Wanita Umno negeri: 'Kamilia, jangan buat hal'
Lima ketua Wanita Umno negeri menjelaskan desakan Naib Ketua Wanita Datuk Kamilia Ibrahim yang mahu Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melepaskan jawatannya sebagai ketua Wanita adalah pandangan peribadi.
Semua ketua Wanita negeri - Melaka, Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Kedah - mengesahkan cadangan itu tidak pernah dibincangkan oleh kepimpinan Wanita Umno termasuk di peringkat negeri.
Mereka menegaskan Shahrizat - yang mengumumkan akan berundur dari jawatan menteri pada 11 Mac lalu - telah dipilih oleh perwakilan Wanita dalam pemilihan parti, bukan pelantikan daripada Presiden Datuk Seri Najib Razak atau Kamilia sendiri.
Mereka - yang menganggotai kepimpinan Wanita pusat - juga "terkejut, hairan dan tidak tahu motif sebenar" mengapa Kamilia mengeluarkan kenyataan seumpama itu.
"Siapa dia (Kamilia) suruh Datuk Seri Shahrizat lepas jawatan. Beliau menang bertanding (jawatan ketua Wanita).
"Kita pusing seluruh seluruh negara, ramai wanita keluar (memberi sokongan) kepada perdana menteri dan Datuk Sharizat... Kalau dia (Kamilia) tak sabar, berlawanlah (nanti)," tegas Ketua Wanita Umno Pahang Datuk Rosni Zahari.
Akhbar The Star semalam melaporkan Kamilia (kiri) menggesa Shahrizat supaya melepaskan jawatan ketua Wanita Umno demi menjaga kredibiliti parti, sayap, BN dan kerajaan.
Kamilia dilapor mendakwa Wanita akar umbi "susah nak kerja" berikutan isu National Feedlot Corporation (NFC) dikaitkan dengannya.
Petang ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengadakan pertemuan khas dengan pergerakan Wanita Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra di ibu negara.
Sementara itu, empat ketua Wanita negeri - Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan Kedah - menegaskan Wanita di negeri mereka memberi sokongan penuh kepada Shahrizat demi menjamin kemenangan BN dalam pilihan raya umum akan datang.
"Dekat dengan pilihan raya, Kamilia jangan buat hal. Jangan jejaskan keyakinan (rakyat) terhadap parti... Wanita perlu bekerja kuat untuk menangkan Umno dan BN," tegas Ketua Wanita Melaka Datuk Rubiyah Ali.
Ketua Wanita Umno Kedah berkata Datuk Maznah Abdul Hamid membidas Kamilia yang katanya, sepatutnya merujuk kepada exco dan ketua wanita negeri terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan khususnya berkaitan isu NFC.
"Waktu-waktu begini, kita sepatutunya merapatkan hubungan, bukan tikam daripada belakang... Shahrizat tidak pernah kata apa-apa dekat dia," katanya.
"Kita memberi sokongan kepada beliau Sshahrizat) untuk terus berjuang demi mencapai impian presiden Umno supaya bekerja bagi memenangkan parti," kata Ketua Wanita Negeri Sembilan Datuk Norhayati Omar.
Manakala Ketua Wanita Johor Datuk Sharifah Azizah Syed Zain menyifatkan kenyataan Kamilia itu sebagai "suara sumbang" yang tidak mempunyai kaitan dengan perjuangan pergerakan itu. -mk
Ulasan GB
Masih ada yang menyokong Shahrizat sebagai Ketua Wanita UMNO di atas permintaan (arahan) Najib.
Sokonglah Shahrizat yang terpalit dengan najis lembu NFC itu sehingga pilihanraya nanti. Najib sendiri juga akan menerima bencananya apabila menyokong kebatilan.
Rakyat yang bakal menentukan, yang bersalah tetap bersalah dan pasti menerima hukumannya. Itu hukum kebenaran dan keadilan. Seperti Najib yang cuba selamatkan ahli keluarga Shahrizat daripada didakwa, namun hukum kebenaran dan keadilan tetap berjalan, akan tetap ada orang yang menyuarakan yang hak di dalam parti itu sendiri bagi mempastikan kebenaran dan keadilan itu dapat ditegakkan.
Nak ikut kebenaran ikutlah, nak ikut Najib, Shahrizat & lembu-lembunya, tiada paksaan. Kelak nanti kebenaran tetap mengalahkan kebatilan!
Laporan sebelum ini
klik untuk baca

'PM seru Wanita bersama Shahrizat'
Wanita Umno Selangor menolak gesaan supaya ketuanya Datuk Seri Shahrizat Jalil berundur daripada memimpin pergerakan itu kerana ia bertentangan dengan seruan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak yang mahu mereka berdiri teguh di belakangnya.
Ketuanya, Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah mendedahkan bahawa seruan itu dibuat oleh presiden Umno itu dalam pertemuan bersama exco Wanita Umno di Putrajaya Jumaat lalu.
"Jumaat lalu, exco wanita ke pejabat perdana menteri. Pada pertemuan itu perdana menteri meminta agar Shahrizat terus menerajui Wanita Umno kerana beliau (Shahrizat) seorang yang disenangi dalam jentera parti.
"Malah pelbagai pendekatan yang telah dia lakukan bersama Wanita Umno seperti menubuhkan Skuad Sayang dan sebagainya," kata Raja Ropiaah dalam sidang media di Hotel Bluewave, di Shah Alam hari ini.
The Star hari ini melaporkan Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim menggesa sekali lagi agar Shahrizat meletak jawatan sebagai ketua Wanita Umno bagi mengekalkan kredibiliti parti dan kerajaan.
Beliau dilaporkan berkata, peletakan jawatan Shahrizat - yang dikaitkan dengan isu National Feddlot Corporation - sebagai menteri setelah tempoh senatornya tamat 8 April ini, tidak mencukupi.
Ikrar taat setia esok
Mengulas lanjut kenyataan Kamilia, Raja Ropiaah berkata, Wanita Selangor kesal dengan kenyataan itu dan ia seolah-olah menunjukkan Wanita Umno tidak bekerjasama dengan Shahrizat.
"Kenyataan yang diberi oleh Datuk Kamilia itu pandangan peribadi. Kerana kami tidak sependapat dengan apa yang dia katakan.
"Semasa perjumpaan Jumaat lalu bersama perdana menteri dia tidak hadir kerana berada di luar negara," katanya.
Sehubungan itu, Raja Ropiaah berkata, kenyataan Kamilia tidak memberi kesan kepada parti, malah Wanita Umno akan berdiri teguh bersama kepimpinan Najib dan Shahrizat.
"Esok pada perhimpunan Wanita Umno bersama perdana menteri, kita akan ikrar taat setia pada perdana menteri dan Shahrizat.
"Wanita Umno Selangor juga akan bekerja keras bagi merampas Selangor," ujarnya. -mk
Ulasan GB
Masih ada yang menyokong Shahrizat sebagai Ketua Wanita UMNO di atas permintaan (arahan) Najib.
Sokonglah Shahrizat yang terpalit dengan najis lembu NFC itu sehingga pilihanraya nanti. Najib sendiri juga akan menerima bencananya apabila menyokong kebatilan.
Rakyat yang bakal menentukan, yang bersalah tetap bersalah dan pasti menerima hukumannya. Itu hukum kebenaran dan keadilan. Seperti Najib yang cuba selamatkan ahli keluarga Shahrizat daripada didakwa, namun hukum kebenaran dan keadilan tetap berjalan, akan tetap ada orang yang menyuarakan yang hak di dalam parti itu sendiri bagi mempastikan kebenaran dan keadilan itu dapat ditegakkan.
Nak ikut kebenaran ikutlah, nak ikut Najib, Shahrizat & lembu-lembunya, tiada paksaan. Kelak nanti kebenaran tetap mengalahkan kebatilan!
klik untuk baca
4 ulasan:
Rupanya ramai lembu-lembu dalam UMNO. Kali ini lembu betina pulak menyuara sokongan kepada penyamun lembu. Kasihan melihat lembu menyokong lembu. JADI, PESANAN IKHLAS AKU KEPADA MANUSIA, JANGANLAH BIARKAN HANGPA DIPERINTAH OLEH LEMBU-LEMBU INI. KALAU TIDAK, MANUSIA SEPERTI KITA NI AKAN DISEMBELIH HIDUP-HIDUP MANAKALA LEMBU-LEMBU NI AKAN TERUS BERMEWAH-MEWAHAN DAN MENGINAP PULAK DI KONDOMINIUM. ATAU KITA NAK BIARKAN LEMBU-LEMBU INI SEMATA-MATA KERANA KITA PUN DAH JADI SPESIS YANG SAMA. ENTAH .... PIKIR-PIKIRKANLAH.
MASA DEPAN ANDA BERADA DI TANGAN ANDA DAN BUKAN DI TAPAK KAKI LEMBU-LEMBU NI.
Terus menerus menyimpan Shahrizat akan menjadi salah satu faktor BN akan kalah teruk dalam pilihan raya nanti.
UMNO lembu. LEMBU umno. Macam serasi je ayat-ayat tuh. Aku tengok muka lembu dari depan macam ada iras peten logo umno jugak.
Ish... ish... ish... ish...
Kompius aku.
UMNO yang lembu ke atau LEMBU tuh yang umno...
Yang aku tau memang sejak kecik mak aku cakap jangan pakai baju merah takut nanti dikejar lembu...
Sah...
Tak mustahil umno ngan lembu ada kaitan.
Memang ada kaitan..
Kah... kah... kah...
kah... kah...
Dulu kini dan selamanya lembu
Catat Ulasan