14 Nov 2011

Kg Hulu Terengganu Diserang Virus Hepatitis A. Apa Pelajarannya?

Hulu Terengganu: Seramai 27 orang termasuk lapan kanak-kanak dari Kampung Basong dan Kampung Pasir Dula di sini dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu (HHT) kerana disyaki dijangkiti virus Hepatitis A.

Pengarah Kesihatan negeri Dr Anuwa Sulaiman berkata lima orang lagi mangsa dari dua kampung berkenaan dirawat sebagai pesakit luar.

"Kesemua mangsa yang dirawat berusia antara dua tahun hingga lingkungan 50-an dan keadaan mereka dilaporkan setabil," katanya ketika dihubungi, Ahad.

Menurutnya kesemua mangsa terbabit dimasukkan ke hospital itu sejak tiga hari sebelum Hari Raya Aidiladha secara beperingkat-peringkat hingga beberapa kes terbaru dikesan pada Sabtu.

Dr Anuwa berkata pihaknya sedang menjalankan pemeriksaan terperinci bagi mengenal pasti jenis penyakit sebenar yang dihadapi kesemua mangsa. Beliau berkata buat masa ini, kesemua mangsa yang sedang dirawat itu disyaki terkena virus Hepatitis A berdasarkan simptom yang dialami seperti mata kuning, demam, sakit kepala dan cirit birit.

"Mereka bukan mengidap virus air kencing tikus atau Leptospirosis," katanya.

Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Telemong, Rozi Mamat, yang melawat mangsa di HHT hari ini, berkata beliau mengharap Kementerian Kesihatan akan menjalankan siasatan segera bagi mengesan punca sebenar wabak itu.

Rozi, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, berkata beliau difahamkan kejadian itu berpunca dari penggunaan air yang tidak bersih.

Katanya, sebelum ini penduduk di Kampung Sungai Berua, dekat sini, telah diserang wabak itu pada September lepas. -BERNAMA

Ulasan GB

Setiap sesuatu musibah yang turun perlu dilihat sebagai iktibar untuk menyedarkan manusia.

GB telah berkali-kali menyatakan bahawa Terengganu kini sudah jauh dari nilai-nilai peradaban Islam dengan gejala maksiat yang begitu menjadi-jadi di negeri yang bergelar "darul-iman" tersebut.

GB nyatakan kekhuatiran itu kerana ia bakal mengundang kemurkaan Allah kerana apabila sesuatu kemungkaran itu berlaku maka bala Allah akan turun, tak mengira siapa yang akan terkena.

Kemurkaan Allah swt datang dengan pelbagai bentuk. Wabak penyakit adalah salah satunya.

Firmanullah s.w.t.


Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan buruk mereka, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).
[Ar-Rum : 41]

Ummu Salamah Radiallahu `anha berkata: aku mendengar Rasulullah Salallahu `alaihi wa sallam bersabda:

“Apabila maksiat sudah merajalela di kalangan umatku, Allah akan menurunkan siksa dari sisi-Nya kepada mereka secara merata…” -HR. Ahmad dll. Hadith Sahih

GB pernah ulas sebelum ini Petikan:

Ada pihak yang kurang senang apabila GB mendedahkan kes khalwat, rogol, zina dan sebagainya di blog ini terutama kejadian-kejadian yang banyak berlaku dewasa ini di Dungun dan di negeri Terengganu.

Akhirnya kebenaran terserlah. Berita di atas membuktikan pendedahan GB bukan sengaja untuk publisiti. Tetapi ia masalah jenayah syariah yang tegar yang perlu dibasmi.

Jika tidak maka hukuman Allah pun berjalanlah...... apabila maksiat bermaharaja-lela, tunggu saja balaNya...

p/s Banyak keruntuhan berlaku di Terengganu. Baru-baru ini negeri Terengganu dilanda ribut pula. Tak bacakah ayat-ayat manzurah itu?


4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hepatitis A disebabkan oleh makanan dan pengendalian makanan yang tidak bersih

Tanpa Nama berkata...

semasa anak sya belajar kt MRSM K.Berang dlu air paip kuning & brkarat.Camna x sakit !

Tanpa Nama berkata...

SALAM...saya bekas pelajar di mrsm kuala berang...selalu je keracunan makanan...pengendalian makanan sangat teruk...tapi pembekalnya tetap dikekalkan selama 2 tahun....mungkin ada hubungan dengan orang2 BESAR..tapi yang merananya studentlah

Tanpa Nama berkata...

Cuba tengok pengendali makanan, ada tutup kepala, ada sarung tangan, baju bersih, pakai kasut, tiada perhiasan, tiada penyakit, basuh tangan selepas keluar tandas, tidak korek hidung dll.

Siasat di mana bahan mentah di basuh atau tak basuh langsung

Siasat adakah pintu tandas menghala ke dapur dll

Saliran air dalam dapur, sumber air, kebersihan dapur, cara menyimpan makanan dll.