Harga minyak dijangka naik kerana subsidi diguna untuk BR1M
KUALA LUMPUR 28 Mac: KEADILAN menjangkakan harga petrol RON95, diesel dan gas cecair (LPG) akan naik dalam masa terdekat atau setidak-tidaknya selepas pilihanraya umum ke-13.
Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, jangkaan itu berdasarkan tindakan kerajaan menarik peruntukan subsidi bahan api untuk disalurkan kepada peruntukan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
“Jawapan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan pada 13 Mac lalu dengan terang mengatakan bahawa sejumlah RM 1.92 bilion diambil daripada butiran 20, 500 B 11. Ia disahkan dan jawapan (Hansard) Perdana Menteri ada ditangan saya.
“Tekanan kepada kekurangan peruntukan subsidi ini menyebabkan kenaikan harga RON95, LPG dan diesel tidak dapat dibendung lagi dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Semalam berlaku pertikaian apabila Azan membangkit isu peruntukan bahan api yang digunakan untuk BR1M semasa penggulungan jawapan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengenai isu tambahan subsidi 10 sen kepada harga minyak.
Selepas pertikaian itu, Datuk Ahmad Hamzah (Jasin) mencadangkan kepada Speaker agar Azan dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kononnya kerana mengemukakan fakta mengelirukan Dewan Rakyat.
Azan kemudiannya tampil dengan bukti (Hansard Parlimen) yang terkandung jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 13 Mac lalu.
Azan yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN berkata, sekiranya kerajaan memberikan subsidi 10 sen bagi mengekalkan harga RON95, bermakna kerajaan memerlukan belanjawan tambahan yang diperuntukkan kepada subsidi bahan api.
Namun setelah dirujuk kepada belanjawan tambahan yang akan dikemukakan kepada Dewan Rakyat pada minggu ini, tidak ada peruntukan tambahan bagi menggantikan peruntukan subsidi yang dikurangkan.
“Kita khuatir sekiranya tidak ada gantian peruntukan ini maka ia akan menjejaskan RON95, LPG dan diesel. (Harga minyak) akan meningkat dalam masa terdekat atau memberi kesan selepas PRU. Kerajaan perlu memberi penjelasan berkenaan isu ini,” katanya.
Dalam perbahasan semalam juga, Azan berkata wujud kekeliruan mengenai jumlah sebenar subsidi yang diperuntkan pada 2011.
“Kementerian dan Ahli Parlimen kerajaan mengatakan perbelanjaan tidak melebihi RM20 bilion tetapi yang dibentangkan dalam Belanjawan 2012 jumlah keseluruhan RM33.2 bilion,” katanya.

4 ulasan:
semua tak naik kerana PRU13, lepas PRU13 kalau BN menang mampus rakyat
Bio kan la youp.
Ubahlah daripada penghidupan yag susah di bawah BN kepada bertukar arah hidup dalam pemerintahan Pakatan Rakyat. Pembangkang pun pandai juga memerintah di mana rakyat tidak dianiayai contoh terbaik seperti di Kelantan.
dah jgn nak sokong lg umnogok...Tukar jgn xtukar...insyallahswt....
Catat Ulasan