15 Dis 2011

Mustafa Ali Sudah Serik Dengan UMNO. Peringatkan Dua Bekas Pemimpin PAS

Hasan, Nasha terperangkap dalam agenda Umno'

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menganggap dua pimpinan parti itu Datuk Dr Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa sudah terperangkap dalam agenda Umno untuk melemahkan PAS.

Mustafa berkata, Hasan yang merupakan bekas pesuruhjaya PAS Selangor dan Nasharudin yang pernah memegang jawatan timbalan presiden bertindak tidak wajar sebagai pimpinan parti, lapor Harakahdaily.

"Saya buat kesimpulan, mereka berdua terheret dengan agenda (Umno) yang boleh menjejaskan parti. Sama ada mereka sedar atau tidak sedar, mereka sebenarnya terperangkap dalam agenda musuh politik PAS.

"Ini sangat tidak wajar dan tidak baik bagi PAS walaupun tidak memberikan kesan besar bagi parti," kata beliau dalam temu bual bersama organ parti Harakah dan Harakahdaily di Kuala Lumpur, hari ini.

Mustafa berkata demikian sebagai mengulas kenyataan terkini kedua-dua pemimpin itu mengenai kedudukan mereka dalam parti.

Perkara itu timbul apabila Ketua Penerangan Pas Selangor Shaari Sungib dilaporkan berkata, Hasan tidak menerima pencalonan mencukupi daripada cawangan untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia.

'Kekecewaan tidak terpilih'

Hasan pula selepas itu dilaporkan berkata akan terus bekerjasama dengan PAS dan Pakatan Rakyat selagi pihak berkenaan mempertahankan prinsip Islam, hak Melayu dan institusi Raja.

Mengulas perkara itu, Mustafa berkata, kenyataan itu menggambarkan Dr Hasan seolah-olah mempersoal dasar Islam yang diperjuangkan PAS dan terpengaruh dengan tuduhan parti itu diperalatkan DAP.

"Saya rasa ini sebab kekecewaan kerana mereka tidak terpilih dan tidak diletakkan di tempat mereka seperti Nasharudin sebagai timbalan presiden dan Hasan sebagai pesuruhjaya Selangor," beliau dipetik sebagai berkata kepada organ parti PAS.

Mustafa juga dilaporkan turut menegur Saari yang dianggap mendahului parti sedangkan urusan calon pilihan raya ditentukan oleh Majlis Syura.

Bagaimanapun, veteran PAS itu berkata, kenyataan Hasan dan Nasharudin itu tidak menjejaskan parti kerana ahli menyokong dasar Islam dan bukannya individu.

"Bekerja untuk melemahkan parti, ini tidak betul walaupun kesannya tak besar sebab PAS mempunyai kekuatan tersendiri, memang tak boleh digugat oleh individu.

"PAS pernah kehilangan presiden suatu waktu dahulu tapi ahli tak lari ikut orang, tapi mereka ikut dasar," katanya. -mk

Ulasan GB

GB tidak mahu ulas mengenai sikap dan tindakan Hassan Ali dan Nasharuddin Mat Isa kerana semua orang sudah tahu.

Yang GB tertarik kini ialah perubahan sikap dan tindakan Mustafa Ali.

GB dan sekalian ahli PAS peringkat bawahan boleh menarik nafas lega sedikit kerana Mustafa Ali sudah kembali ke saf perjuangan sekalipun satu ketika dulu, beliau adalah tokoh utama yang membawa gagasan Kerajaan Perpaduan.

Tetapi dengan pelbagai insiden kezaliman dan kekejaman UMNO, yang terkena kepada Mustafa Ali sendiri, maka kini Mustafa Ali lebih tegas daripada pemimpin PAS yang lain di dalam menentang gagasan UG yang dasyat itu.

GB menyatakan gagasan UG itu dasyat kerana ia merupakan penyebab kepada perpecahan ahli-ahli parti yang menyebabkan muktamar parti menjadi haru-biru setidak-tidaknya untuk dua kali pemilihan dimana sukarnya untuk mewujudkan wahdatul-fikr di peringkat akar umbi hasil daripada kewujudan gagasan tersebut.

Mustafa Ali sudah serik dengan UMNO. Allah menunjukkan kepada Mustafa UMNO itu parti yang tidak boleh dan tidak akan berstau dengan PAS sekiranya PAS berjuang di atas landasan Al-Quran dan Sunnah sepertimana tergaris di dalam Perlembagaan PAS.

GB katakan tadi Mustafa Ali serik dengan UMNO. Mengapa? Kerana Umno Selangor telah menyaman PAS dan Setiausaha Agungnya Mustafa Ali sebanyak RM10 juta berhubung kononnya Mustafa memfitnah bahawa UMNO yang didakwa berperanan dalam pemeriksaan yang dilakukan Jabatan Agama Islam (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu.

Hassan Ali dan Nasharuddin Isa belum kenal UMNO dengan lebih dalam. Maka sebab itu mereka berdua masih meletakkan "reservation" dan Mustafa Ali layak dan berhak untuk memperingatkan mereka berdua itu.

Perubahan sikap dan tindakan Mustafa Ali mempunyai kesan yang signifikan kepada parti lantaran beliau adalah Setiausaha Agong parti dan Pengerusi Lembaga Pengarah Harakah. Dan justerunya juga, Harakah/Harakahdaily kini sudah mula menunjukkan tanda-tanda positif dengan menipiskan sikap pro-pemimpin UGnya selama ini sekalipun ada beberapa pengikut taksub UG tidak berpuashati dengannya.


12 ulasan:

UMNO PARTI PENJARA berkata...

transformasi besar UMNO

(( Peringatan Terakhir )) - Saya Mahu Menang Tanpa Tanding

-------

"Kehancuran Generasi Baru - Bala besar untuk BN"


PRU Ke-13 - Mohon ramai Adun Dan MP BN 'Mati'

Media BN Media Porno - Wartawan2 BN B.ODOH dan T.OLOL T.OLOL

Alat BN - Blogger-blogger BN hanya jadi Anjing..

'Lubuk Emas' Terengganu dikhianati - Generasi muda dan generasi baru Terengganu adalah generasi paling BO.DOH ( dalam BN ) ...

Penyalahgunaan kuasa, politik wang, akhbar porno, transformasi palsu, penghinaan akar umbi - UNDI BN UNDI HARAM

---------

>>> Saya mahu menang tanpa bertanding semua jawatan dalam parti dalam pemilihan UMNO 2012 <<<


* Saya akan bertanding Jawatan Presiden UMNO..

* Saya akan bertanding Jawatan Timbalan Presiden UMNO..

* Saya akan bertanding Jawatan Naib Presiden UMNO..

* Saya akan bertanding Jawatan MT..

* Saya akan bertanding Jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia..

* Jawatan Ketua Wanita dan Ketua Puteri UMNO dibubarkan...




p/s: Saya mahu sapu bersih jawatan di atas... Siapa yang 'booking' jugak, 'pendek umur' dan mohon cepat 'mati' lepas PRU ke-13 ( termasuk yang bersubahat )..


p/s: Aku memang ahli UMNO tapi dah tak berminat dan tak hingin langsung nak berjuang utk UMNO, generasi muda mahupun generasi baru ( jangan perasan wahai pemimpin2 BN yang B.ODOH dan T.OLOL )..








--------

Wartawan2 BN Bo.doh, P.uki.mak,si.al, but.oh. b.abi. anjing..
( Anak2 ko pun P.ukimak, sial, anjing macam Ko )..

Pergi Mampus wartawan2 Porno BN..


Babi Betul!

Bodoh. Pukimak. Anak haram. sial. butoh. babi. anjing

Triple fuck atas dahi kau

Pantat mak kau la~

Butuh Pak Hang!

Pegi Mampos La Bodoh!

Bapak Ulamak , Anak Pukimak


Lu blah dr page gua skunk sblom kaki gua melekat kt muke lu~~

Terima kasih sangat2 korang memang terbaekk!! Terharu aku~ huhuhuhu

Lancau la lu

tidak semua mat rempit jahat!!saya sokong mat rempit

Saya suka berak sambil hisap rokok ~

MaSUk AIr Lah KOU

Sengal~

P.ukimak hang !

Pergi mampos lah kau s.ial

KO Pehal P.ukimak

matantiug berkata...

Serik? Betulke Stopa Ali sudah serik dengan UMNO? Dulu dialah orangnya yang beria-ia sangat nakkan UG,menggunakan akhbar Siasah untuk mempromosi konsep UG hingga menjadi salah satu sebab Siasah tutup kedai.Mengambil ruang masa 3 Muktamar untuk "selesaikan" isu UG sebab Hadi Awang turut terperangkap dengan UG.Siapa yang terperangkap?Berapakah jumlah pemimpin PAS yang terperangkap?Adakah Hassan Ali dan Nasaruddin Mat Isa sahaja yang terperangkap?Stopa Ali jangan buang batu,sembunyi tangan.

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya bukan isu Mustapha Ali serik dengan umno tapi manusia yang berkepentingan suka mengkritik dan menuduh secara berlebihan.

Begitu juga yang terjadi pada Hasan Ali dan Nasa...kritikan yang melampau menyebabkan mereka terasa dihina dan rasa tak diperlukan.

Sebenarnya apa yang berlaku dalam PAS adalah lebih kepada politiking mencari 'ghanimah' yang semakin timbul.

Kata-mengata sesama pimpinan semakin menjadi-jadi terutama bila hampir kepada PRU.

Umno memang berperangai buruk tapi mereka boleh ditunduk dengan wang.
Orang PAS tidak begitu kerana patuh kepada kehendak ugama.

Tetapi sekiranya ada pimpinan yang cenderung kepada 'kebendaan' atau dikuasai oleh dunia maka disini akan timbul masaalah.

Tanpa Nama berkata...

anon 10:52

bukankah Hassan Ali itu sebenarnya yang materialistik? Beliaulah yg membawa ciri-ciri UMNO ke dalam PAS. Dan ahli-ahli PAS tak lupa beliau yang memecat Khalid Samad & Shaari Sungip daripada jawatan masing-masing daripada barisan pemimpin PAS Selangor semasa beliau menjadi PJ.

Apa yg Hassan Ali terima kini adalah hasil dari perbuatannya juga.

Tanpa Nama berkata...

kalid samad dan saari sungib balas dendam la tu sebab dia kena gugur thn lpas..dr rani jd pesuruhjaya amek pulak puak tu,jilat da buang..sbnrnya kalid samad dan saari sungib sbnrnya punca pas selangor bermasalah..

Tanpa Nama berkata...

nasarudin mat isa anak didik al-marhum ust fadzil noor..mustahil dia x bijak macam gurunya..dulu dia naik sebab ada puak dalam pas nk guna dia dan naikkan dia..bila dia xnak ikut agenda puak tu,maka dia dijatuhkan dengan pelbagai cara..semua rasia pas aku taw

Tanpa Nama berkata...

apa yg berlaku kini ialah kehancuran puak UG dalam PAS. Allah kini membersihkan hizbullah daripada golongan munafikun.

Blogger berkata...

Pemompin pas jangan terlalu materialistik atau gila pangkat,jangan sesekali merendahkan diri sesama pemimpin,jika ini berlaku
nampak sangat budaya umno sudah berjaya di suntik kedalam pas...bertolak ansur itu adalah terlebih baik dalam menegakkan perjuangan...

Tanpa Nama berkata...

Sebagai pemerhati politik bebas dan pernah tinggal di Terengganu, saya nampak bahawa pemimpin PAS di negeri tersebut tidak bekerja dengan baik sebagaimana rakan mereka di Kelantan. Pendirian mereka terhadap matlamat parti tidak tetap dan mudah terpengaruh dengan unsur-unsur luar parti. Buktinya mereka memerintah Terengganu tidak lama.

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin Pas pun ada yang berjiwa besar dlm politik....Selagi bernama manusia...tak boleh lari dari nafsu dan bisikan syaitan...tak payah keji sesama insan...allah jua penilai yang maha ADIL...

Tanpa Nama berkata...

Anon 11.45pm,
Membersihkan PAS dari pengaruh dan ancaman UG memang menjadi harapan ahli-ahli PAS.Atas harapan itulah maka Mat Sabu berjaya merebut jawatan Tim.Presiden dari Nasaruddin Mat Isa.Namun pengaruh UG masih kuat sama ada diIbu Pejabat PAS dan juga dalam Pemuda PAS.Kalau disingkap peristiwa Pertemuan Agong dengan Mursyidul Am,TGNA - akan diketahui betapa ramainya geng UG dalam PAS.Kes Hassan Ali diSelangor adalah bak kata Inggeris "Tip of the iceberg".
Stopa Ali tak usah main wayang.

Tanpa Nama berkata...

kalau UTUSAN dah bagi ruang tu....faham-faham ajelah..kenapa tak bagi kat TG Nik Aziz ruang yang sama isu Ulamak seperti Nabi??