26 Jan 2012

Roadshow Hassan Ali Akan Dedah Pekungnya Sendiri

Banyak bercakap risiko dedah kelemahan

SHAH ALAM – Pakatan Rakyat (PR) Selangor tidak akan tergugat siri jelajah anjuran bekas Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang dikatakan akan mendedahkan segala kelemahan dan kepincangan pentadbiran Kerajaan Negeri itu.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman berkata, Hasan boleh mendedahkan apa sahaja isu dalam siri jelajahnya, tetapi Pas Selangor juga sudah bersedia memberikan serangan balas setiap apa yang akan didedahkan beliau.

“Pas Selangor tidak bimbang kerana setiap kali beliau buat roadshow, rakyat akan lagi kenal siapa beliau. Makin banyak bercakap, makin banyak perkara negatif akan keluar.

“Jadi, rakyat boleh menilai sendiri siapa beliau. Malah bila bertemu rakyat di warung-warung, rakyat memberikan imej negatif tentang beliau termasuk ahli Umno sendiri. Banyak yang pertikai apa dikata beliau selama ini,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok berkata, tindakan Hasan itu juga seolah-olah akan mendedahkan kelemahan diri sendiri.

Teresa berkata, dalam Kerajaan Negeri, Hasan adalah seorang pemimpin ‘senior’ berbanding Exco Kerajaan Negeri lain di mana panda­ngan Hasan selalunya akan didengar, dihormati dan diikuti.

“Beliau seorang anggota yang penting dalam kerajaan ketika itu, jadi apa yang mahu beliau dedahkan? Saya sendiri tidak tahu apa lagi yang mahu dikritik oleh beliau tentang Kerajaan Negeri.

“Jadi, apa-apa kritikan yang dilemparkan oleh beliau, mungkin akan terkena kepada beliau sendiri kerana beliau juga yang membuat keputusan bersama,” katanya. -SH

Azmin: Pakatan sedia gempur serangan Hasan Ali

PETALING JAYA - Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) bersiap sedia menghadapi serangan balas bekas Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Ali dalam mempertahankan kedudukan yang lebih selesa di Selangor.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, Kerajaan Negeri yakin dengan segala bukti dan fakta yang dikumpulkan mampu menangkis serangan yang dilakukan Hasan dalam siri jelajahnya.

Katanya, persiapan itu bagi memastikan PR tidak terlibat dengan tuduhan yang tidak berasas mahupun fitnah.

“Kami bersedia untuk menjawab malah telah me­ngumpulkan fakta-fakta kerana tidak mahu terlibat dengan tuduhan tidak berasas dan fitnah. Kami telah melihat di mana kekuatannya, kami telah melihat siapa penganjur dan kami sudah tahu siapa di belakang Hasan.


“Kita serah kepada rakyat dan yakin rakyat cukup matang untuk menilai kenyataan itu sama ada berasas atau tidak atau sekadar emosi kerana dipecat oleh parti,” katanya kepada Sinar Harian dalam wawancara eksklusif di pejabatnya, semalam.

Menurut Azmin, kenyataan yang dilontarkan Hasan yang lantang mengkritik parti sebelum ini amat mengecewakan, kerana kenyataan itu tidak berlandaskan semangat PR.

“Hasan perlu berterus terang kepada rakyat apakah tindakannya itu atas kehendak atau keinsafan dirinya sendiri atau beliau sanggup diperlembukan oleh anasir luar.

“Beliau yang perlu berterus terang. Saya tidak mahu membuat spekulasi,” katanya mengulas apakah tindakan Hasan yang lantang mengkritik parti dipengaruhi oleh anasir luar mahupun sikapnya sendiri.

Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata, tindak tanduk dan kenyataan Hasan jelas telah melanggar dasar bersama Pakatan.

Justeru itu, beliau telah melontarkan cadangan kepada Pas.

“Saya minta Pas ambil tindakan yang sewajarnya. Apa bentuk tindakan, saya serahkan kepada kebijaksanaan kepimpinan Pas. Saya yakin apa yang dilakukan kepimpinan Pas telah mengambil kira maklum balas anggota parti dan Kerajaan Negeri.

“Saya tidak menentukan jenis hukuman yang sepatut­nya, kerana sebagai Exco Selangor, beliau sepatutnya bertanggungjawab mempertahankan dasar negeri yang telah dimuafakati secara bersama oleh PR.

“Jangan dicari salah orang lain, sama ada saya atau Ketua Umum PR Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tiada kaitan, ini keputusan yang dibuat oleh Pas,” katanya.

Mengulas berhubung parasit parti yang didakwa Hasan berlaku dalam kepimpinan Pas, Azmin berkata, beliau (Hasan) adalah parasit dan musuh dalam selimut.

Beliau turut bersetuju de­ngan artikel tokoh aktivitis Pas, Subky Latif yang menggambarkan Hasan sebagai buah buruk yang menunggu gugur, dijolok jatuh, tidak dijolok pun tetap akan jatuh.

“Bagi saya keputusan kepimpinan Pas memecat Hasan adalah atas pertimbangan. Hasan adalah parasit dalaman parti dan musuh dalam selimut.

“Saya cukup menghormati pucuk kepimpinan Pas, berani bertegas dan berani memberi isyarat keras supaya jangan menjadi musuh dalam selimut dalam Pakatan kerana muafakat yang cukup jelas atas dasar bersama,” katanya.


11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nak kemana ha sebenarnya.rasa 2 nya gila talak.itu la lah semasa ada kuasa lupa diri.padan muka

Tanpa Nama berkata...

semasa mengulas pemencatannya, Hassan Ali telah membuka bicaranya dengan Alhamdulillah saya telah dipecat. Ini bermakna dia amat bersyukur telah dipecat. pemencatan itu atas kehendaknya sendiri, takut dia keluar parti sendiri maka tercerailah bini dia dengan tolak 3. dan dia pasti tidak ada org nak jadi cina buta termasuklah cina yg betul2 buta.

kongmalat berkata...

Salam.....pak hasan ali ni seorg yg tak tau mengenang budi dan tk sedar diri,apa yg dia buat dn cuba mendedahkn akan membusukkn memburukkn dirinye sendiri yg sudah memang busuk mcm anjing tua. Sepatutnye kalau dh buat silap minta maaf ajela ini lagi nk membusukkn batang tubuhnye sendiri.. Inilh penyakit bekas2 ahli umnoporn yg masuk parti kite...ia itu pas....takbir...
Jgn dilayan tua kutuk tk sedar diri ni...sy pengundi gombak setia sy setia dgn parti kita pas...allahuakbar!! Salam!!

Tanpa Nama berkata...

Eloklah...biar dia rasa mcm Anwar plak...tak tidur mlm buat ceramah. Hassan ceramah hanya lembu2 ternakan UMNO jer yg akan dengar...

goldfinger berkata...

jangan silap faham..sebenarnye dia buat road show untuk tunjuk cara2 dapatkan PHD dengan mudah..

Tanpa Nama berkata...

bodoh laa dia niee...tak kenang budi

Tanpa Nama berkata...

Sudah-sudahlah DHA. Orang dah meluat tingguk muka awak, ada yang kata macam muka alat kelamin lembu betina aje.

Tanpa Nama berkata...

Mcm suami isteri le klu dah bercerai, akan dicerita la keburukan pasangannya seolah2 tak de lansung kebaikan. Padahal anak2 berderet2.

Last2 org bijak akan tau menilai sapa ok & sapa yg tak ok. Biasanya yg menjaja2 citer2 lebih2 tu yg org akan kata ko wlu ade sikit2 benar. Yg lembu aje yg kata ok.

Manusia kan tak perfect, ko terima aje le jodoh ko dgn PAS dah tak de sbb tak de kesefahaman. Kan cerai tu dihalalkan klu tak boleh elak. Btol tak?

Tanpa Nama berkata...

Eloklah...biar dia rasa mcm Anwar plak...tak tidur mlm buat ceramah
12.00AM.... bunyi macam orang-orang umprono je..

DSAI tak ade kene mengene dengan DHA wahai 12.00AM

Tanpa Nama berkata...

sila muhasabah diri DR oi! apa yg terJD ada hikmah di sebalik nya? jgn cari salah org lain atas kesilapan sendiri...dah xde cara lain ke? utk jwb segala tohmahan selain cari kekurangan orglain? jwb lah dgn jawapan yg murni dan suci xnpa menyakitkan hati orglain.....anda lebih tahu di mana silapnya diri anda bukan kami yg perlu jwb???

abu berkata...

apa juga yang berlaku keatas dia... itu adalah hasil dari tangan dia sendiri...