Keadilan: Rakyat tidak akan percaya video fitnah terbaru
KUALA LUMPUR 27 Jan: KEADILAN menegaskan rakyat tetap tidak akan percaya terhadap video fitnah terbaru yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty.
Beliau mengulas dakwaan salah seorang ‘Trio Datuk T’, Datuk Shuib Lazim yang mendakwa terdapat satu lagi video yang dikaitkan dengan ketua pembangkang itu.
Menurut Muhammad Nur, video fitnah tersebut tidak berkesan untuk menjatuhkan kredibiliti Anwar, malah terdapat kajian menunjukkan majoriti rakyat di negara ini tidak mempercayainya.
“Masyarakat tidak percaya dengan video ini. Janganlah buat kerja tidak berfaedah di sisi Islam. Islam mahukan umatnya mengamalkan kehidupan aman dan bukannya kerja jahat sebegini,” katanya kepada Keadilandaily.
Sehubungan itu, beliau menyeru agar ketiga individu berkenaan segera bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.
“Saya nasihatkan Datuk T hentikanlah amalan keji. Mengaibkan orang lain adalah sesuatu perbuatan yang keji dan berdosa besar. Sepatutnya mereka insaf dan bertaubat,” ujarnya.
Utusan Malaysia hari ini melaporkan Shuib, yang juga bekas bendahari PERKASA, mendakwa video terbaru itu dirakam pada 12 dan 13 Januari tahun lalu di Thailand.
Shuib turut mencabar Anwar membuktikan dakwaan mereka salah atau berdepan dengan pendedahan video berkenaan.
Pada 24 Jun lalu, Shuib dan dua lagi Trio Datuk T, iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Ahli Perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.
Mereka didakwa selepas menayangkan sebuah video seks fitnah terhadap Anwar di sebuah hotel kepada sekumpulan wartawan pada Mac tahun yang sama.
Bagaimanapun Anwar dan pimpinan KEADILAN menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berkenaan sebagai satu lagi usaha untuk menjatuhkan dan mengaibkan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.
Pada Oktober tahun lalu, Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) mendapati majoriti responden tidak percaya dengan video seks yang dikaitkan dengan Anwar. -KD
Ulasan GB
Sebelum ini GB sudah ulas. Petikan:

Penipuan Dato T, Anwar Berada Di Indonesia Bukan Bangkok
PAGI tadi penulis menulis mengenai dakwaan terbaru oleh Dato T ini kononnya ada kewujudan video seks terbaru yang mengaitkan dengan Dato Seri Anwar Ibrahim.
Baru sahaja sebentar tadi, penulis mendapat maklumat dari sumber yang menyatakan Anwar tidak berada di Bangkok pada 12 & 13 Januari 2011 seperti yang didakwa oleh Trio Dato T.
Sebaliknya, Anwar pada tarikh yang didakwa berada di Indonesia.
Kenyataan ini seterusnya menafikan kewujudan video yang dikatakam mirip Anwar itu. Dan jika Anwar tidak berada di Thailand seperti yang didakwa, imej siapa pula yang berada dalam rakaman tersebut?
Mungkinkah, trio Datuk T akan mengubah versi cerita mereka dengan mengatakan video tersebut dirakam di Indonesia pula?
Jika itu berlaku, maka sejarah memalukan yang pernah berlaku dalam kes perbicaraan liwat 1 akan berulang semula kali ini. Dalam kes tersebut, Anwar dikatakan meliwat Azizan Abu Bakar di Trivolli Villa pada 1993 bilamana bangunan itu tidak wujud pun pada waktu dan tarikh yang didakwa!!!
Nampaknya, cubaan kali kedua trio tajaan UMNO ini untuk memalukan Anwar buat kesekian kalinya, tidak menjadi kenyataan waima sebelum video tersebut tersebar pun.
Tapi dalam masa yang sama, penulis harap Datuk Seri Anwar dapat meneruskan semula tindakan saman ke atas orang orang ini agar cubaan seumpamanya dapat dihapuskan terus dimasa hadapan. -suarapakatanrakyat
Ulasan GB
Sebelum ini GB sudah ulas. Petikan:
Utusan & Berita Harian - tak serik-serik dimalukan. Kes saman di mahkamah menampakkan mereka sering tewas.
Blogger-blogger UMNO akan menerima balasan lebih dasyat sedasyat fitnah yang ditaburkan terutama apabila mengada-adakan hal yang tiada seperti video seks dan sebagainya.
أَلَيْسَ اللَّهُ بِأَحْكَمِ الْحَاكِمِينَ
Bukankah Allah Hakim yang seadil-adilnya?
18 ulasan:
-jangan cepat dedah fakta balas... biar dulu tengok rentak sumbang diaorang dulu lepas tu baru balun cukup2...
-tengok macam jam omega dulu,,mula2 bukan main lagi desak jam kat mana..last2 polis kata tak ada kaitan dengan jam tu..kehkeh..
Apasal beruk betiga ni je yg sebok pasal video lucah eh..
setuju sangat macam cadangan anon 12:47 am ! biar depa dedah apa saja last baru buka macam poker la tapi ni kes serious & fitnah kerja dajjal pengrosak !
biarkan trio dedahkan.. sebenarnya yang sorang tu memang mirip pun macam DSAI... jangan-jangan dia pelakonnya.. kuang kuang kuang.... tolonglah hentikan sebelum rakyat bersumpah korang bertiga menjadi lembu...
Stuju!! Biar dorg kuarkn dulu.. Pastu baru kita fight dgn bukti kita plak... Dorg mcm nk test tgk rentak kita je..
baboon 3ekor ini nak mengepau bapak babooon nak fulus rm..rm..rmm sbb bapak babon makiin ari makin sewel
Bila dedah macam tu, nanti video jadi drama Thailand yang dilakonkan di Indonesia.
Kubur dah panggil mari pun tak serik2 lagi...bilalah nak bertaubat agaknya tiga abdul ni..
Sebenarnya Mamat 3 orang nilah yang tambah calar UMNO/BN. Bertaubatlah selagi ada peluang. Jangan sampai bila nyawa dah di halkum baru nak insaf macam fira'un sewaktu menghambat Nabi Allah Musa yang telah menyeberangi Laut Merah bersama kaumnya dulu. Mudah-mudahan mereka ni percaya dengan dedahan Al-Quran itu.
Ada lagi cerita daripada beruk 3 ekor ni. Tak habis-habis nak menyusahkan orang. Inilah jadinya jika hati sudah buruk pemberian tuhan. Kalau tak malu kepada Anwar, malulah sikit kepada lembu.
Kalau nak projek dan jawatan, carilah dengan cara lain.
Minta ulama UMNO nasihatkan 3 ekor ni.
Mengapa orang Malaysia suka sangat membuang masa memfitnah dan mengambil tempat untuk berbincang tentang perkara remeh temeh berkenaan sek semenjak Kes Liwat 1 pada 1998 hingga sekarang. Yang pelik nya Anwar sebagai ahli "lakunan pertama". Jikalau minat tengok saja web sek. Negara kita mengkehendakan kreativi bagaimana kita menjanakan lebih disektor ekonomi dan sebagai nya. Malang nya dari 1998 sektor yang penting saperti Ekonomi dilihat telah kebelakangan dibandingkan dengan negara2 di Asia. Sebelum 98 Malaysia adalah Asia Tiger dan sekarang di Asia kita telah jauh kebelakang dan league kita sama dengan Myanmar, Bangladesh, Cambodia. Sungguh Mengerunkan.
Jikalau kita tengok Ceylon, pada tahun 1963, Singapura menjadikan negara itu sebagai role model untuk mentadbir Singapura selepas Merdeka dari Malaya. Apa dah jadi ? Sri Lanka mundur sampai sekarang disebabkan civil war dan Singapura negara developed, moden dan di contohi didalam beberapa bidang, ekonomi, banking, oil & gas, logistics dan city development.
Malaysia masih ditakok lama tidak banyak berubah, bergaduh sesama sendiri, dan setiap hari dipaprkan cerita Anwar tentang sex di akhbar, TV dan blog2. Semua ni adalah terlalu negatif. Mangkok bertiga tu ada credibility kah? semua nya ada black dots.
Sungguh menjijikan dan memalukan.
Biarkan dulu.tunggu .p/raya yg ke13 ni klu pr mng nanti. ajar mrka cukup.
Yg penting PRU13....takde jln lain kecuali PKR menang. Bila Putrajaya sdh ditakluk kita kutip sekor-sekor setan-setan ni n sumbat dlm botol.
Teman harap, DSN bagi amaran la kepada berok 3 eko ni. Tak payah le buat kacau dengan serangan peribadi yang bacol ni, buang masa dan makin menghakis kepercayaan rakyat kepada umnobn je. DSN bertungkus lumus nak memulihkan keadaan, beri bantuan merata, cite pasah pembangunan untuk rakyat.... tetapi berok 3 eko ni asyik dengan fitnah yang menentang arus... ape ni.
( Tanya Kadir Sheikh, apa komen dia pasal berok 3 eko ni )
Dh najib bengong yg suruh buat..xkn lh dia nk bagi amaran.nama pn ketua berok.mestilh ank2 berok ikut apa yg bapak berok suruh.
hmmm... tak sudah2! dah ler tuduh gay, pas tuh main dgn pelacur dan pas nih tah2 tuduh anwar main dgn lembu lak kot??... yaler dgn jantan dah, dgn fomfuan dah... yg lom main dgn binatang aje
terbaekkkkkkkkkk punya mangkuk
Dah bersumpah...tuhan tangguh hukuman. Apakah mereka mahukan ISTIDRAJ ?
Jangan bazirkan waktu untuk layan orang-orang dan bangsa yang dah terkenal dgn kelakuan begini, Memang sifat semulajadi mereka untuk kerja-kerja memfitnah orang lain saja seumur hidup mereka..!
Catat Ulasan