Himpunan Hijau 3.0 protes Lynas sah diadakan
SHAH ALAM - Penganjur Himpunan Hijau 2.0, yang membantah projek nadir bumi Lynas, menegaskan pihaknya sudah memutuskan untuk mengadakan perhimpunan susulan ekoran kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang mengatakan bahawa operasi loji itu akan diteruskan.
"Akhirnya, kami menerima respons pertama daripada Perdana Menteri kita. Kami rasa bersemangat (dengan kenyataan beliau), tetapi malangnya, jawapan itu tidak seperti yang kami telah harapkan.
"Oleh itu, kami mengesahkan bahawa Himpunan Hijau 3.0 akan diteruskan," kata Pengerusi Himpunan Hujan 2.0, Wong Tack dalam satu kenyataan hari ini.
Himpunan Hijau 2.0 telah diadakan di padang MPK4, Kuantan semalam.
Dalam reaksi semalam, Najib berkata kerajaan telah menyemak semula projek kontroversi nadir bumi Lynas Corporation di Gebeng dan fakta saintifik menunjukkan projek tersebut tidak membawa kemudaratan kepada masyarakat setempat.
Perdana Menteri berkata, kebimbangan rakyat daripada segi psikologi bahawa projek tersebut akan membawa kesan buruk juga diambil kira oleh kerajaan.
Katanya, kerajaan juga mengenakan syarat yang cukup ketat untuk operator Lynas termasuk syarat di mana sisa-sisa dari kilang tersebut perlu dilupuskan di tempat yang jauh dari penempatan masyarakat.
"Dan kita tidak akan beri 'lesen operasi' melainkan kita berpuas hati bahawa masyarakat tempatan boleh menerima bahawa projek ini selamat dari segi kepentingan rakyat," katanya.
Perdana Menteri berkata pembangkang sengaja mengunakan isu sedemikian untuk menyerang kerajaan dan mendapatkan sokongan rakyat.
Semalam, penganjur memberi 24 jam kepada kerajaan pusat dan negeri akan mengambil pendirian membatalkan projek tersebut- SH

Protes hijau kuning pula dirancang selepas ini
Sehari selepas Himpunan Hijau 2.0, jawatankuasa penganjur mengumumkan bahawa satu lagi perhimpunan yang digelar 'Himpunan Hijau 3.0' akan diadakan kerana kegagalan kerajaan menutup loji pemprosesan nadir bumi Lynas Advanced Material Plant (Lamp) di Gebeng.
Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Himpunan Hijau 2.0 Wong Tack berkata Himpunan Hijau 3.0 tidak dapat dielakkan dan mereka sedang mempertimbangkan untuk bergabung dengan BERSIH 2.0 untuk mengadakan protes "hijau kuning".
Katanya, pihak mereka juga tidak puas hati dengan kenyataan oleh Datuk Seri Najib Razak yang berkata, kerajaan telah menyemak semula projek kontroversi itu dan fakta saintifik menunjukkan projek tersebut tidak membawa kemudaratan kepada masyarakat setempat.
Dengan kehadiran ribuan peserta Himpunan Hijau 2.0 di Kuantan, Wong semalam memberi Najib 24 jam bagi menutup loji pemprosesan sisa radioaktif itu.
"Kami memberi tempoh kepada kerajaan 24 jam untuk menutup loji berkenaan, jika tidak kami akan menganjurkan demonstrasi yang lebih besar.
"Tutup kilang Lynas, atau kami akan tumbangkan kerajaan, kamu buat keputusan," katanya sambil menggesa kerajaan menyelesaikan masalah berkenaan sebelum pilihan raya umum akan datang.
Mengulas bantahan hampir 15,000 rakyat itu, Najib semalam berkata, kebimbangan rakyat daripada segi psikologi bahawa projek tersebut akan membawa kesan buruk juga diambil kira oleh kerajaan.
Tetapi setelah fakta saintifik menunjukkan projek tersebut tidak membawa kemudaratan kepada masyarakat setempat, katanya, kerajaan mengeluarkan lesen operasi kepada Lynas dengan mengenakan syarat yang cukup ketat.
Antaranya, sisa-sisa dari kilang tersebut perlu dilupuskan di tempat yang jauh dari penempatan masyarakat. -mk
5 ulasan:
GB perlu fikir2kan juga,....memang projek nadir bumi tersebut merbahaya tapi ianya dibesar2kan bagai nak rak sebab kepentingan ekonomi/politik terlibat adalah puak2 UMNO, cuba GB ambil kira juga banyak kilang2, ladang2 ternakan (terutamanya babi), ladang2 sawit, quari dll yg dimiliki oleh orang bukan puak UMNO (kaum Cina/India....kalau dikumpulkan kesemua kilang2 dan ladang2 tersebut kesannya kepada alam sekitar adalah jauh lebih besar..... contoh senang, ladang babi, mak datuk pencemaran baunya beberapa km radius kesannya, belum lagi kira kuman2 yg ada d bawa bersama udara.....tapi tak pernah pun kedengaran puak DAP, GERAKAN dan MCA keluar berHIJAU
Ramai orang benci UMNO bukan kerana PAKATAN RAKYAT tapi kerana KELAKUAN buruk orang UMNO tu sendiri...selamat tinggal umno bn
As Salam.
Antara asap engine petrol & engine diesel mana lebih bahaya?
Berapa ramai orang dah bunuh diri dengan menggunakan asap petrol & pernah tak dengar orang bunuh diri dengan asap engine diesel?
Lynas mesti dihalang sebab ianya "pasti bahaya" kepada generasi mendatang...
FUKUSHIMA dah jadi Bandar Puaka !
Penduduk diminta melupakan bandar Fukushima ini !
GEBENG di Pahang, Malaysia bukannya di Australia, wang tidak boleh membeli nyawa dan kesihatan !
Himpunan Hijau ke3 ni,peserta wajar bersedia untuk bertembung dengan samseng-samseng UMNO.Kali ni kalau samseng-samseng UMNO tu kurang ajar,boleh ajar mereka cukup-cukup.Zaman Pemuda Tahan Lasak UMNO sudah berlalu.Waktu itu parti-parti pembangkang tak kuat.Sekarang keadaan susah berubah,malah 4 buah negeri sudah diperentah oleh Pakatran Rakyat.Ini UMNO tak sadar.
Catat Ulasan