SPR: Zon mengundi sama, sempadan p'raya diperbetul
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menjelaskan bahawa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kini merupakan pengundi di Lembah Pantai, walaupun sebelum ini mengundi di kerusi parlimen bersebelahan, ekoran langkah pembetulan sempadan kawasan pilihan raya.
Menurut Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, langkah tersebut dibuat pada awal tahun 2010 selaras dengan keputusan SPR untuk menyelaraskan peta pilihan raya dengan peta rasmi negara.
Beliau berkata menteri besar Selangor telah didaftarkan sebagai pengundi di Jalan 16/2 di Seksyen 16, Petaling Jaya, yang telah tersilap dimasukkan sebagai sebahagian daripada kawasan Petaling Jaya Selatan sebelum pembetulan sempadan itu dibuat.
Apabila peta pilihan raya dan peta rasmi itu diselaraskan dengan menggunakan sistem geografi, didapati Jalan 16/2 sebenarnya berada di bawah zon mengundi Rumah Kakitangan Universiti, di bawah kawasan Lembah Pantai.
"Beliau tidak dipindahkan. Beliau masih didaftarkan di alamat yang sama, tetapi sempadan telah diperbetulkan selaras dengan Akta Pilihan Raya 1958," kata Wan Ahmad ketika dihubungi.
Kes yang sama di Hulu Selangor
Menurut Wan Omar, pembetulan sempadan itu juga menjadi sebab 228 pengundi yang mengundi di Hulu Selangor sebelumnya, mendapati mereka menjadi pengundi di kawasan Selayang sewaktu pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.
"Terdapat banyak kekeliruan dan parti-parti politik telah mengeksploitasi kekeliruan ini. Jadi kami membuat keputusan pada tahun 2011 untuk membekukan pembetulan sempadan itu," katanya.
Wan Ahmad berkata pembetulan sempadan akan dilakukan serentak dengan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dijadualkan selepas pilihan raya umum ke-13.
"Pada ketika itu, kita akan mempamerkan semua perubahan yang dibuat dan pengundi terlibat boleh membuat bantahan.
"Kita perlu membuat perubahan itu, atau jika tidak pengundi akan terus mengundi di kawasan pilihan raya yang salah," katanya
Wan Ahmad berkata, selain Selangor, beberapa negeri lain telah melakukan pembetulan sempadan sebelum ia dibekukan, termasuk Kelantan dan Perak.
Malaysiakini melaporkan awal hari ini bahawa Khalid hairan tentang perubahan kawasan mengundinya sedangkan beliau tidak memohon untuk pertukaran alamat dan alamat pada kad pengenalan beliau kekal di Pasir Tuntung di Kuala Selangor, yang merupakan bandar kelahirannya. -mk
Ulasan GB
Lepas satu, satu, penipuan yang dilakukan SPR.
Ini kerja amat tidak beretika.
Mengubah sempadan kawasan pilihan raya tanpa sebarang makluman kepada rakyat.
Ia hanya satu alasan SPR untuk menutup salahlaku dan kerja penipuan mereka.
Amat jelas SPR bertindak secara tidak telus dan berusaha melakukan apa saja cara untuk mempastikan UMNO BN mendapat faedah daripada tindakannya itu.
Dan yang terlibat di dalam perubahan ialah di negeri-negeri yang UMNO BN tewas pada pilihanraya 2008 iaitu Kelantan, Perak dan Selangor. Mengapa tidak di seluruh negara?
GB sudah kata dahulu, Suruhanjaya Diraja perlu dibentuk untuk menyiasat perbuatan salahlaku yang begitu ketara dilakukan oleh SPR. Pengerusi dan Timbalan pengerusi SPR perlu didakwa.
Rupa-rupanya Jawatan Khas Pilihanraya yang ditubuhkan ditubuhkan oleh Kerajaan dahulu hanya helah supaya SPR dapat terus berperanan menlakukan penipuan.
Anggota PR yang mengangotainya memang bangang, hanya memikirkan elaun, tetapi gagal untuk memainkan peranan mereka, apatah lagi kini seorang MB dari negeri PR tiba-tiba dipindahkan kawasan mengundinya. Satu tamparan hebat ke muka anggota-anggota EC dari Pakatan Rakyat. Hanya diperlembukan SPR.
BERSIH pula sudah lembik. Atau kita tertanya-tanya masih wujudkah lagikah BERSIH itu? Atau ia sudah mati?
Percayalah, jika pilihanraya diadakan tanpa integriti SPR dicabar dengan disiasat sepenuhnya salahlaku mereka dan daftar pemilih tidak dibersihkan, Pakatan Rakyat akan menggigit jari selepas PRU13. Jangan sampai sudah terhantuk baru nak tengadah!
Kepada YB-YB PR, jika masih lena, PRU12 itulah sekali kamu menjadi YB, selepas ini jangan mimpi!

Khalid hairan ditukar kawasan mengundi
Kawasan mengundi bagi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim nampaknya telah ditukar tanpa pengetahuannya, seperti yang terbukti menerusi carian di lamanweb Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Semakan di lamanweb tersebut mendapati Khalid (kanan) kini
merupakan pengundi di kawasan pilihan raya Lembah Pantai yang diwakili Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.
Lokaliti mengundi beliau disenaraikan sebagai Rumah Kakitangan Universiti di bawah daerah mengundi Universiti.
Bagaimanapun, difahamkan Khalid sebelum ini mengundi di kawasan Parlimen Petaling Jaya Selatan. Tidak jelas sudah berapa lama beliau menjadi pengundi di sana.
Ketika dihubungi, seorang pegawai pejabat menteri besar yang enggan namanya disiarkan, mengesahkan Khalid tidak membuat sebarang perubahan pada kawasan mengundinya atau dalam kad pengenalannya.
"Setakat yang beliau tahu, beliau masih pengundi di Petaling Jaya (Selatan) dan alamat pada kad pengenalan beliau adalah di Pasir Tuntung, Kuala Selangor - bandar kelahirannya," kata sumber yang rapat dengan menteri besar itu.
Sumber itu menambah bahawa menteri besar yang telah dimaklumkan mengenainya "memandang berat" perkara itu dan akan menyemak dengan SPR dan Jabatan Pendaftaran.
Tindakan mensabotaj MB?
Malaysiakini membuat semakan tersebut selepas Ketua Pemuda Umno Seputeh, Mohd Razlan Muhammad Rafii, menyiarkan di blognya bahawa Khalid telah menjadi "pengundi hantu" di Lembah Pantai.
Mohd Razlan juga mendakwa peralihan kawasan mengundi itu, yang hanya boleh berlaku jika menteri besar itu menukar alamat pada kad pengenalannya, adalah kerja dalam untuk mensabotaj Khalid.
Khalid tidak boleh bertanding sebagai ADUN di Selangor jika kad pengenalannya menunjukkan dia pemastautin di Kuala Lumpur.
Menurut peraturan SPR, calon yang bertanding kerusi DUN mesti menjadi penduduk negeri berkenaan.
Ini bermakna beliau tidak boleh lagi menjadi menteri besar untuk penggal kedua. -mk
Ulasan GB
Lepas satu, satu, penipuan yang dilakukan SPR.
Ini kerja amat tidak beretika.
Mengubah sempadan kawasan pilihan raya tanpa sebarang makluman kepada rakyat.
Ia hanya satu alasan SPR untuk menutup salahlaku dan kerja penipuan mereka.
Amat jelas SPR bertindak secara tidak telus dan berusaha melakukan apa saja cara untuk mempastikan UMNO BN mendapat faedah daripada tindakannya itu.
Dan yang terlibat di dalam perubahan ialah di negeri-negeri yang UMNO BN tewas pada pilihanraya 2008 iaitu Kelantan, Perak dan Selangor. Mengapa tidak di seluruh negara?
GB sudah kata dahulu, Suruhanjaya Diraja perlu dibentuk untuk menyiasat perbuatan salahlaku yang begitu ketara dilakukan oleh SPR. Pengerusi dan Timbalan pengerusi SPR perlu didakwa.
Rupa-rupanya Jawatan Khas Pilihanraya yang ditubuhkan ditubuhkan oleh Kerajaan dahulu hanya helah supaya SPR dapat terus berperanan menlakukan penipuan.
Anggota PR yang mengangotainya memang bangang, hanya memikirkan elaun, tetapi gagal untuk memainkan peranan mereka, apatah lagi kini seorang MB dari negeri PR tiba-tiba dipindahkan kawasan mengundinya. Satu tamparan hebat ke muka anggota-anggota EC dari Pakatan Rakyat. Hanya diperlembukan SPR.
BERSIH pula sudah lembik. Atau kita tertanya-tanya masih wujudkah lagikah BERSIH itu? Atau ia sudah mati?
Percayalah, jika pilihanraya diadakan tanpa integriti SPR dicabar dengan disiasat sepenuhnya salahlaku mereka dan daftar pemilih tidak dibersihkan, Pakatan Rakyat akan menggigit jari selepas PRU13. Jangan sampai sudah terhantuk baru nak tengadah!
Kepada YB-YB PR, jika masih lena, PRU12 itulah sekali kamu menjadi YB, selepas ini jangan mimpi!
7 ulasan:
Setuju dengan GB,
Kenapa para Pemimpin PR cukup lambat dalam bertindak?
Alasan yang dikemukakan bukannya alasan baru, malah itulah yg. diulang-ulangnya.
Ayuh Pemimpin-pemimpin PR bangunlah dari lena, jangan harapkan kepada Presiden nak bersuara, barulah yang lain-lain bersuara. Malah suara tidak cukup tetapi sertakan dengan tindakan sekali.
Apa yang YB-yb PR nak takut lepas ini kalah pun dah ada pencen cukuplah satu penggal lepas ini bila berjumpa dengan orang ramai orang akan sapa dengan ucapan YB juga peduli apa nak kalah ka atau pun nak menang ka rakyat yang pilih mereka lepas boleh lah tumpang minum kopi dikedai pak Dolah secawan dua sekali sekala , yang dilantik jadi wakil pun dah jadi pekak ,bisu dan buta bila dah terima sedikit ganjaran elaun mesyuarat ,itu lah nama orang politik .
SPR NI BUKAN BUAT KERJA HARAM TAPI ANAK HARAM ;)
"BERSIH pula sudah lembik. Atau kita tertanya-tanya masih wujudkah lagikah BERSIH itu? Atau ia sudah mati?"
cuba pergi tanya Ambiga apa yang BERSIH buat?
Tau tak..BERSIH terpaksa membeli Daftar Pemilih sendiri. PAs, PKR, DAP pi beli Daftar PEmilih..tak boleh ka kongsi dengan BERSIH? Sedangkan apa yang nak dibuat oleh BERSIH adalah untuk kepentingan PR. Bila BERSIH nak buat BERSIH 3.0...sapa yang halang?
Semua perancangan dah dibuat untuk BERSIH 3.0 bulan November yang lalu, tapi sapa yang membantah? Pi tanya Anwar Ibrahim.
salam msk,
BERSIH adalah satu entiti bebas.
Ia melakukan kerja secara tidak berpihak sekalipun nampak seolah-olah ia melakukan kerja untuk kepentingan PR.
Ia hanya satu kebetulan apabila kedua-dua, PR dan BERSIH (atau apa-apa NGO sekalipun) bermatlamat memperjuangkan kebenaran dan keadilan.
Sesiapapun tidak BERHAK menyekat/menghalang sebarang aktiviti NGO seperti BERSIH walaupun Anwar.
Saya kurang yakin Anwar menghalangnya kerana sebelum BERSIH 2.0 pun Anwar pernah ditegur kerana cuba menyentuh aktiviti BERSIH.
Kebenaran tetap kebenaran.
Bebas hanyalah pada luaran, tapi Pengerusi Bersih pun berucap atas pentas PR. Yang duduk dalam Bersih pun adalah orang PR.
Kalau Pr dan Bersih sama-sama memperjuangkan kebenaran, sepatutnya kepimpinan PR kenalah sama-sama membantu Bersih. Bersih bukan ada modal nak buat research tentang penyelewengan SPR. Orang pun tak ada.
Sepatutnya Pr kenalah buat kerja lebih sikit. Hari tu Khalid Ibrahim peruntukkan sejuta ringgit untuk pantau SPR. tapi..nama dia kena pindah pun dia tak sedar. Kemana duit sejuta ringgit itu?
Kadang-kadang aku rasa..Pakatan itu yang perlu di BERSIHkan dulu.
SPR = Suruhanjaya Pilihantu Raya...
Catat Ulasan