Penasihat agama: Hudud PAS bertentangan hukum Allah
Penasihat agama Menteri Besar Terengganu, Mohd Kamal Sadin hari ini mendakwa hukum hudud yang digubal oleh kerajaan negeri Kelantan adalah bertentangan dengan hukum Allah.
Bercakap pada forum berjudul ‘Hudud dan implikasinya terhadap bukan Islam di Malaysia’ di ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur, Mohd Kamal berkata beberapa peruntukan dan Enakmen Hudud Kelantan 1993 adalah tidak mengikut al-Quran dan Hadis.
"Antaranya, Mukallaf (akil baligh) ditarifkan sebagai seseorang yang berusia lebih 18 tahun dan boleh berfikir dengan waras, ini undang-undang British dan Eropah, bukan undang-undang Islam.
“Dalam Islam, Mukallaf adalah pada usia 15 tahun."
Katanya lagi, mengikut undang-undang berkenaan, meliwat ke atas isteri juga dibenarkan.
"Dalam Islam, ini sepatutnya haram.”
Mohd Kamal juga menolak hujah PAS bahawa hukum hudud hanya akan membabitkan orang Islam kerana katanya, pada zaman Nabi Muhammad SAW, hukum itu juga terpakai kepada bukan Islam.
hudud lawMenurut beliau di bawah hukum hudud PAS, mangsa rogol beragama Islam akan dihukum manakala bukan Islam yang merogol gadis atau wanita berkenaan tidak akan didakwa.
"Jadi, bagaimana boleh ada dua set undang-undang. Ini tidak adil.”
PAS, dakwa Kamal, sengaja menggubal undang-undang itu demi kepentingan politik mereka. -mk
Ulasan GB
PAS ada hudud, ada bukti untuk dikemukakan di depan Allah s.w.t. bahawa PAS ada berusaha memperjuangkan hukum Allah tertegak di atas mukabumi. Mungkin ada sedikit khilafiyah di dalams atu dua perkara, namun terasnya tetap hukum hudud yang bersendikan Al-Quran dan hadith.
Hudud UMNO pula mana?
Dan bukankah selama ini UMNO seiring dan seirama dengan golongan kafir menolak hudud? Mengelirukan rakyat tentang hudud? Malah pemimpin UMNO yang terang-terang menghina hudud dan hukum Islam?
Melawan Tuhan. UMNO bakal hancur binasa lantarannya. Tanda-tandanya sudah nampak nyata.

Hudud: Terangkan secara jelas agar hukum Islam tidak dihina
Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM), Malaysia, menasihatkan Penasihat Agama Menteri Besar Terengganu, Mohd Kamal Sadin, supaya kembali menuntut ilmu Allah yang sangat luas sebelum memberi nasihat yang menyesatkan akibat nafsu serakah politik.
Kenyataan Mohd Kamal Sadin, seperti mana dilaporkan di dalam media, di dalam forum di ibu pejabat MCA yang mengkritik Enakmen Hudud Kelantan 1993 adalah kenyataan tidak bertanggungjawab dan mengelirukan.
Sebagai contoh, takrifan mukallaf sebagai seorang yang berusia lebih 18 tahun, kononnya adalah undang-undang British dan Eropah, menonjolkan kejahilannya di dalam perselisihan pandangan para ulamak mazhab. Mazhab Hanafi, sebagai contoh, meletakkan umur 18 tahun sebagai umur baligh, manakala Mazhab Maliki meletakkan umur 18 tahun sebagai umur baligh selepas dilihat sifat-sifat yang lain. Oleh kerana itulah ulamak memutuskan, sesiapa yang tidak mengetahui kepelbagaian pandangan, bukanlah seorang yang alim, apatah lagi menjadi penasihat agama seorang menteri besar.
Begitu juga kenyataannya berkenaan meliwat isteri yang kononnya dibenarkan dalam undang-undang berkenaan. Liwat isteri memang tidak dikategorikan sebagai kesalahan yang membawa hukuman hudud oleh rata-rata ulamak, namun ia sama sekali tidak dibenarkan. Perlu diingat bukanlah segala perilaku yang tidak dihukum di dalam kategori hudud itu dibolehkan. Terdapat 1001 lagi perilaku haram yang tidak termasuk kategori hudud tetapi boleh dijatuhi hukuman takzir. Kenyataan tidak bertanggungjawab berbaur fitnah oleh Mohd Kamal perlu ditarik balik.
ILMAM turut menyeru Mohd Kamal, Fathul Bari serta seluruh yang menggelarkan diri mereka sebagai ilmuan di dalam UMNO supaya duduk secara serius dan membentangkan apakah set undang-undang yang benar-benar bertepatan dengan Al-Quran dan Hadis, kemudian mendesak kerajaan supaya memberi penerangan dan pendidikan berkenaannya supaya masyarakat lebih memahami dan tidaklah dikaburkan lagi kerana permainan politik.
ILMAM juga mendesak mereka supaya memberikan penerangan yang lebih jelas berkenaan hudud dan seluruh undang-undang Islam supaya tidak dihina dan terus dihina oleh Presiden MCA, Chua Soi Lek (gambar kanan), seperti mana yang dilaporkan dalam media. Penghinaan seperti mengatakan hukuman Islam, kejam, tidak adil kepada wanita, serta menyebabkan kemusnahan diri, menunjukkan kejahilan yang melampau oleh Presiden salah satu Parti Komponen BN tersebut, serta menampakkan tuduhan yang kedangkalan hujah tanpa fakta ilmiah.
*Kenyataan daripada ILMAM (Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir).
Ulasan GB
PAS ada hudud, ada bukti untuk dikemukakan di depan Allah s.w.t. bahawa PAS ada berusaha memperjuangkan hukum Allah tertegak di atas mukabumi. Mungkin ada sedikit khilafiyah di dalams atu dua perkara, namun terasnya tetap hukum hudud yang bersendikan Al-Quran dan hadith.
Hudud UMNO pula mana?
Dan bukankah selama ini UMNO seiring dan seirama dengan golongan kafir menolak hudud? Mengelirukan rakyat tentang hudud? Malah pemimpin UMNO yang terang-terang menghina hudud dan hukum Islam?
Melawan Tuhan. UMNO bakal hancur binasa lantarannya. Tanda-tandanya sudah nampak nyata.
7 ulasan:
umno ada 2 ulamak murtabak iaitu al-osetad mohd kamal sardin & al-osetad fathul biri.
idup2 idup islam hancur2 hancur sekular!!
Terima kasih kerana komen dan menghalsi transkrip hukum hudud yang cuba dikemukakan oleh pihak PAS. Kita percaya PAS komitet untuk meletakkan salah satu perintah Allah yang wajib dilakukan oleh seorang/bagi pihak kerajaan yang sedang memerintah kedalam tata cara tadbir urus/perlembagaan sesebuah kerajaan atau negara.
Malangnya dengan kuasa dan tenaga serta kemahiran yang dimiliki oleh pihak kerajaan Barisan Nasional hingga kini langsung tidak memulakan usaha untuk menjadikan perintah Allah berkenaan sebagai rialiti.
Berhati-hatilah. Takut-takut anda menjadi sebahagian Ulamak Suuk yang Nabi maksudkan.
Anda bijak dan pandai mari bersama PAS merialisaikan perintah Allah berkenaan. Herannya mengapa anda terjun ke lubuk pihak yang memang tidak bermaksud untuk menjadikan Allah dan Rasulnya sebagai panduan hidup dan perjuangan. Anda sendiri tidak berasa pelik kah..?
Misalnya klu perempuan masih tak nak tutup aurat, dia kata le.. 'ini undang2 PAS', atau pun ' ni utk org2 Arab saja, sbb kat Arab berdebu'.. dan macam2 le alasan..
Apa salah klu masih lum nak buat tu, kata lebih kurang.. 'ya, sbg org Islam kita akan laksakan hudud sbb ianya dari Allah, cuma kita (UMNOuuu) lum nak buat sekarang.... sebab PAS dah mendahului kita, waaaa...rakyat tau selama ni kita yg degil & jahil..waaaaaa waaaaa..'
Kata org.. Dia yg dilembukan mca..
Mohd.Kamal ni lama sangat hidup dalam tin sardin UMNO hingga lupa dia akan mati.Sadin dalam tin mana boleh mati,cuma tunggu tarikh lupus aje.
hudud pas tidak mengikut quran,
mana dia hudud umno yg ikut quran tunjukan supaya pas boleh buat pindaan??? jangan hanya pandai komen untok mencari habuan dunia yg fana ini ingatlah wahai ustad umno akhirat tempat yg kekal abadi.
Catat Ulasan