16 Feb 2012

[Mengejutkan] Sean Stone Peluk Islam Tatkala Barat Menekan Negara Iran

Anak pengarah filem Oscar peluk Islam di Iran

KUALA LUMPUR, 15 Feb: Penerbit filem Amerika Syarikat, Sean Stone (gambar), anak kepada pengarah terkenal Oliver Stone, yang pernah memenangi Oscar telah memeluk Islam pada Selasa lalu di Iran, di mana beliau sedang membuat satu dokumentari, lapor AFP.

“Kemasukan ke Islam bukan bermaksud membuang Kristian mahupun Judaism, kepercayaan yang saya dilahirkan dengan. Ia bermaksud saya telah menerima Mohammad dan juga nabi-nabi yang lain,” kata beliau dalam satu perbualan telefon ringkas daripada Isfahan, di mana beliau memeluk Islam di pejabat ulama terkenal Ayatullah Mohammad Nasseri Dowlatabadi.

Bapa Sean Stone ialah seorang Yahudi, manakala emaknya ialah seorang Kristian.

Pemuda 27 tahun itu tidak menyatakan mengapa beliau memilih untuk memeluk Islam.

Berdasarkan laporan media Iran, Fars news, Sean Stone telah menjadi seorang Muslim dengan nama pertamanya Ali.

Sean pernah berlakon dalam beberapa filem bapanya, dan pernah mengarah beberapa siri dokumentari.

Tahun lepas, timbul spekulasi hangat bahawa bapa Sean akan merealisasikan cita-citanya untuk membuat sebuah filem blockbuster mengisahkan Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad.

Pengarah kontroversi, yang pernah memenangi tiga Oscar turut berada di republik tersebut mencari lokasi yang sesuai untuk penggambaran.

Pada 2010, seorang ahli personaliti Barat yang popular, wartawan dan juruhebah Britain Lauren Booth, ipar kepada bekas perdana menteri Britain Tony Blair turut memeluk Islam setelah lawatannya ke Iran. -HD



Ulasan GB

Demikian Hukum Kebenaran & Keadilan berjalan.

Tatkala dunia barat sedang menekan negara Iran dengan pelbagai sekatan, tiba-tiba kita dikejutkan dengan berita anak pengarah filem terkenal Oliver Stone iaitu Sean Stone memeluk Islam di negara Iran. (Kerajaan UMNO BN Malaysia turut mengikut telunjuk Barat mengenakan sekatan terhadap iran apabila Malaysia menghentikan bekalan minyak kelapa sawit ke Iran)

Sama kes semasa tragedi 11 September tatkala Islam diberikan liputan hodoh dengan fitnah yang mengaitkan Islam dengan pengganas, tiba-tiba berduyun-duyun masyrakat Barat memeluk Islam selepasnya.

Itu semua ayat-ayat "manzurah" yang diturunkan oleh Allah s.w.t.

..sesungguhnya tiada sesuatupun yang Allah jadikan itu sia-sia....

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Syukur kerana beliau masuk Islam, sedih kerana beliau faham Islam Syiah. Semoga Allah memberinya dan kita semua hidayah yg lurus.

Tanpa Nama berkata...

Setuju. Sayang sbb fahaman syiah. Nama awal pun Ali. Sedey sbb syiah menindas golongan ahli sunnah wal jamaah. Tidak iktiraf khalifah dan sahabat Rasullullah. Semoga dia sedar dan ikut ajaran islam hakiki.

Tanpa Nama berkata...

Apa macam Kak Jat ? Tun M dah sound untuk kali kedua nie ?

Tanpa Nama berkata...

Klu jadi menantu aku sambut sangat2. Lepas tu kau dakwah le sikit2. Islam ni mudah, kita aje yg nyusah2kan.

Pasal UMNOuuu tak suka org islam Msia faham quran... sbb tu ramai yg nyusah2kan diri sendiri atas alasan agama.

Tanpa Nama berkata...

Alamak, aku anon 8.14, silap taip la.. bukan 'kau' tapi 'aku'.

Maksudnya klu dia jadi menantu aku, aku le yg dakwah dia insyaAllah. Klu aku sendiri kurang pasti aku rujuk le pakar2 .. maklum le, mat saleh ni cerdik2, tentu banyak soklan2 yg kita akan susah nak jwb, contohnya bole ke org Islam hadir di perayaan taipusam mcm PM Msia & isterinya buat baru2 ni.

Klu rujuk kat Mufti Perak, lagi akan konfius kot. Ntah2 depa lagi cerdik mcm Imam Suhaib tu...

horahora berkata...

baru2 ni pun ade berita pelakon watak Qui Gon Jing (star wars the phantom menace) convert ke Islam di turki..

Al-Islah berkata...

Mudah-mudahan beliau berfahaman Syiah Fatimiyyah...