Butterworth: Dua beradik diperlakukan seperti haiwan oleh bapa sendiri yang tergamak mengikat kaki mereka dengan rantai besi, mengurung mereka dalam tandas selama lebih lima jam dan membiarkan mereka kelaparan.
Dalam kejadian di rumah mereka di Taman Mawar, Raja Uda, di sini, semalam, lelaki berusia dalam lingkungan 40-an mengikat kaki kiri anak perempuannya berusia enam tahun serta anak lelakinya berusia dua tahun ketika hendak keluar bekerja kira-kira jam 3 petang.
Suspek yang bekerja di sebuah syarikat penghantaran dikatakan bertindak demikian kerana mendakwa anaknya nakal dan tiada siapa hendak menjaga mereka ketika dia keluar bekerja.
Suspek dikatakan sudah berpisah dengan isterinya yang dipercayai warga Thailand yang bertindak keluar rumah sejak sebulan lalu.
Ketika diselamatkan kira-kira jam 8.40 malam, dua beradik itu yang hanya berbaju dan berseluar dalam, berada dalam keadaan amat menyedihkan.
Suspek yang pulang ketika dua kanak-kanak itu diselamatkan, ditahan polis bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara (SPU), Asisten Komisioner Zulkifli Alias, berkata kejadian itu disedari jiran yang terdengar jeritan kanak-kanak terbabit meminta tolong supaya dilepaskan.
"Jiran terbabit terus menghubungi polis kira-kira jam 8 malam dan sepasukan anggota polis bergegas ke tempat kejadian bersama-sama pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi menyelamatkan dua beradik itu," katanya. -BH

Rantai 2 anak di tandas
KEJAM...dua beradik dirantai di dalam tandas rumah mereka.
BUTTERWORTH: Hanya kerana dua anaknya dikatakan nakal dan tiada orang menjaga mereka, seorang bapa bertindak kejam apabila mengurung kedua-dua kanak-kanak itu di dalam tandas dalam keadaan kaki mereka dirantai di sebuah rumah di Taman Mawar, Raja Uda dekat sini, kelmarin.
Mujur penderitaan dua beradik, lelaki berusia dua tahun dan perempuan enam tahun, tidak lama apabila jeritan meminta tolong mereka disedari jiran sebelum kedua-duanya diselamatkan pada jam 8 malam selepas kira-kira lima jam dikurung.
DIREMAN...bapa dua beradik terbabit yang direman empat hari.
Difahamkan, bapa mereka yang berusia 40-an, keluar bekerja pada jam 3 petang, namun sebelum meninggalkan rumah dia mengurung dua beradik itu di dalam tandas rumah mereka yang kotor serta busuk, malah kaki kanak-kanak itu turut diikat menggunakan rantai besi.
Disebabkan lapar, kesakitan serta tidak tahan dengan persekitaran yang kurang selesa selepas lima jam dikurung, dua beradik itu menjerit meminta tolong dan bernasib baik apabila jeritan mereka didengari jiran. -HM
2 ulasan:
subhanallah... apalah nak jadi sekarang ni, kenapalah diperlakukan sedemikian. setiap masalah mesti ada jalan penyelesaiannya. dengan mengambil keputusan untuk merantai kaki kedua2 anak bukanlah cara utk menyelesaikan masalah. kesian anak tu yg tidak mengerti apa2. bayangkan kalau terjadi perkara yg tidak diingini ketika kedua2 anak itu terantai sedemikian seperti kebakaran dan sebagainya. dimana anak ini nak lari. kepada semua ibu bapa... berfikirlah dengan cara lebih matang dan penuh kasih sayang sebelum melakukan tindakan yg diluar kawalan akal yg waras.
Inilah contoh manusia yg telah rosak jiwanya akibat mengejar wang.. kerana wang dia sanggup bertindak zalim kpd anaknya sendiri...Binatang pun sayang kpd anak-anaknya..Moga kita dilindungi Allah drp sifat yg tidak berperikemanusiaan ini.
Catat Ulasan