Shah Alam, 1 Mac: Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Abdul Rahman Bakri dan pembantunya dijatuhi hukuman enam tahun penjara dan denda RM50,000 atau 1 tahun penjara bagi setiap pertuduhan.
Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Azhaniz Teh Azman Teh memutuskan hukuman dijalankan serentak.
Semalam MP Sabak Bernam itu telah didapati bersalah terhadap lapan pertuduhan tuntutan palsu yang berjumlah RM80,000, tiga tahun lalu.
Abdul Rahman, 46, didakwa melakukan kesalahan itu semasa beliau menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Air Tawar mewakili Barisan Nasional (BN).
Hakim Mahkamah Sesyen Azhaniz Teh Azman Teh membuat keputusan tersebut selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya mengemukakan bukti tanpa keraguan munasabah.
Selain itu, mahkamah turut mendapati pembantu Abdul Rahman, Rosli Busro, 43, bersalah terhadap pertuduhan bersubahat dalam melakukan semua lapan kesalahan yang didakwa.
Ini berikutan permintaan peguam bela mewakili kedua-dua tertuduh Affifuddin Hafifi dan Lim Kon Keen yang mahukan sedikit masa untuk menyediakan mitigasi serta rayuan terhadap hukuman yang bakal dikenakan.
Selaku ejen kerajaan Malaysia, Abdul Rahman didakwa dengan niat untuk memperdaya prinsipalnya dengan menggunakan surat Adun yang mengandungi butiran palsu membuat tuntutan ke atas program atau aktiviti yang sebenarnya tidak dilaksanakan.
Antaranya pembelian hadiah dan cenderamata serta penganjuran jamuan Program Motivasi Pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di kawasannya.
Beliau juga didakwa membuat tuntutan menggunakan butiran palsu mengenai Program Mesra Rakyat dan Hari Keluarga KRT di Dun Sungai Air Tawar, Program Forum Perdana Peringkat Mukim Bagan Nakhoda Omar, program Mesra Rakyat dan Hari Keluarga Guru-guru Kemas serta Program Mesra Rakyat serta sambutan Maulud Nabi.
Semua tuntutan palsu itu membabitkan jumlah RM10,000 setiap satu.
Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh antara 21 Januari hingga 12 Februari 2008 di Pejabat Daerah Sabak Bernam.
Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 Akta sama.
Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Ketua Unit Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abdul Razak Musa. Kes sebelum ini dibicarakan di Mahkamah Khas Jenayah Rasuah Shah Alam.

3 ulasan:
Kesalahan MP sabak bernam RM80,000 nampak sejelas-jelasnya.. bila emak bapak lembu RM 250,000,000.00 pulak nak dihadapkan ke mahkamah.. jangan sekadar pilih ikan bilis sahaja..
Bila la aku boleh dapat buat pinjaman macam laki si Shahrizat tu hah??
Tak payah pakai cagaran..
Tak payah pakai penjamin...
Aggrement belum sign, duit ratusan juta ringgit dah masuk akaun.
Cuma buat kertas kerja saja....
Itupun Menteri2 kabinet boleh tertipu. Kertas kerja bukan main hebat, tapi, lepas dapat pulu, yang di beli lagi hebat2.
seelok-eloknya jel betul2 6 tahun & denda betul2 RM50,000.00 tu.. jangan sekali2 bagi hak untuk di jamin... tapi biasanya hukuman tu hanya atas kertas jer...mcm taik!
Catat Ulasan