15 Dis 2011

Jururawat Pelatih Maut Selepas Kena Ragut

Georgetown - Kejam perkataan paling sesuai diberikan kepada individu yang bertanggungjawab menyebabkan kematian seorang jururawat pelatih sebuah hospital swasta dekat sini, malam kelmarin.

Jurucakap polis berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa, G Malathi, 24, maut dipercayai diragut sebelum terbabas berikutan gagal mengawal moto­sikalnya di Jalan Residensi, dekat sini.

“Mangsa dipercayai bergelut dengan peragut yang menyebabkan dia tidak dapat mengawal motosikalnya lalu terbabas dan melanggar pembahagi jalan. Ketika kejadian, mangsa menunggang motosikal Yamaha Lagenda berseorangan.

“Mangsa anak kedua daripada tiga beradik meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan serius,” katanya.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai terbabas, namun punca kemalangan masih disia­sat.

Menurutnya, dompet dan telefon bimbitnya juga gagal ditemui.

Difahamkan, mangsa yang baru setahun bekerja di sebuah hospital swasta di Jalan Macalister dekat sini mempunyai kelulusan Diploma Kejururawatan dari sebuah institut pengajian tinggi swasta di negeri ini dan berasal dari Gelugor.

Ketika ditemui, mangsa berpakaian kemeja T dan dalam keadaan terbaring, manakala motosikalnya berada berhampiran pada jarak kurang lima meter dari lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng mengesahkan kejadian itu dan siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1989.

“Mayat mangsa dihantar ke HPP untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematiannya,” katanya. -SH

4 ulasan:

Amuraria berkata...

BILA UNDANG-UNDANG CIPTAAN MANUSIA DIGUNAPAKAI INILAH AKIBATNYA ,BUAT SALAH BAGAIMANA PUN ASAL ADA DUIT BOLEH BAYAR DENDA ATAU SETTLE KOWTIM BEB !

ajibangsat berkata...

kalu tanya ameno dan apek porno, hudud yg kejam. meragut sampai org mati no problem

amirullah berkata...

Kerajaan perlu gubal undang2 jenayah meragut di hukum mandatory gantung sampai mati atau potong tangan supaya kejadian seumpama ini tidak berulang lg.

Tanpa Nama berkata...

SALAM BERSIH.... BERSIH SEGALANYA..
MACAMANA NAK JALANKAN HUKUM HUDUD... KALAU PARA-PARA ISTERI DAN PEMIMPIN DLM UMNO PUN SAMA MERAGUT.....NANTIKAN BILA DAH JALANKAN HUKUM ALLAH.. PARA ISTERI DAN PEMIMPIN UMNO TAKUT KUDUNG TANGAN...
(TAPI KATA DR. MASITOH KALAU CURI TANGAN KIRI POTONG TANGAN KIRI, LEPAS TU CURI LAGI DGN TANGAN KANAN, TANGKAP POTONG TANGAN KANAN, LEPAS TU GUNA KAKI, POTONG LAGI.. SEHINGGA LA XDOK APA NAK POTONG) TAPI KALAU DAH POTONG TU... RASA2 SEMUA NI BERTAUBAT DAH TAK BUAT