajaya.

Katanya kereta yang disita itu diparkir di tempat letak kereta dan satu kerja memotong rumput yang dilakukan mungkin telah menyebabkan batu melantun ke cermin kereta menyebabkan cermin kereta retak.

"Tiada unsur khianat kerana pada tarikh itu memang ada pemotong rumput. Kita akan memperbaiki kereta itu kerana (kejadian berlaku) semasa dalam penyimpanan kami," katanya kepada pemberita di sini hari ini. -- Bernama

Ulasan GB

Setelah kes dua orang saksi mati ditemui di bangunan SPRM kini kes harta-benda saksi yang sita didapati rosak di bangunan SPRM.

Keterlaluan. Lansung tidak ada amanah dan tidak bertanggungjawab untuk mempastikan harta orang awam yang disita dijaga dengan baik dan sempurna hanya dengan alasan kemungkinan ada kerja memotong rumput sehingga menyebabkan batu melantun ke cermin kereta.

Dengan peruntukan belanjawan 2012 yang begitu lumayan untuk SPRM, rakyat begitu dukacita dan marah kerana tahap professionalisme SPRM begitu rendah.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

oleh kerana masalah ini berlaku di dalam permis SPRM.... bukan setakat baiki cermin .... pengarah dan semua kakitangan SPRM perlu didakwa atas alasan cuai... kereta sebijik kereta tak mampu nak jaga... ada hati nak soal siasat orang sampai mati...

hairan berkata...

kira nasib baik tuh bro! Ingatkan kepala shamsubaharin yg retak !! kan dah banyak kes pala retak n pecah kat srpm

mcm2 sprm nih!