23 Feb 2012

Gadis Diculik Setelah Tersalah Naik Komuter

Padah salah naik komuter

SHAH ALAM - Akibat tersalah naik komuter, seorang remaja berusia 16 tahun bukan sahaja dilarikan lebih sejam, malah turut diikat dan dikurung dalam sebuah rumah terbiar, kira-kira 50 meter dari Stesen Komuter Pelabuhan Klang, 10 Februari lalu.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Aisha (bukan nama sebenar) berkata, sebelum kejadian, dia serta rakannya Aida (bukan nama sebenar), 15, baru pulang dari sekolah dan merancang ke Jeram, Kuala Selangor untuk bertemu rakan sekolah lama mereka.

Setelah bertemu dengan rakan lama, dia dan Aida kemudiannya ke Stesen Komuter Klang untuk pulang ke Shah Alam, namun tersalah naik komuter yang menuju ke Pelabuhan Klang.

Aisha berkata, mereka hanya menyedari tersalah menaiki komuter setelah tiba di stesen Pelabuhan Klang. Menurut Aisha, mereka berpakat menunaikan solat Mahgrib di surau stesen tersebut terlebih dahulu sebelum berpatah balik ke Shah Alam.

“Kami berpecah. Saya ke tandas manakala Aida terus ke surau. Apabila keluar dari tandas, tiba-tiba mulut saya ditekup, sebelum ditarik ke belakang tandas oleh seorang lelaki berpakaian hitam, serta memakai topeng ski.

“Saya sangat terkejut tapi tak sempat buat apa-apa. Saya cuba untuk lepaskan diri tetapi lelaki itu sangat kuat dan tak mampu untuk melawan,” katanya.

Katanya, keadaan terlalu gelap dan dia diheret melalui jalan kecil yang sunyi menuju ke sebuah perumahan flat berdekatan.

“Lelaki itu mengurung saya dalam sebuah bilik kosong serta ikat kedua-dua tangan dan kaki sebelum menyeluk poket baju sekolah dan merampas telefon bimbit,” kata anak tunggal perempuan dari empat beradik itu.

Aisha berkata, lelaki terbabit seperti menaip sesuatu melalui telefon bimbitnya, sebelum mencampakkan telefon serta pisau atas almari lama di bilik berkenaan.

“Saya cuba untuk lepaskan diri dan berjaya buka ikatan tali di tangan serta kaki. Saya sangat panik dan bertindak mengambil telefon bimbit serta padamkan semua nombor yang disimpan, sebelum terdengar bunyi tapak kasut. Saya terus berlari sekuat hati, keluar dari situ dan menuju ke stesen komuter,” katanya.

Menurutnya, apabila sampai di stesen itu, dia nampak Aida mundar-mandir dalam keadaan bingung, lalu terus menarik tangan rakannya itu dan masuk ke komuter yang kebetulan baru tiba di stesen tersebut.

“Saya menangis sambil menceritakan apa yang berlaku kepada Aida. Pada masa sama, ketika komuter sudah bergerak untuk ke Shah Alam, saya seperti ternampak kelibat penculik itu berdiri di sebelah tandas stesen seolah-olah sedang mencari-cari saya.

“Tidak lama kemudian, ibu menghubungi telefon bimbit Aida untuk bertanyakan sama ada sudah menemui saya atau belum. Saya sangat lega sebab masih dapat bercakap dengan ibu kerana langsung tidak terfikir akan selamat,” katanya yang mengakui masih teringat-ingat serta bermimpi buruk ekoran kejadian tersebut. -SH

12 ulasan:

Abu berkata...

Malaysia sudah tidak selamat. Mana dia menteri wanita, remaja dan kanak-kanak ?

Tanpa Nama berkata...

Hukum hudud dialu-alukan selagi hukum nih tidak wujudkan, jenayah mcm nih akan berterusan menghantui kita. Jom undi Pakata pd PRU13 nih.

Tanpa Nama berkata...

nightmare

Tanpa Nama berkata...

Tak kena anak 2 mrka lagi

Tanpa Nama berkata...

dia sepatutnya mencolek anak-anak menteri atau pemimpin baru gempak....itulah pentingnya hukum hudud dilaksanakan tak kiralah muslim atau bukan muslim kerana hukuman itu terlalu indah untuk dilaksanakan....

acop berkata...

hampir semua kita ada anak2 xsuka keadaan sebegini semakin menjadi2..sistem oleh kerajaan yg ada sekarang x boleh diharapkan langsung utk menjaga keselamatan anak2 kita di Malaysia.
umno/bn tu lebih sibuk menjaga hartabenda yg senang2 mereka dapatkan nya yg meramps dr rakyat.

cucu atuk berkata...

aku cuba nk percaya tp cerita dia terlalu mcm sebuah karangan bertajuk"Selepas aku keluar dari tandas tiba-tiba.....sila sambungkan ayat seterusnya",aku kata mcm tu sbb dia kata lelaki tu pki topeng ski korang pernah nmpk x kt tmpt awam ada org pki topeng,pas tu dia diheret dan dibawa ke flat perumahan kwsn tu,takkan kt kwsn flat perumahan tak ada org lalu lalang ke,org pergi surau ke,masjid ke,org nk buang sampah ke,lps tu bila panik boleh plk deletekan nmbr dlm telefon,sepatutnya dh ada telefon tu call la polis ke apa ke.mintak maap la klu aku silap tp aku tetap susah nk terima cerita ni

Tanpa Nama berkata...

ntah knapa hati kecik aku lebih setuju pada cucu atuk.

dlm pada tu aku tak lupa berdoa mohon Allah berkati & rahmati negara Msia & penduduknya, dll di mana pemimpinnya kembali pada Islam.


Pemimpin adil rakyat sejahtera.

Tanpa Nama berkata...

Maaf... aku macam setuju dengan Cucu Atok !

Tanpa Nama berkata...

dan aku tertanya2.. takkan lelaki yang culik dia tu "GAY"

Tanpa Nama berkata...

PADA CUCU ATUK,AKU NK TMBH LG SIKIT.
SLPS DPT MELARIKAN DIRI,DIA TERUS PERGI KE STESEN KOMUTER TU DAN NMPK KAWANNYA SEDANG TERPINGA-PINGA,LANTAS TERUS NAIK KOMUTER YG BR SMPI.PEHHH KEBETULAN GILER,MCM CERITA HINDUSTAN LA.
BEBUDAK SKRG BIASALA BILA DH BUAT KESALAHAN,MCM2 CERITA BLH KELUAR,DH LA KESALAHAN BLK RMH LMBT,YG DIA PEGI RMH KWN DIA LPS SKLH TU ADA MNTK IZIN MAK BAPAK KE?YG MAK BAPAK PLK DH ANAK BLK RMH LMBT SMPI LPS MAGHRIB BR NK TLPON? BG AKU MAK BAPAKNYA DENGAN ANAKNYA SAMA-SAMA ADA SALAH.

Tanpa Nama berkata...

hmm stju dgn Cucu Atuk gak..bole caya ke cte minah ni?