Tiga kali Muktamar PAS memutuskan dan mengulangi ketegasannya bahawa tidak akan wujud gabungan atau persefahaman atau dalam istilah apapun antara PAS dan Umno.
Bahkan Keputusan Muktamar itu disusuli kenyataan demi kenyataan dari pemimpin PAS bahawa parti itu akan terus setia dengan Pakatan Rakyat, gabungan yang telah mencapai kemenangan besar dalam PRU Ke-12 2008 yang lalu.
Oleh itu segala kenyataan dari pemimpin Umno dan mereka yang sehaluan dengannya mengenai perlunya persefahaman atau gabungan PAS-Umno kononnya demin untuk perpadian ummah, hanyalah ‘cakap-cakap tepi jalan’ yang tidak mempunyai makna dan andaran apa-apa.
Cakap-cakap manis dibibir pemimpin Umno ini hanya untuk menimbulkan suatu tanggapan palsu bahawa kononnya Umno memang mahukan pepaduan Melayu/Islam demi untuk kepentingan politik umat Islam.
Apabila jelas PAS menolaknya berulang kali, lalu mereka membuat andaian dan tuduhan jahat bahawa PAS takut dengan kemarahan DAP, atau tunduk kepada pengaruh DAP yang tidak mahu Umno bergabung dengan PAS.
Dakwaan karut ini terus diulangi oleh pemimpin Umno di mana saja ada kesempatan, terutama menjelang PRU Ke-13 ini. Iaitu dengan maksud untuk menanamkan kebencian orang Melayu terhadap PAS dan seterusnya DAP bahawa PAS lebih bersedia menerima DAP dari Umno.
Mereka menjaja premis ini terumata di luar bandar, kerana mereka yakin dakwaan ini mudah diterima oleh orang Melayu kerana untuk puluhan tahun digambarkan oleh Umno/BN ini bahawa DAP adalah parti perkauman Cina dan berbahaya kepada orang Melayu jika Pakatan Rakyat berkuasa.
Secara tidak benar mereka menggambarkan bahawa DAP adalah dominan dalam Pakatan Rakyat sementara PAS hanya mengikut kehendak PAS. Analogi palsu ini bertahun dijaja oleh Umno/BN dan ditiupkan kembali dengan hangatnya menjelang PRU Ke-13. Ini semata-mata untuk mengekalkan kuasa Umn/BN yang bergelomang dengan rasuah, penyelewengan dan pelbagai lagi.
Oleh itu penegasan berulang kali oleh pemimpin PAS bahawa parti itu tidak akan bergabung dengan Umno adalah penegasan yang sepatutnya diterima oleh orang Melayu yang sesetengahnya mungkin terpengaruh dengan propaganda Umno ini.
Oleh itu adalah wajar saya perturunkan kembali sebahagian Surat Terbuka Kepada Orang Melayu dari Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang:
“Islam didahulukan, Melayu bersamanya. Bukan Melayu didahulukan, Islam mengikutnya, kerana Islam ditegakkan Melayu selamat. Kalau Melayu ditegakkan di atas aqidah kebangsaannya, Melayu sesat, Islam terpinggir. Inilah kecuaian Umno adalah pelakon yang sama memimpin negara yang dikatakan merdeka, dengan semangat hidup Melayu, Islam selamat. Nyata bahawa Melayu tidak selamat dengan cara Umno.
Islam cara Umno tidak mampu memperkasakan Melayu, kerana Melayu didahulukan, Islam tidak memandunya kerana tidak djadikan panduan. Maka bangsa Melayu tidak mampu bersaing dengan kaum lain dalam masyarakat majmuk.
Kita wajib menerima hakikat masyarakat majmuk yang diatur oleh penjajah di tanah air kita. Setelah mereka menjajah bangsa Melayu lebih dulu yang bercampur dengan kaum pribumi berada di tanah air ini. Penjajah membawa kaum lain yang dijajah juga, untuk sama-sama diperhambakan untuk kepentingan penjajah Barat.
Bangsa Melayu dan penduduk asal yang lain terus dipinggir di kawasan luar bandar dengan keadaan terbiar dalam kemiskinan. Kaum Cina pula menjadi buruh di lombong-lombong dan sebahagiannya di bandar dan kaum India menjadi buruh di ladang-ladang. Semua kaum diperkudakan untuk kepentingan penjajah dan seterusnya diatur untuk dilagakan di antara satu sama lain, untuk terus diperintah atau menjaga kepentingan penjajah selepas merdeka.
Mengikut Islam bahawa masyarakat majmuk adalah satu adunan yang baik sekiranya dimanfaatkan dengan bijak, sekiranya wujud kedudukan yang seimbang dan saksama diantara satu sama lain. Kaum lain telah menerima hakikat bangsa Melayu yang beragama Islam adalah teras kepada negara dengan hak yang adil secara sama dengan kaum yang lain, kerana jumlah mereka lebih besar.
Tiba-tiba kedudukan orang Melayu yang beragama Islam ketinggalan jauh di belakang dari segi pendidikan, ekonomi, politik dan lain-lain. Ini menyebabkan rasa tidak puas hati terhadap kaum lain, dengan terpinggir secara nyata di Singapura, Pulau Pinang dan negeri-negeri lain di pantai Barat dan Malaysia Timur. Semua negeri-negeri ini pada awalnya dipimpin oleh Umno yang bertemakan hidup Melayu mafhumnya tegaklah Islam.
Umno sebenarnya yang bermasalah.
Malangnya Umno menyalahkan pihak lain, khususnya PAS yang tidak bersama Umno sejak menentang penjajah dan cara mencapai kemerdekaan dan mengurus negara. Umno meletakkan Islam di samping atau di belakang tanpa kuasa secara warisan penjajah yang merancang untuk melemahkan umat Islam mengikut kajian para orentalis.
Akhirnya orang Melayu bukan saja terus dalam keadaan lemah, tidak mampu bersaing dengan kaum lain. Bukan sahaja ketinggalan dalam ekonomi di bumi sendiri, walaupun diberi tongkat hak istimewa Melayu dan Bumiputera, bahkan ketinggalan dalam pendidikan dan kesedaran berpolitik.
Pemimpin yang tidak boleh menjadi model Islam kepada bukan Islam dan tidak mampu memimpin kumpulannya dan bangsanya sendiri, apatah lagi negara, tetapi lebih berlagak mampu dengan mempertahan kuasa dengan apa sahaja, kerana dibejati penyakit zalim dan fasad.
Zalim mengikut takrif Islam ialah meletakkan sesuatu tidak kena pada tempatnya dalam segala bidang, seperti kehakiman, pentadbiran, ekonomi dan lain-lain aspek. Fasad pula ialah kemungkaran dalam segala aspek saperti rasuah dan segala maksiat terhadap Allah, diri sendiri dan masyarakat.
Demikianlah pandangan Dato Seri Presiden yang sangat wajar menjadi renungan mengapa PAS menolak gabungan dengan PAS dan inilah juga sebahagian hujah yang dikemukakan oleh pemimpin dan perwakilan dalam tiga Muktamar Tahunan PAS di Ipoh, Shah Alam dan Kota Bharu.
Oleh itu suara-suara yang kedengaran kembali mengenai perpaduan Umno-PAS, terutama menjelang PRU ke-13 akan datang, adalah suara yang tidak memahami hakikat sebenar jalur perjuangan PAS, atau mereka yang keliru, atau untuk kepentingan politik golongan sekular/perkauman. Pandangan ini sudah tentu bertentangan dengan Islam. - Abd Shukur Harun (HD)

8 ulasan:
Dato' Hasan Ali sudah jadi pecacai kepada umno dan duri dalam daging bagi pas yg menimbulkan masaalah dan perpecahan dikalangan penyokong dan ahli pas inilah yg united malays national organisation kehendaki dan mereka telah berjaya memperalatkan Dato' Hasan Ali sebagai pecacai.
Hakikatnya PAS tidak memerlukan 3 Muktamar untuk menolak "pelawaan" UMNO untuk bergabung sekiranya Presiden PAS tegas selepas Muktamar di Ipoh.Pendirian Presiden yang "flip-flop" atas "nasihat" Timbalannya(bekas) Nasaruddin Mat Isa dan S/U Agong,Stopa Ali,menjadikan isu UG itu berlarutan hingga ke3 Muktamar.Sekarang baru terbongkar apa yang sebenarnya berlaku dan telah banyak masa dan tenaga terbuang untuk mengatasi isu UG ni.Namun,saki-baki UG masih ada, belum dikikis sepenuhnya walau pun dengan ketidaan Hassan Ali.
PENDAPAT SAYA SAHAJA.NAK TOLAK SILAKAN.TAPI.FIKIRKAN
memang kita mahu mendahulukan Islam dalam perjuangan..tetapi HAKIKATNYA,bagaimanakah Islam hendak tertegak andainya tiada persepakatan dan perpaduan yang kukuh secara jama'ie dalam negara tersebut?saya khususkan bangsa majoriti,bangsa melayu memandangkan bangsa melayu merupakan majoriti di malaysia.Bangsa lain yang seaqidah,dipersilakan utksama berjuang..bukan untuk megahkan bangsa tetapi hakikatnya seandainya perpaduan yang jitu dibuat atas dasar AQIDAH bukan POLITIK semata maka pasti Islam akan tertegak.saya bukan cakap kosong.saya mengkaji sejarah dahulu bahawa perpaduan yg ditegakkan menjadi asas pengukuhan Islam dalam sesebuah negara.
1.zaman rasulullah selepas hijrah nabi s.a.w ke madinah.
bagaimana rasulullah hendak menegakkan Islam di madinah pada awalnya?pasti dengan caa rasulullah menyatukan kaum arab yg BERTELAGAH.serta menyatukan muhajirin dan ansar.
LIHAT,dengan perpaduan KAUM atas dasar AQIDAH inilah menjadi tunjang kekuatan Islam pada zaman rasulullah.
2.pertubuhan ikhwanul muslimin oleh as-syahid hassan al-banna
setelah kejatuhan khilafah islamiyahyg tlh mentadbir hampir 2/3 dunia.maka sekeping jiwa yg kental ini telah bergerak bermula di warung2 kopi untuk menyuburkan kembali iman yang tandus dalam sanubari masyarakat.dan atas kesedaran kebangkitan dan perpaduan atas aqidah yg kukuh inilah,pergerakan ikhwanul muslimin dibina dan pengaruhnya berkembang di serata dunia arab.kerana apa?di situlah wujudnya perpaduan arab yg terjalin semula setelah perpecahan yg berlaku sejak bermula zaman khalifah sedikit demi sedikit.maka penyatuan BANGSA atas dasar iman inilah,as-syahid dapat menggegarkan tanah ara dengan kebangkita pemudanya yg mahukan Islam tetap subur di tanahdan jiwa mereka.
maka konklusinya,saya melihat bahawa dengan adanya perpaduan atas dasar IMAN,bukan hanya untuk mempertahan POLITIK, akan mendaulatkan Islam di tanah watan kita sepertimana suburnya Islam yang pernah dibina di tanah melayu dahulu.
saya berumur 18 tahun dan saya tidak memihak pada mana-mana parti politik secara taqlid sahaja.mungkin ada kelemahan dalam kajian dan pemikiran saya.ini sekadar pandangan saya dan semoga Allah merahmati kita semua.jazakaLLAH kheir kathiira~
anon 7:02 di atas jangan lupa bahawa yang menentang Islam yang dibawa oleh Rasulullah adalah bangsa Arab sendiri malah ada diantaranya kaum kerabat baginda sendiri. Abu Jahal & Abu Lahab berbangsa apa? Bukankah mereka berbangsa Arab?
Begitu juga di malaysia, PAS membawa Islam, yang menentang Islam siapa? Bukankah UMNO itu juga berbangsa Melayu serupa dengan orang PAS?
Kenapa zalim terhadap orang PAS sampai royalti minyak kerajaan PAS Kelantan pun disekat malah dirompak?
Rasulullah pernah bersabda di dalam satu hadith bahawa yang menentang Islam nanti ialah
wahum min jildatina
wayatakalamu nabi'alsinatina
"mereka itu sebangsa dengan kita
dan bercakap dengan bahasa yang sama dengan kita"
sila bagi jawapan..
1)berapa kerusi pas akan bertanding pru 13?
2)Berapa kerusi pkr dan dap akan bertanding pru 13?
3)kawasan mana pas akan bertanding?boleh menang ke kawasan itu?
4)dap bertanding di kawasan yang memang boleh menang,sama je pkr
5)pas bertanding di kawasan kalah..
contoh: parlimen gombak akhirnya diserahkan kepada PKR..
kawasan Perdana Menteri: pas bertanding memang sah la kalah..suh anwar la bertanding kawasan najib tgk menang ke kalah
jawapan:
1) Bilangan kerusi yangPAS akan bertanding adalah berdasarkan kepada permuafakatan di dalam PR
2) sama di atas
3) Di kerusi PAS betanding, PAS yakin menang - kuasa memberi kemenangan di tangan Allah
4) DAP & PKR bertanding - ada kalah dan ada menang
5) Di Pekan Pahang, pada PRU10, calon PAS, Ramli Mohd memperolehi 12,907 undi manakala Najib mendapat 13,148 undi (majoritinya cuma 241) Itupun, dalam keadaan ada 2400 undi POS yang 95% pergi pada BN. Ertinya, selepas 1999, Najib lebih layak dikenali sebagai "Wakil Pos" berbanding "Wakil Rakyat".
kebanyakan kawasan dimenangi umno dengan cara tipu muslihat umno bukanlah sebuah parti yg kuat umno hanya bergantung kepada kuasa dengan kuasa yg ada padanya itu ia dapat menguasai segala hak milik negara demi mempengarohi massa supaya menyokongnya samaada cara paksa atau pun terpaksa bukan atas dasar demokerasi yg sebenar kalau umno mengamalkan demokerasi yg sebenar dah lama umno lingkup.
tu la masalhnya..main kotor dalam umno kita da tau x payah nak pikir da pasal tu..kita kena pikir pasal kita yang mulia ni..sebelum cakap kita kena pikir,renung,jangan ikut nafsu..PAS kena jadi ketua pakatan rakyat bukan anwar itupun kalau nak menang..undi melayu akan datang jika pas jadi ketua kerana undi melayu adalah kerusi terbanyak di malaysia..kalau x apa guna slogan pas ganti umno..jadi kerusi pas mesti lebih dari pkr dan dap
Catat Ulasan