14 Feb 2012

NFCorp Langgar Syarat Pinjaman, Telah Melakukan Pecah Amanah - Nazri

NFCorp melanggar syarat pinjaman, kata Nazri

KUALA LUMPUR, 14 Feb — Datuk Seri Nazri Aziz hari ini berkata, National Feedlot Corporation (NFCorp) telah melanggar syarat perjanjian pinjaman dengan kerajaan persekutuan.

“Dalam kata lain, telah berlaku kes pecah amanah. Duit tersebut, yang seharusnya digunakan untuk tujuan penternakan lembu telah digunakan untuk tujuan lain.

“Dana berkenaan telah diserahkan berdasarkan projek yang diserahkab kepada NFCorp, yang mana mereka harus menternak lembu dan menjualnya dengan kadar yang lebih rendah,” jelas Nazri kepada pemberita di sini.

“Pinjaman itu diberikan hanya bagi tujuan itu. Sekiranya dana itu digunakan bagi tujuan lain, kita tidak perlukan peguam untuk mengetahui samada berlaku pecah amanah atau tidak, sangat mudah,” kata menteri di Jabatan Perdana Menteri yang memegang portfolio undang-undang itu.

Malah, Nazri (gambar) turut menafikan laporan akhbar yang menyatakan bahawa beliau telah mengeluarkan kenyataan yang menyuruh rakan Kabinetnya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil memulangkan sejumlah RM250 juta yang dipinjam daripada kerajaan untuk Pusat Fidlot Nasional (NFC).

“Kerajaan berkuasa untuk menarik semula pinjaman berkenaan sekiranya berlaku aktiviti pecah amanah. Saya kata NFCorp perlu kembalikan duit itu semula, saya tidak menyebut beliau (Shahrizat), tidak ada kene mengena dengannya,” katanya.

Nazri menegaskan, itu merupakan pandangan beliau selaku menteri berkaitan undang-undang, dan kerajaan masih lagi sedang menyiasat pertuduhan terhadap dakwaan berlakunya penyalahgunaan dana kerajaan persekutuan itu.

Menteri itu berkata lagi, beliau mengambil berat terhadap perkara itu dan menyatakan isu itu “tidak mati” walaupun apa pun tindakan yang diambil kerajaan, kerana rakyat ingin tahu ke mana wang itu digunakan.

“Sekiranya penyiasatan SPRM membuktikan berlakunya pelanggaran akta, mereka akan didakwa.

“Kemudian keluarkan tender dan berikan pembida tertinggi terhadap projek itu,” tambah Ahli Parlimen Padang Rengas ini lagi.

Menurutnya, perletakan jawatan Shahrizat ketika ini tidak akan memberi “kesan” dan berkemungkinan akan lebih berkesan sekiranya dibuat lebih awal.

“Kita perlu tunggu sehingga siasatan selesai ... masyarakat kurang sabar, tiada petunjuk, dan tiada arah ke mana mereka hendak tuju,” tambah Nazri.

PKR telah membuat beberapa siri pendedahan terhadap penyalahgunaan dana termasuk RM62 juta untuk tanah, hartanah, dan perbelanjaan yang tidak berkaitan dengan projek penternakan lembu berkenaan.

Shahrizat telah mengambil cuti tiga minggu daripada jawatan sebagai menteri bulan lepas dan kini telah kembali bertugas.

Rabu lalu, beliau telah dipanggil memberi keterangan di pejabat SPRM di Putrajaya.

Timbalan Perdana Mnerteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan akan melantik juru audit bagi menyemak semula laporan kewangan NFC namun enggan mewujudkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat NFC. -TMI


DAP mahu Najib arah NFC bayar pinjaman

DAP hari ini menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengulas kenyataan seorang menteri kabinetnya bahawa keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil perlu membayar balik pinjaman mudah RM250 juta yang diberikan kerajaan kepada syarikat projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) milik mereka itu.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata jawapan Perdana Menteri adalah penting kerana sebagai menteri yang bertanggungjawan ke atas hal ehwal undang-undang Datuk Seri Nazri Abdul Aziz telah mengaitkan hubungan langsung antara Shahrizat dan skandal NFC.

“Ini adalah pengakuan kali pertama oleh seorang menteri kabinet bahawa Shahrizat bukan sahaja terlibat kepada skandal lembu dan kondo tetapi juga (mengakui) bahawa kesalahan telah berlaku,” kata Lim yang juga mempersoalkan mengapa wang berkenaan harus dikembalikan jika tidak berlaku sebarang penyelewengan.

Beliau merujuk kepada laporan Sinar Harian, semalam yang memetik Mohd Nazri meminta keluarga Shahrizat membayar balik pinjaman yang diberikan kerajaan itu.

Harus letak jawatan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dilaporkan berkata dengan berbuat demikian, maka Shahrizat yang juga Ketua Wanita Umno boleh mengekalkan jawatannya sebagai Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat.

Namun, menurut Lim, pengembalian wang itu tidak memadai kerana tindakan juga harus diambil ke atas mereka yang bertanggungjawab, selain Shahrizat juga harus meletak jawatan.

“Ini bukan sahaja tidak boleh diterima tetapi merupakan penghinaan kepada standard kebiasaan kewangan, amanah dan kebertanggungjawaban. Rakyat Malaysia menuntut supaya tindakan diambil serta merta.

“Kegagalan untuk bertindak menunjukkan kegagalan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) membasmi rasuah di bawah Program Transformasi Kerajaan,” katanya.
-mk


12 ulasan:

Amuraria berkata...

KINI BARU MANGKUK EGOIST BOTAK NI NAK CAKAP PECAH AMANAH !

non berkata...

sudah panas....sudah panas..waooo taroh api sikit lagi bagi betul2 panas,..gdebooooommmm

Tanpa Nama berkata...

dalam hal ini.
gua setuju 100% dengan nazri.
walaupun selama ini
gua sangat benci keegoistnya.

Tanpa Nama berkata...

Bukan itu sahaja, tindakan perlukan jgk dikenakan walaupun duit dah dipulangkan dan beliau meletak jawatan. Tindakan hanya meletak jawatan (seandainya berlaku demikian) dan memulangkan dana tersebut, belum memadai.

Tanpa Nama berkata...

Nazri cuma nak ambil peluang bagi 'political milage' nya saja.

Tanpa Nama berkata...

Bilamana sesebuah syarikat itu ditubuhkan untuk menternak lembu, akan tetapi dana yang disalurkan digunakan untuk membeli hartanah, maka pihak pengurusan syarikat dikatakan telah melakukan 'ultra-vires'!

Tanpa Nama berkata...

I would like to advice DPP to charge this fellow under Section 408 of Penal Code (Criminal Breach of Trust)

hairan berkata...

alhamdullilah terbuka juga mata dan hati abg nazri kita nih... maklum ler bangkai dinesor mana leh sorok, satu dunia dah berbau beb!

nk tgk sprm wat keje camner lak pas nih? mana tau tetiba aje takde kes sebab lembu2 yang sepatutnya jadi saksi telah disembelih hahahaha

mcm2 sprm nih kan... buat malu orang melayu + islam aje. Buat keje standard budak sekolah rendah!!

matABU berkata...

Shahrizat Jalil kena faham,yang buat kenyataan ni bukan kutu dari Pakatan Rakyat tapi menteri ytang bertanggungjawab atas undang-undang.Takkan Shahrizat nak singsing lengan baju pada Nazri Aziz?

Tanpa Nama berkata...

Ayuh Kak Jat, singsing lengan baju.. ganyang sama itu Nazri, kasi bertelor kat dahi, baru dia tau siapa Kat Jat.

Tanpa Nama berkata...

Rakyat M'sia mestilah merebut peluang menjdi taukeh lembu. Pelbagai keistimewaan diperolehi.Kondo mewah, kereta mewah, kad kredit.Hidup dijamin senang lenang 10 keturunan.

Tanpa Nama berkata...

Kalau macam tu, Tabung Haji juga perlu pulang balik kepada Kerajaan kerana mendapat pinjaman kerajaan, tapi beli tanah buat syarikat perladangan, buat syarikat konstruksi dan buat kerja lain dari hal yang kena mengena dengan perihal Haji dan Umrah. No wonder harga nak buat Haji begitu mahal! Teruk benar kerajaan aku ni.