Calon 'winnable' cetuskan kebimbangan sabotaj
Kebimbangan ahli Umno yang kecewa kerana tidak terpilih sebagai calon mensabotaj parti menjadi tajuk panas pada perhimpunan agung Umno kali ini. Ia berikutan konsep calon boleh menang atau 'winnable candidate' yang ditimbulkan kali ini yang menandakan kriteria asas tidak lagi akan dijadikan panduan.
Daripada ucapan perwakilan, adalah jelas perbalahan bagi menjadi calon pada peringkat bahagian mungkin disabotaj oleh mereka yang tidak dicalonkan dan penyokong mereka adalah satu kebimbangan bagi Umno.
Beberapa perwakilan menimbulkan perkara itu dan mahu kepimpinan parti bertindak bagi menyelesaikan masalah itu, termasuk membentuk sebuah jawatankuasa disiplin.
“Winnable Candidate - tidak ada masalah kita serah kepada presiden, tetapi Datuk Seri Presiden ambillah iktibar pilihan raya lalu, calon kalah jangan letak kesalahan kepada bahagian
“Kenapa kita tidak ambil tindakan, ini lebih dahsyat dari pembangkang, musuh dalam selimut, tubuh jawatankuasa disiplin PRU-13 serta merta,” kata wakil Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir.
Sesetengah perwakilan berpendapat kekalahan memalukan Umno pada 2008 adalah kerana dikhianiti di kalangan parti sendiri, khususnya di Kedah. Ini jelas kerana undi rosak adalah lebih tinggi daripada majoriti yang diterima oleh Pakatan.
Kebanyakan pemerhati politik juga berpendapat bekas perdana menteri dan juga presiden Umno, Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang mengetuai kempen BN pada pilihan raya umum lalu telah menimbulkan kemarahan ramai pemimpin Umno dengan menyenaraikan calon-calon pilihannya. -mk
Ulasan GB
Pencarian "calon boleh menang" untuk UMNO masuk gelanggang pilihanraya umum ke 13 ini jelas membuktikan UMNO kini di dalam keadaan yang amat terdesak untuk mempastikan UMNO tidak tumbang - kriteria "winnable candidate" sepastinya akan meresahkan beberapa pimpinan bahagian yang selama ini berpegang kepada ciri kekananan seseorang di dalam parti.
Ungkapan "calon boleh menang" itu saja sudah cukup untuk membuktikan sejak munculnya Pakatan Rakyat, UMNO mempunyai ramai calon yang tak boleh menang, dan kini terpaksa berhempas pulas mencari calon berwibawa yang boleh diterima rakyat.
Di zaman teknologi maklumat hari ini, seseorang calon akan diteropong habis-habisan oleh rakyat. 360 darjah. Sebarang kecacatan akan terdedah. Si perasuah, si penipu, si pembohong, si bacul, si angkuh, si pengkhianat, si kaki botol, si kaki perempuan, si perogol, si penjudi, si pengebas, si pencarut, si lembik dan si lembu - adalah mereka yang bakal dan sepatutnya tertolak menjadi calon, sedangkan, maaf cakap, itulah yang ada, malah cukup ramai di dalam UMNO.
Jadi, faktor "winnable candidate" cukup meresahkan mereka... siapa yang bersih di dalam UMNO untuk ditonjolkan sebagai calon? UMNO pening dan bingung memikirkannya. UMNO menyedari bahawa rakyat tidak lagi buta. Rakyat kini sudah celik dan buka mata.

Calon Boleh Menang & Setia Jadi Bualan Perwakilan
KUALA LUMPUR: Istilah 'winnable candidate' atau 'calon boleh menang' menjadi topik perbualan hangat di kalangan perwakilan dan pemerhati ke Perhimpunan Agung Umno 2011 yang sedang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.
Rata-rata berpendapat faktor calon memang menjadi satu daripada penyumbang kemenangan tetapi pada masa sama faktor taat dan setia serta tidak mengkhianati parti turut memainkan peranan besar bagi menentukan kemenangan calon Umno dan Barisan Nasional (BN).
Perwakilan Kelantan Datuk Mohd Rosdi Abdul Aziz yakin pada dasarnya perwakilan faham dengan apa yang dimaksudkan 'calon boleh menang' tetapi masih sangsi mampukah semua pihak memberi "taat setia tanpa berbelah bahagi" kepada keputusan pucuk pimpinan.
Adakah pemimpin yang merasakan mereka juga adalah 'calon boleh menang' boleh melakukan pengorbanan dengan mengetepikan kepentingan diri dan desakan penyokong, apabila pucuk pimpinan membuat keputusan yang tidak memihak kepada mereka nanti.
"Pengorbanan daripada segi wang, tenaga dan masa mungkin mudah dilakukan tetapi sanggupkah mereka melakukan pengorbanan perasaan. Inilah pucuk pimpinan sebutkan agar sebagai penyokong dan pejuang Umno mereka perlu membuat pengorbanan perasaan tersebut (rela hati tidak dipilih menjadi calon)," kata Mohd Rosdi yang juga Timbalan Ketua Umno bahagian Tumpat.
Beliau berkata, ramai di kalangan pemimpin Umno berkaliber dan berupaya untuk menjadi wakil rakyat tetapi hakikatnya, hanya seorang sahaja yang akan dipilih sebagai calon bagi sesuatu kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN).
Dalam konteks ini, wakil dari Melaka, Datuk Ahmad Hamzah berkata, calon boleh menang ialah seorang yang mempunyai sifat kepimpinan yang disenangi pengundi dan boleh membawa mesej rakyat kepada kerajaan.
"Calon itu juga mempunyai sifat yang boleh memujuk orang yang dipimpinnya (anggota parti) apabila berlaku sesuatu isu besar, dia boleh menyelesaikannya walaupun ada di kalangan mereka membantah. Suaranya didengari dan dihormati," katanya lagi.
Ahmad menambah, kalangan pemimpin sedia ada mestilah bersifat terbuka dan menerima keputusan pucuk pimpinan mengenai calon yang dipilih serta berupaya memujuk penyokongnya agar tidak membantah keputusan dan terus bekerja untuk kemenangan calon yang dipilih.
Seorang lagi perwakilan berkata sebaik sahaja pilihan raya diumumkan, tiada seorang pemimpin pun berhak mendakwa kerusi yang disandangnya itu adalah miliknya.
Terpulanglah kepada pucuk pimpinan untuk memilih calon yang boleh menang untuk bertanding," kata Datuk Ghazale Mohamad dari Bahagian Jasin.
Kedua-dua perwakilan itu juga bersependapat bahawa satu penerangan perlu diberikan di peringkat cawangan dan bahagian bagi mengingatkan para anggota parti tentang mesej taat dan setia serta tidak mengkhianati parti yang diperkatakan Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dalam pada itu pemerhati politik, Wan Zamzuri Wan Hasenan dalam tulisan pada laman blognya berpendapat faktor calon boleh menyebabkan parti menjadi lemah sekiranya ada pihak tidak menyokong keputusan parti.
Menurutnya kajian menunjukkan faktor calon memang menyumbang kepada kemenangan tetapi faktor kestabilan atau permasalahan dalaman turut menjadi penyebab kemenangan atau kekalahan.
Beliau percaya, ramai di kalangan 3.2 juta anggota Umno di seluruh negara sebenarnya tidak faham atau masih kabur dengan konsep calon boleh menang.
Bagi memahami konsep calon boleh menang, anggota Umno mungkin boleh melihat kembali kepada pemilihan calon BN oleh pucuk pimpinan pada pilihan raya kecil DUN Galas di Kelantan dan Parlimen Batu Sapi di Sabah yang diadakan serentak pada 4 November tahun lepas serta DUN Merlimau di Melaka pada 6 Mac 2011.
Calon berkenaan mungkin boleh menjadi antara contoh yang dimaksudkan dengan konsep calon boleh menang.
Pada ketiga-tiga pilihan raya kecil itu, calon BN, Abdul Aziz Yusoff di Galas, Datin Linda Tsen Thau Lin (Batu Sapi) dan Roslan Ahmad (Merlimau) meraih kemenangan dengan majoriti besar yang dilihat pemerhati politik ada kaitan dengan faktor calon yang diterima bukan sahaja anggota parti malah pengundi di kawasan masing-masing.
Pemerhati politik melihat kemenangan ketiga-tiga calon BN itu antara lain adalah atas faktor mereka boleh diterima oleh anggota parti dan pengundi kerana mereka sememangnya popular dalam masyarakat. -mstar
Ulasan GB
Pencarian "calon boleh menang" untuk UMNO masuk gelanggang pilihanraya umum ke 13 ini jelas membuktikan UMNO kini di dalam keadaan yang amat terdesak untuk mempastikan UMNO tidak tumbang - kriteria "winnable candidate" sepastinya akan meresahkan beberapa pimpinan bahagian yang selama ini berpegang kepada ciri kekananan seseorang di dalam parti.
Ungkapan "calon boleh menang" itu saja sudah cukup untuk membuktikan sejak munculnya Pakatan Rakyat, UMNO mempunyai ramai calon yang tak boleh menang, dan kini terpaksa berhempas pulas mencari calon berwibawa yang boleh diterima rakyat.
Di zaman teknologi maklumat hari ini, seseorang calon akan diteropong habis-habisan oleh rakyat. 360 darjah. Sebarang kecacatan akan terdedah. Si perasuah, si penipu, si pembohong, si bacul, si angkuh, si pengkhianat, si kaki botol, si kaki perempuan, si perogol, si penjudi, si pengebas, si pencarut, si lembik dan si lembu - adalah mereka yang bakal dan sepatutnya tertolak menjadi calon, sedangkan, maaf cakap, itulah yang ada, malah cukup ramai di dalam UMNO.
Jadi, faktor "winnable candidate" cukup meresahkan mereka... siapa yang bersih di dalam UMNO untuk ditonjolkan sebagai calon? UMNO pening dan bingung memikirkannya. UMNO menyedari bahawa rakyat tidak lagi buta. Rakyat kini sudah celik dan buka mata.
4 ulasan:
UMNO mmg dah hancur. Sudah kelam kabut. Calon-calon boleh menang ini yg akan meranapkan mereka. Tetap seperti dulu, hanya calon ada duit yg boleh jadi 'calon boleh menang'
Dalam UMNO "winnable candidates" bukan tak ada,tapi boleh dikira dengan jari 10.Majoritinya penyangak,penyamun dan samseng jalanan.Pengundi pun tau, cuma sebab rasuah dan goodies pilihanraya,calun-calun UMNO menang sebab orang Melayu ni kebanyakannya takut munkir janji.Dah ambil kain batik,kain pelikat,beras,gula dan envelop berisi - takkan nak munkir janji.Baru sekarang UMNO sadar hal ini.Sudah terlambat.
Rasanya UMPORNO kena ambik Zul Kulim jadi calon kerana dia contoh calon wintrouble. Letak dia di mana2 pun boleh menang waima dalam longkang pun dia sah menang.
Nak cari calon nyang terbaik dalam UMNO sekarang amat sukar. Calon UMNO yang ada sekarang semuanya tak boleh pakai hatta Presiden UMNO sendiri perlu menarik diri untuk PRU13 nanti. Kalau semua calon UMNO macam Presiden UMNO ni nampaknya goodbye le BN dlm PRU13 nanti. Tanyalah diri mengapa saya kata begitu. Tentu kita perlu bercakap benar bukan nak bodek Presiden kerana nak dicalonkan dlm PRU13.....
Catat Ulasan