7 Nov 2011

Syarikat DI Terengganu Berhentikan Pekerja & Beri Pampasan Serendah RM22.20

Kuala Terengganu - Ketika umat Islam di seluruh dunia menyambut Hari Raya Korban, 22 daripada 70 kakitangan anak syarikat kerajaan negeri, Terengganu Agrotech Development Corp. Sdn. Bhd. (TADC) tidak menyangka mereka turut menjadi 'korban' apabila diberhentikan kerja berkuat kuasa esok.

SEBAHAGIAN daripada 22 pekerja Terengganu Agrotech mengadakan demonstrasi aman di Gong Badak, Terengganu semalam.

Alasan yang diberi pihak syarikat untuk membuang seorang pengurus, enam eksekutif dan selebihnya kakitangan kontrak itu ialah kerana syarikat mengalami kerugian dan melakukan penstrukturan semula.

Lebih malang, apabila ada di antara kakitangan yang mula berkhidmat sejak tahun 2006 itu diberikan faedah pemberhentian tidak setimpal apabila salah seorang daripada mereka diberi pampasan berjumlah RM22.20.

Bekas Pengurus Pembangunan Perniagaan dan Pemasaran syarikat berkenaan, Mohd. Razak Salih berkata, surat pemberhentian kerja bertarikh 1 November itu diserahkan kepada mereka Khamis lalu (3 November).

"Pemberhentian kami pula berkuat kuasa pada 8 November ini iaitu pada tarikh sepatutnya kami masuk kerja selepas cuti umum Hari Raya Aidiladha," katanya ketika ditemui bersama rakan-rakannya di Gong Badak dekat sini, kelmarin.

Menurut Mohd. Razak, penamatan perkhidmatan mereka oleh syarikat tidak dilakukan secara adil menyebabkan mereka kini hilang tempat bergantung dan mereka berharap campur tangan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said bagi membela nasib mereka.

Jelasnya, sebelum ini dia cuba berjumpa dengan Pengurus Besar dan Timbalan Pengurus TADC namun pada tarikh surat itu diserahkan kepada mereka dua individu berkenaan tidak kelihatan di pejabat mereka di Bangunan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) di sini.

"Saya juga cuba menghubungi telefon bimbit mereka tetapi panggilan kami tidak dijawab," katanya yang turut menjelaskan mereka tidak tahu alasan sebenar mereka dipilih di antara lebih 70 kakitangan syarikat berkenaan untuk diberhentikan.

Katanya, dia cuba merujuk masalah mereka ke Jabatan Perusahaan dan dia diberitahu pemberhentian kerja seperti yang dilakukan ke atas mereka hanya boleh dilakukan jika mereka merupakan pekerja bermasalah.

Tambahnya, beliau berharap agar campur tangan Ahmad dapat menyelesaikan masalah tersebut memandangkan mereka mempunyai tanggungan tambahan dua bulan lagi sesi persekolahan baharu akan dibuka. -kosmo

3 ulasan:

Awanama berkata...

BANTULAH MEREKA

Awanama berkata...

Dulu masa umno Terengganu nak lawan kerjaan PAS berjanji dengan kata-kata..pembangunan yang akan BN buat yang tidak terjangka hebatnya". Nah..sekarang memang confirm hebat ...memang hebat... hebat kebodohanya. Royalti banyak tetapi otak kecil. Duit tak kembang...cuma masuk dalam poket JKKK.

Awanama berkata...

BODOH PUNYA MELAYU!!! LAST SEKALI AMEKAW!!! tu ja~~~~ apa yg aku leh komen. Dok percaya sgt janji puak2 yg lawan Quran.