Jambatan rendah sekat air punca banjir kilat
Banjir kilat yang melanda Kajang, Selangor, Jumaat lalu berpunca daripada dua jambatan merintangi Sungai Jelok yang tiada paras selesa bawah jambatan serta rizab sungai yang sepatutnya digunakan untuk projek tebatan banjir masih didiami 21 gerai sementara Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).
Pengarah Sumber Air dan Hidrologi Malaysia, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Ir Hanapi Mohammad Noor, berkata hujan lebat selama dua jam menjadikan jumlahnya meningkat dua kali ganda kepada 80 milimeter (mm) sehingga mengakibatkan paras sungai naik mendadak sehingga berlaku limpahan.
Katanya, hujan lebat luar biasa itu menyebabkan jambatan yang rendah memerangkap sampah sarap seperti kayu dan plastik di bawah jambatan hingga mengganggu kelancaran aliran.
“Ditambah pula dengan rizab sungai yang sepatutnya dibangunkan sejak setahun lalu tidak dapat diteruskan kerana MPKj masih belum dapat memindahkan 21 peniaga berikutan perjanjian di antara mereka.
“Kami sudah melaksanakan projek banjir dengan mendirikan dinding banjir sepanjang satu kilometer (km) dengan ketinggian dua meter dari tebing Sungai Jelok tetapi disebabkan wujudnya gerai itu sebahagian projek sepanjang 200 meter tertangguh sejak setahun lalu,” katanya pada sidang media selepas majlis perasmian Persidangan Pengurusan Sungai Abad Ke-21 Antarabangsa Ke-3 oleh Ketua Pengarah JPS, Datuk Ir Ahmad Husaini Sulaiman di Batu Feringgi di sini, semalam.
Persidangan empat hari yang bermula semalam itu dihadiri 200 peserta dari 17 negara seperti Arab Saudi, Bangladesh, India, Jordan, Taiwan, England, Amerika, Australia, Iran, Togo dan Cyprus.
Hadir sama, Pengarah Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai dan Saliran Bandar (REDAC), Prof Dr Nor Azazi Zakaria.
Jumaat lalu, puluhan kenderaan, kedai, bank dan kawasan kediaman di pusat bandar Kajang dilanda banjir kilat hingga mencecah paras dada selepas hujan lebat hampir dua jam bermula jam 2.30 petang. -BH
Laporan sebelum ini
klik untuk baca

Tiada ulasan:
Catat Ulasan